BTC USD 19,166.8 Gold USD 1,625.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setiap keluarga perlu tau buat CPR

aiman27

Active+ Member
Messages
4,608
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
Kita ada banyak dengar kes kematian disebabkan bayi tersedak susu. Sekitar kita juga ada sakit jantung, sebenar jika kita mengetahui teknik CPR ni kita mampu menyelamatkan mereka. Jadi tt sarankan setiap keluarga atau setiap ofis perlu mempunyai sekurang2nya seorang yang tahu untuk membuat CPR.


SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak kes mengenai kematian bayi dan kanak-kanak akibat lemas tersedak susu, sesak nafas dan sebagainya.

Kejadian malang ini sebenarnya mampu dielak jika setiap ahli masyarakat mengetahui sekurang-kurangnya langkah asas pertolongan cemas.

Ketika berdepan dengan situasi ini, sememangnya langkah pertama yang patut dilakukan adalah dengan menghubungi pihak bantuan perubatan.

Namun sementara menunggu bantuan, bagi mereka yang mempunyai pengetahuan asas mengenai pertolongan cemas mungkin boleh memulakan bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).

CPR ialah satu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan ketika kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut.

Doktor Perubatan Kumpulan Klinik Medijaya, Dr. Chan Jian-Chyi berkata, perkara ini harus dititikberatkan oleh masyarakat supaya bertindak dengan cepat sekiranya berlaku situasi kecemasan.

"Bantuan CPR merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar dengan memberi nafas untuk mangsa dalam memastikan darah mangsa dan oksigen masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh terutamanya bahagian otak.

"Penyelamat boleh membantu mangsa untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas lima minit pertama.

"Masyarakat harus mempelajari dan mengetahui cara-cara untuk memberi bantuan CPR ini. Jika tiada ilmu tentang perkara ini amatlah dikesali jika bantuan diperlukan kelak.

"Pengetahuan mengenai CPR amat penting kerana keadaan kecemasan ini boleh berlaku pada sesiapa, bila-bila masa dan di mana saja.

"Itulah sebabnya kita perlu sentiasa bersedia dan setiap keluarga seharusnya tahu melakukan CPR.

"Terdapat dua langkah bantuan CPR untuk dewasa dan kanak-kanak boleh dilaksanakan. Cuma terdapat sedikit sahaja perbezaan di antaranya," jelasnya ketika ditemui di Klinik Medijaya, Centro Klang.

Menurutnya, kaedah bantuan CPR akan berlaku perubahan dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa dan orang ramai perlu memastikan ilmu CPR tersebut dilakukan mengikut cara yang terbaru.

"CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas ataupun disebutkan ABC, saluran pernafasan (airway), pernafasan (breathing) dan edaran darah (circulation).

"Mengenai bantuan CPR pada bayi yang berumur kurang satu tahun, perkara pertama jangan panik dan anda perlu bertenang.

"Seterusnya hubungi atau meminta bantuan secepat mungkin, kemudian cuba untuk mendapatkan mangsa supaya bertindak balas seperti menggerakkan tubuhnya dan sentuh denyutan nadi, jika tiada, baringkan mangsa

"Selepas itu, mulakan tekanan pada dada. Untuk bayi gunakan dua jari sahaja untuk menekan dadanya sekurang-kurangnya 1.5 inci pada bayi dengan 30 tekanan," ujarnya.

Setelah itu, tambah Dr.Chan, bantuan CPR diteruskan dengan memberi hembusan nafas kepada mangsa dengan melakukan pernafasan mulut ke mulut, pastikan mulut penyelamat menutupi mulut dan hidung bayi sepenuhnya apabila memberi hembusan nafas.

Akhir sekali, ulangi dengan dua hembusan nafas dan 30 tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.

