BTC USD 28,044.5 Gold USD 1,967.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sesi pemukiman Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
Katanya, sesi pemukiman wajar diadakan secara berkala bagi membolehkan penilaian terperinci dibuat ke atas setiap dasar dan memantau prestasi semasa anggota kabinet.
#AWANInews #AWANIpagi

Pemukiman Jemaah Menteri medan terbaik perkukuh perpaduan anggota kabinet​



Januari 16, 2023 09:45 MYT
Pemukiman Jemaah Menteri medan terbaik perkukuh perpaduan anggota kabinet

Sivamurugan berpendapat sesi pemukiman jemaah menteri tersebut wajar diadakan secara berkala selepas ini. - Foto PMO

KUALA LUMPUR: Program Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan harus menjurus kepada pengukuhan perpaduan dalam kalangan anggotanya bagi memastikan kerajaan sedia ada diyakini mampu memberikan keyakinan dan berkesan.

Selain itu, pemukiman berkenaan juga perlu dijadikan platform terbaik kepada setiap kementerian dalam memperincikan setiap dasar yang diamalkan ketika ini.

Demikian pendapat disuarakan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Sivamurugan Pandian mengulas program tersebut yang diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, pada Ahad.

“Sesi pemukiman selalunya diguna pakai untuk membolehkan kita memahami apakah bentuk prestasi yang dirancang, keberkesanan setiap kementerian, agensi atau jabatan, bentuk kepimpinan.

"Dan akhirnya, sudah pasti, ia juga memberikan input dari sudut pelaksanaan, pemantauan, pelan jangka pendek, sederhana dan panjang,” kata Sivamurugan kepada Astro AWANI.


Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, program tersebut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 27 anggota Jemaah Menteri dan 10 pegawai kanan kerajaan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang menyampaikan taklimat pelaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) anggota Jemaah Menteri.

Difahamkan, sesi terbabit bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.

Sementara itu, jelas Sivamurugan lagi, selepas mengharungi tempoh dua bulan kerajaan dibentuk, setiap menteri yang dilantik perlu memberi fokus yang jelas terhadap naratif dan arah tuju dasar yang diterapkan.
Rakyat ketika ini, katanya, sudah sampai pada peringkat untuk membuat penilaian terhadap setiap prestasi ahli jemaah menteri.

Selain itu juga, katanya, dalam mendepani cabaran yang menanti, kerajaan harus bersikap realistik dan kini bukan lagi masa untuk retorik.



Sivamurugan turut memberi pandangan beberapa isu yang mungkin dibincangkan pada sesi pemukiman tersebut, paling utama berhubung kos sara hidup.

"Hampir kesemua manifesto blok kerjasama memperihalkan isu kos sara hidup, bermakna, ia sudah menjadi isu besar.

“Yang kedua, isu pendidikan. Yang ketiga, isu tentang makanan. Dan yang keempat, isu yang berkaitan kaum wanita dan belia.

"Saya percaya, setiap isu itu akan dilihat dan diselaraskan bagi mencari titik persamaan supaya ia tidak lagi dianggap ada kepentingan politik kepartian," katanya lagi.

Beliau juga melihat pemukiman yang dilakukan wajar diadakan secara berkala selepas ini.

Ia jelasnya membolehkan segala penilaian secara terperinci dibuat pada setiap dasar selain laporan prestasi semasa setiap anggota kabinet kerajaan untuk dinilai Perdana Menteri.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Isu ayam, telur berpanjangan, MAFS dapat markah tercorot​



MOHAMAD. FOTO arkib NSTP
MOHAMAD. FOTO arkib NSTP

Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mendapat markah tercorot berdasarkan pandangan awam pada sesi permukiman Jemaah Menteri semalam.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, markah tercorot itu didedahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada sesi berkenaan.

Menurutnya, beliau tidak terkejut dengan pandangan orang awam itu kerana masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan sejak setahun lalu.




Katanya, masalah itu berlaku selama setahun dan bukan berlaku selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara sejak Disember lalu.

"Markah (tercorot) itu bersambung sejak kepimpinan lalu sehingga ke hari ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 MAFS, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Chan Foong Hin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Mohamad berkata, pihaknya akan cuba mengatasi isu itu dan buat masa ini, bekalan ayam sudah stabil manakala telur pula dijangka dapat distabilkan tidak lama lagi.

Menurutnya, pada tahun ini MAFS akan menumpukan kepada empat dimensi sekuriti makanan merangkumi ketersediaan, akses, penggunaan serta kestabilan dan kemampanan seiring dengan objektif Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar AgromakananNegara 2021-2030 (DAN 2.0).

Katanya, bagi menjayakan agenda keterjaminan makanan negara, MAFS menggariskan lima hala tuju dan fokus iaitu memperkasa industri akuakultur, memperluas penternakan lembu secara fidlot, penanaman jagung bijian, mempertingkat pembabitan golongan belia dalam industri pertanian pintar dan memperkasakan institut latihan pertanian.

Disiarkan pada: Januari 16, 2023 @ 4:41pm
 

nambua

Fun Poster
Messages
660
Joined
Apr 13, 2007
Messages
660
Reaction score
42
Points
30
"
Katanya, masalah itu berlaku selama setahun dan bukan berlaku selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara sejak Disember lalu.

"Markah (tercorot) itu bersambung sejak kepimpinan lalu sehingga ke hari ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 MAFS, di sini hari ini."

Alasan orang Ken Ching Kuat...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register