Setengah juta warga Hong Kong pilih calon parti prodemokrasi

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,721
Reaction score
3,004
Points
201
HONG_KONG-POLITICS-VOTE_1594607886.jpg

Orang ramai beratur bagi memilih calon parti prodemokrasi untuk bertanding pilihan raya akan datang. - Foto AFP

HONG KONG: Lebih setengah juta warga Hong Kong mengambil bahagian dalam pengundian diadakan parti prodemokrasi bagi memilih calon pilihan raya datang, kata penganjur pada Ahad.


Jumlah pengundian yang tinggi dalam pemilihan tidak rasmi itu direkodkan walaupun kerajaan memberi amaran ia mungkin melanggar undang-undang keselamatan baharu yang ketat, dikuatkuasakan Beijing ke atas wilayah itu.

Orang ramai beratur dalam panas terik di lebih 250 stesen undi di sepanjang bandar yang berlangsung selama dua hari dan hanya dibuka selama beberapa jam selepas polis menahan pemungut suara yang membantu mengadakan pemilihan terbabit.

Selepas proses undian ditutup jam 9 malam pada Ahad, penganjur mengesahkan lebih 610,000 orang menyuarakan hak mereka di atas kertas undi termasuk 590,000 undian secara digital dan 21,000 secara manual.

"Di bawah undang-undang keselamatan yang disifatkan kejam, ramai orang bimbang jika penyertaan seperti ini akan merisikokan diri mereka melanggar peraturan, namun masih ramai yang tetap keluar," kata penganjur dan penuntut undang-undang, Benny Tai.

"Saya ingin menyampaikan penghormatan kepada semua orang," kata calon demokrasi.

Calon yang menang dijangka akan diumumkan petang Isnin dan mereka akan bertanding bagi merebut 70 kerusi ahli perundangan, September ini.

"Walaupun berada di bawah naungan undang-undang keselamatan nasional, hampir 600,000 orang keluar dan mengundi di mana kita boleh lihat inilah semangat warga Hong Kong," kata bekas penggubal undang-undang dan penganjur pemilihan, Au Nok-hin, sebelum undian dikira.

Melalui sesi temubual dengan beberapa akhbar pro-Beijing Khamis lalu, Menteri Perlembagaan dan Hal Ehwal Tanah Besar, Erick Tsang memberi amaran bahawa sebarang penganjuran, perancangan dan penyertaan dalam pemilihan itu mungkin berdepan kesalahan terhadap pewarisan, penindasan dan pakatan dengan kuasa asing mengikut undang-undang keselamatan baharu itu.

Namun amaran berkenaan ternyata tidak berupaya menghentikan sesi pengundian yang diadakan dalam skala besar itu.

"Saya amat menyayangi Hong Kong. Warga Hong Kong sekali lagi mencipta keajaiban sekali gus bersuara kepada dunia bahawa kem prodemokrasi boleh menarik banyak undian," kata Au.

Beijing menguatkuasakan undang-undang keselamatan baharu terhadap Hong Kong minggu lalu yang menyasarkan tindakan penindasan, keganasan dan pakatan dengan kuasa luar yang boleh dikenakan penalti maksimum penjara seumur hidup.

Ia sebagai tindak balas terhadap protes demokrasi ganas secara besar-besaran yang kerap diadakan sejak tahun lalu.

Undang-undang sama turut dilaksanakan untuk memadamkan bantahan di tanah besar terhadap bidang kuasa polis di mana pihak berkuasa itu di Hong Kong sudah menahan individu yang lantang bersuara dalam pandangan politik yang kini dianggap tidak sah, seperti perjuangan kemerdekaan atau autonomi lebih besar.

Jumaat lalu, polis menyerbu pejabat Institut Penyelidikan Pendapat Awam (PORI) iaitu pemungut suara penting yang membantu kem prodemokrasi untuk melaksanakan pemilihan itu.

Polis mendakwa mereka bertindak balas terhadap laporan bahawa komputer milik PORI digodam, menyebabkan kebocoran maklumat peribadi yang tidak sah.

Serbuan itu menyebabkan kebimbangan terhadap penganjuran pemilihan namun Presiden PORI, Robert Chung, berkata sistem undian adalah sah dan telus. - AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,721
Reaction score
3,004
Points
201

There has been an unexpectedly high turnout of voters for Hong Kong's democratic primary elections.

It is the first ballot since Beijing imposed its new national security law, many feared this would keep people away.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,721
Reaction score
3,004
Points
201
Hong Kong People Let Their Voices Be Heard: LegCo’s Yeung


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,721
Reaction score
3,004
Points
201
HONG_KONG-POLITICS-VOTE_1594712662.jpg

Orang ramai mengundi pada pemilihan pendahuluan yang dianjurkan parti prodemokrasi Hong Kong. - FOTO AFP

Penganjuran pemilihan pendahuluan di Hong Kong provokasi serius - China

HONG KONG: China menyifatkan pemilihan pendahuluan dijalankan parti prodemokrasi Hong Kong, sebagai 'provokasi serius' dan memberi amaran bahawa sesetengah kempen berkemungkinan melanggar undang-undang keselamatan baharu yang ketat di bandar raya ini.

Kenyataan oleh Pejabat Perhubungan yang mewakili Kerajaan China di Hong Kong itu, meningkatkan risiko pendakwaan terhadap parti pembangkang dan tokoh pemimpin secara dramatik.

Lebih 600,000 warga Hong Kong keluar mengundi pada hujung minggu lalu untuk memilih calon pilihan raya akan datang walaupun berdepan amaran daripada pihak berkuasa kerajaan bahawa tindakan itu boleh melanggar undang-undang baharu Beijing.

Dalam satu kenyataan, semalam, Pejabat Perhubungan menegaskan bahawa pemilihan pendahuluan itu adalah 'provokasi serius terhadap sistem pilihan raya sedia ada'.

Katanya, kempen yang mendesak untuk menguasai dan melumpuhkan Dewan, adalah melanggar Artikel 22 undang-undang keselamatan itu.

Artikel 22 yang menyasarkan 'tindakan menggulingkan kuasa negara', melarang 'gangguan serta campur tangan serius' terhadap Kerajaan Hong Kong dan Pusat, atau sebarang tindakan yang menyebabkan mereka 'tidak dapat melaksanakan fungsi secara normal'.

Kenyataan Pejabat Perhubungan itu turut memfokus kepada Benny Tai, iaitu seorang aktivis demokrasi terkenal yang memainkan peranan utama dalam penganjuran pemilihan pendahuluan berkenaan.

"Matlamat kumpulan Benny Tai serta kem pembangkang ialah merampas kuasa untuk mentadbir Hong Kong, dengan cubaan melancarkan revolusi warna versi Hong Kong," menurut kenyataan itu. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register