Walau bagaimanapun, Dr.Chan menasihatkan supaya melakukannya dengan berhati-hati supaya komplikasi lain tidak berlaku.

http://www.utusan.com.my/utusan/inf...ub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
 
Sponsored Post

maxpda

Legendary Member
gem
Messages
10,334
Joined
Jan 15, 2007
Messages
10,334
Reaction score
1,064
Points
201
cpr_a_skill_for_life.jpg
 

sfauzie

Active+ Member
Messages
3,792
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
info yg bagus...dulu pernah pergi kursus cpr under st.john...dpt sijil...pastu x pernah pratikkan sbb aku ni jenis cepat trauma dan rasa kengerian melampau...dah lupa dah nak buat ikut step yg betul...pastu masa kursus dulu...ada jurulatih tu bgtau kalo nk buat cpr atas org lain...kena hati2...kekadang niat kita baik...tp sbb mmg dah ajal org tu...keluarga org tu boleh boleh claim atas kecuaian kita...
 

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,865
Joined
May 13, 2009
Messages
43,865
Reaction score
1,947
Points
201
hehhe... aku dah pernah ikut kursus 1st emergency nih... kt opis.. wajib bg semua staff spital tahu... tp cpr nih ade level2 dier... bg staf base dpt sijil basic pun dah ok... lg besh kalo dpt cpr anak dara org.. mmg terbaek...
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
115,558
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
115,558
Reaction score
18,851
Points
2,566
Awards
1

Malar Santhi Santherasegapan

19 Januari 2021 ·

"Saya CPR dari rumah.. dia tak sedar, dia tak sedar.. Tolong toloong suami saya
1f62d.png
" itu lah laungan dari kereta. Berlari lari kami tolak trolley ke arah kereta BMW X7

Suaminya mmg pesakit jantung, setiap hari kena makan ubat, setiap bulan kena follow up. Darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, semua pun ada.

Dari kereta, SATU DUA TIGA, atas trolley!

No pulse, no spontanous breathing. Sbb sy paling kecil, maka saya lah naik atas trolley dan start CPR !!

Sampai ke Redzone, staffnurse take over, sambung CPR, tekan 1,2,3,4.....30. Pernafasan diberi melalui bag valve mask 1, 2 !!
1f4aa.png


Sambung CPR, 1,2,3......30. Dua kali pernafasan, lepas tu sambung 30 kali tekan dada. Lengkapkan 5 pusingan sebelum check nadi di tengkuk (carotid pulse).

Pasang wayar di dada, nampak garisan atas monitor menunjukkan flat line, "Asystole, sambung CPR, re-check pulse at 5th cycle. Sister tolong alert after 2minutes. Line dah masuk ke? IV Adrenaline 1mg every 3minutes, push dengan 10mls normal saline"

Pastuh saya sambung lagi...

Prepare intubation, ETT Size 7.5, standby size 8.0.

Sementara tu sy check biji mata, takde response terhadap lampu, size dah 5mm (terbeliak).

"Takpe, kita cuba all out, patient nampak muda ni, lagipun family CPR dari rumah, high chances ni, lets try our best guys", saya seru team saya.

Nasib baik nampak vocal cord dgn senang, ETT size 7.5 dimasukkan, sambung dengan bag valve mask, saya pass kepada staff untuk plaster dan sambung bagging.

"Takpe team, kita teruskan, beb continue high quality CPR, CPR ko sahaja yg boleh bantu patient ni" saya jerit sket kat male nurse saya yg tgh buat tekanan dada.
1f44d.png


Saya melangkah ke waris pesakit yang duduk di luar langsir. Saya dah pesan kat staff front desk siap siap, jangan bagi waris pergi mana mana. Kena tunggu depan redzone. Itu mmg style sy. Bukan apa, bila waris pesakit kritikal macam ni pergi parking lah, pergi toilet lah.. iaitu menghilang sekejap sementara kita tgh bagi rawatan kecemasan, nnt bila dia kembali, dia org akan bagi reaksi "Ehh ehh, tadi okay je, elok je, sihat je, Dia siap bercakap dengan saya"

Ni yg sy tak gemar dalam situasi kecemasan mcm ni, iaitu wujudnya kesangsian dalam rawatan yang diberi. Sbb tu, sy akan suruh waris terdekat dan seorang peneman kena berdiri betul betul di depan Redzone dan saksikan semua dari luar langsir.

