To Sell Set ibu hamil, berpantang dan menyusu shaklee

CG Sponsors




Joined
Apr 9, 2013
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
Kehamilan merupakan saat-saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Perasaan gembira, teruja dan sedikit risau pasti akan dirasai terutamanya seandainya ia adalah kehamilan yang pertama. Antara perkara yang selalu difikirkan adalah vitamin apa yang sesuai dan perlu dimakan semasa hamil.

Kalau anda membuka 'buku merah' di klinik kesihatan kerajaan, anda pasti akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat/vitamin. Contohnya seperti vitamin C, iron, asid folik dan sebagainya.

Shaklee menyediakan set khusus untuk ibu-ibu yang mengandung, berpantang dan menyusukan si manja.



Adakah kesemua suplemen ini perlu untuk saya ketika hamil?

Jawapannya, YA PERLU. Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana ia membantu untuk mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, kekurangan berat bayi dan juga risiko kecacatan. Ia juga membantu kita menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang kehamilan.

Asid Folik (B-Complex)

Sangat penting dalam pembentukan otak dan saraf bayi pada awal kehamilan. Dan pengambilannya dicadangkan sebaik-baiknya 3 bulan sebelum anda bercadang untuk hamil. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kecacatan pada saraf tunjang bayi. B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

Iron (Salah satu sumber yang ada dalam Vitalea-Multivitamin)

Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Bagi yang mengalami masalah HB yang rendah, zat besi ini sangat membantu dalam meningkatkan HB anda. Apabila telah mengambil vitalea tidak perlu ambil Obimin.


Tips: Elakkan mengambil vitamin ini bersama-sama dengan kalsium kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi. Sebaliknya anda digalakkan untuk meminum segelas air buah ataupun mengambil bersama Vitamin C untuk penyerapan yang lebih optimum.

Kalsium (Ostematrix)

Membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium dalam diri ibu hamil akan terdedah kepada risiko pre-eklampsia dan boleh membawa maut kepada ibu dan bayi. Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat & gigi untuk si manja. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, 2 biji OsteMatrix sehari pun mencukupi.

Omega-3 (Omega Guard)

Diperlukan untuk tumbersaran si manja dalam kandungan bagi penglihatan yang baik, perkembangan otak dan pembentukan sistem saraf yang baik. Untuk ibu hamil, Omega Guard membantu mengawal kolestrol dalam darah si ibu.

Zink (Zinc Complex)

Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Fungsi ikan haruan yang biasa diambil oleh ibu berpantang adalah sama dengan zink, bezanya ikan haruan sedikit mahal, tetapi sebotol zink (120 bji) tidak sampai RM40. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas kelahiran.

Energizing Soy Protein (ESP)

Memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.ESP juga boleh memekatkan susu si ibu, jadi anak cepat kenyang dan ibu boleh buat stok susu dengan lebih banyak. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Alfalfa Complex

Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri dan Milk Booster bagi ibu menyusu. Melegakan sakit sendi dan belakang. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. Memberi kelegaan semasa haid. Memulihkan urat selepas bersalin. Bagus untuk elergi dan ekzema. Merawat asma. Mencuci usus bagi membuang toksik. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan. Meneutralkan asid dalam badan. Membesar dan menegangkan payudara. Melegakan sembelit. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’.

Sumber : Dr. Zubaidi (http://drzubaidi.com/blog/?p=2545)

Quote from babycenter:

PREGNANCY​
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on.

BREASTFEEDING​
A newborn baby has only three demands. They are warmth in the arms of its mother, food from her breasts, and security in the knowledge of her presence. Breastfeeding satisfies all three.
~Grantly Dick-Read~
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register