Sambil prepare ayat, saya melangkah ke waris, "Kamu siapa kepada pesakit ye?"

"Saya isteri dia doktor."

"Ok, saya nak bagitahu, dengar baik baik dan sabar ye. Sekarang jantung suami puan tidak berdegup, dia tak bernafas, tiada tanda tanda yang menunjukkan dia masih hidup. Bacaan jantung ketika mula mula sampai menunjukkan asytole, iaitu garisan flat. Kami tengah memberi bantuan nyawa, iaitu Full Cardiopulmonary Resuscitation, itu rawatan terbaik untuk keadaan suami Puan sekarang. Saya minta Puan doa banyak banyak untuk jantung dia kembali berdegup. Saya dah masukkan tiub pernafasan dalam tekak (trachea) supaya dia dapat oxygen maximum. Sekarang doa Puan sahaja boleh bantu dia."

Si isteri meraung dengan kuat "Doktor, tolong selamatkan dia. Saya tak sempat mintak maaf lagi doktor. Tolong lah doktor.. tolonglah...!!"
Saya jenguk masuk Redzone balik.. Sebagai doktor iaitu team leader dalam resuscitation, sy takleh tinggal patient lama sangat.

"2 minutes up ke? Check pulse please guys"

Staff menjawab, "No pulse, cardiac monitor asystole doc".

"Okay guys, Adrenaline every 3 minutes".

Saya sambung tanya dari isteri
1f447.png


Saya : Apa yang berlaku sebenarnya Puan?

Isteri : Dari pagi dia kata angin sangkut kat dada. Makan tak cerna sgt katanya.. Dah pergi jumpa doktor klinik amek ubat gastrik, tengah hari tu dah ok sket. Pastuh lepas makan malam dia kata angin sangkut balik. Saya sapu minyak angin dan urutkan. Dia kata lega sikit.

Sampai pukul 1pagi kami berborak. Saya terlelap sekejap je doc. Saya terjaga lebih kurang 1.30pagi, nampak mulut dia berbuih, mata terbeliak ke atas, saya terus bagi CPR.

Saya tiup berterusan dalam mulut dia.

Saya (rasa pelik sikit) : Puan tekan dada dia lah untuk CPR?

Isteri : Tak doktor, saya tiup bagi pernafasan dalam mulut. Sebab saya takut dia tak boleh bernafas, jadi saya tiup. Pastuh baru saya terfikir dia makan tak habis waktu dinner, jadi saya lari pergi ambil air gula, masuk dalam mulut. Saya takut dia hypo.

Hadooiiiiiii !!!
1f62d.png
1f62d.png


Saya tak dapat nak explain perasaan saya waktu tuh.. Ini ke yang dia maksudkan CPR?!
1f629.png
1f623.png
1f629.png
1f623.png


Kenapa bagi air kalau patient tak sedar? Hadooooiiii !! Tapi sy tak blh bgtahu si isteri sekarang, not the best time, jadi sy teruskan..
Dr : Ok Puan, itu jam 1.30. Puan sampai hospital dah 2.30pagi nih. Apa berlaku dalam sejam tu?

Isteri : Saya call kakak saya suruh datang rumah, sbb sya rasa nervous sangat nak bawak kereta ke hospital. Sementara tu saya gosok kaki dia, saya gosok belakang tengkuk, sekali sekala saya tiup dalam mulut bagi pernafasan. Dia masih bernafas waktu tu doktor.

Dr : Kamu check nadi tak?Kamu ada tekan dada tak?

Isteri : Saya rasa ada 2-3kali waktu dalam kereta saya tekan tekan dada dia, panggil nama, tapi dia langsung tak sahut. Sambil tu saya gosok gosok muka dia jugak.

Kekecewaan yg saya rasa waktu tu mmg tak terkira. Rakyat Malaysia ni kan, kalau video viral kat Tiktok laju je tengok, Insta live artis wajib tengok, tapi pengetahuan basic macam CPR ni tak pernah ambil endah nak tahu.
1f61e.png
1f635.png


Jantung berhenti dah hampir sejam, tangan dan kaki dah sejuk, tiada degupan jantung, tidak bernafas, mata dah terbeliak. CPR langsung tidak dimulakan di rumah, ataupun dalam perjalanan.
1f635.png


Depan pintu kecemasan, baru lah kami tergesa gesa start CPR. Walau apa pun, resuscitation diteruskan mengikut protocol iaitu selama 30minit, disambung lagi 15minit atas permintaan si isteri, disambung lagi 15minit atas permintaan si anak lelaki, disambung lagi 15minit atas permintaan si anak perempuan..

Lepas tu dah tak blh sambung.. Saya terpaksa stop.. Sorry Puan, setelah 1 jam full resuscitation, kami tak dapat selamatkan suami Puan, dia sudah meninggal dunia.

Makin kuat suara si isteri meraunng "Tolooong lah doktor, saya tak sempat minta maaf dengan dia. Bangun lah bang, maafkan dosa saya.. ", bersambung sambung tangisan memenuhi ruang kecemasan.

Dr Malar yg sememangnya hati tisu ni, berlinang jugak lah air mata saya. "Allow grieving, then baru start last office", sy cakap dekat staff nurse sambil berlalu pergi nak mula tulis clinical notes dengan perasaan sangat kecewa. Saya masih tak faham, tak boleh terima sampai ke hari ni
1f625.png
1f61e.png
1f625.png
1f614.png


Dah sah sah si suami pesakit jantung, risiko tinggi sebab ada penyakit 3 serangkai, kenapa tak pernah ambil inisiatif untuk tgk video CPR, tahu prinsip asas pun cukup. Kalau tengok pesakit tak sedar, cari nadi di bawah tengkuk, kalau takde nadi, mulakan tekanan dada. Kalau tak pasti, takpe mulakan juga tekanan dada.

Kalau sebenarnya dia sedar, pesakit akan bangun dan bagi sebijik penampar kat kamu, sbb kalau masih sedar, tekanan dada ni sakit sebenarnya. Terima je penampar tu, takpe. Kalau dia mmg tak sedar dan tiada nadi, kamu tgh bantu jantung dia mengepam darah ke seluruh badan.

Adakah CPR menyelamatkan nyawa? Yes, CPR is life saving.

Adakah CPR memanjangkan usia? Tidak, ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya berusaha. Tapi kena usaha betul betul, dengan ikhlas, sehabis baik, lepas tu baru boleh berserah.

**Nota kaki : Jangan beri apa apa makanan atau minuman kalau seseorang tu tak sedar atau tidak bernafas, dia boleh tersedak, yakni makanan masuk dalam paru paru.
1f61e.png


**Sesiapa sahaja boleh tidak sedarkan diri di sekeliling kamu sekarang, dah ready nak CPR ke?
1f612.png



#celotehdrmalar
#healthawareness
*Gambar sekadar hiasan.

1653373705553.png
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,718
Joined
Jul 1, 2008
Messages
39,718
Reaction score
3,850
Points
261
Awards
1
benda mxm ni patut di ajar di sekolah3... tingkatan 5.. 2kali setahun... secara auto akan lahir generasi celik cpr.. takkan ini pon aku nak ajar
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,862
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
25,862
Reaction score
3,759
Points
266
Awards
1
aku ade belajar CPR, 1st aid
actually CPR hanya menaikkan sedikit kebarangkalian je
kalau medical officer cepat sampai boleh selamat
kecuali kawasan tu AED, harapan untuk hidup tinggi
sbb tu byk kawasan awam skrg diorg pasang AED
 

reezn

Mutiple ID - Jedi / soybean
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
399
Points
41
setuju. tekan jantung untuk berdegup kembali
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,628
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,628
Reaction score
4,112
Points
261
Awards
1
Cpr pondan kene belajau dgn anak pendKwah kita
 
Sponsored Post

Top
Log in Register