BTC USD 28,164.5 Gold USD 1,966.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sesi pemukiman Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

BERNAMA

· 1j ·

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Protokol, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 9.15 pagi bagi menghadiri sesi pemukiman Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri untuk membincangkan hala tuju dan KPI kementerian.
1f4f9.png
Norhayati Mohd Akhir | BERNAMA

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,160
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,160
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2
Berita semalam

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan esok - Fahmi​

14 JAN 2023
A⁻A⁺

2057320.jpg

Fahmi ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina Komuniti Kuala Lumpur peringkat Parlimen Lembah Pantai di Pantai Eco Park hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi permukiman bersama barisan Jemaah Menteri, esok.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sesi permukiman yang berlangsung di lokasi dirahsiakan itu antara lain bagi membincangkan soal hala tuju dan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian.

“Pemukiman ini tepat pada masanya kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, menteri-menteri sudah mengenali kementerian mereka dan mempunyai kefahaman terhadap kementerian, dan ini penting untuk hala tuju kerajaan perpaduan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilapor berkata, satu program permukiman akan diadakan untuk Jemaah Menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian selain bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.

Sementara itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata, gabungan itu memberi keutamaan kepada pembentukan sikap dan dasar bersama parti lain di dalam kerajaan perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata, Perjanjian Persefahaman Kerjasama antara parti-parti di dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan boleh memberi gambaran dan bayangan modus operandi dalam mewujudkan hubungan antara parti-parti yang membentuk kerajaan di peringkat negeri.

“Kita sudah tubuh kerajaan perpaduan di Perak dan Pahang, tetapi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka belum ada. Jadi saya percaya ritma di peringkat persekutuan ini, perbincangan ini akan diteruskan di peringkat negeri,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keputusan mengenai kerjasama politik di peringkat negeri itu akan diputuskan Majlis Presiden PH.

Mengenai strategi menghadapi PRN di enam negeri berkenaan, Fahmi berkata, langkah berbeza pastinya akan diambil antara negeri yang ditadbir parti dalam kerajaan perpaduan dan negeri di bawah pembangkang.

Enam negeri yang terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Bernama

thanks tn TXT :)
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,160
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,160
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2

PM tiba untuk sesi mesyuarat permukiman jemaah menteri​

MUKHRIZ MAT HUSIN
15 JAN 2023
A⁻A⁺

2058029.jpg

Anwar sempat melambai tangan kepada petugas media pada Ahad di luar pintu masuk Kompleks Seri Perdana.

PUTRAJAYA – Kenderaan yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki pintu hadapan Kompleks Seri Perdana pada jam 9.15 pagi tadi bagi menghadiri sesi permukiman bersama barisan Jemaah Menteri pada Ahad.

Ahli Parlimen Tambun itu sempat melambaikan tangannya kepada petugas-petugas media yang berada di luar pintu masuk kompleks berkenaan.

Sementara itu, beberapa kenderaan milik kementerian dilihat memasuki pintu hadapan Kompleks Seri Perdana sejak jam 8.10 pagi bagi menghadiri sesi berkenaan.

Difahamkan sesi yang akan membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian itu dijangka bermula pada jam 8.30 pagi.

Sebelum ini, Anwar dilapor berkata, satu program permukiman akan diadakan untuk Jemaah Menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian selain bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.

Petugas media telah berada di luar pintu masuk kompleks tersebut sejak jam 8.20 pagi tadi lagi.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,160
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,160
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2

Permukiman jemaah menteri kukuh kesepaduan Kerajaan Perpaduan​

15 Januari 2023 05:02pm

2058509.jpg

Anwar (duduk, tengah) bersama barisan jemaah menteri bagi sesi permukiman untuk membincangkan hala tuju dan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 27 anggota jemaah menteri pada Ahad menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, program yang turut dihadiri 10 pegawai kanan kerajaan itu dilaksanakan bagi memperkukuh serta memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan jemaah menteri.

"Selaras dengan hasrat Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Aspek-aspek itu merangkumi struktur kerajaan dan hal ehwal pentadbiran awam; pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan; persidangan antarabangsa dan kepentingan negara; protokol kerajaan dan profesionalisme; pembangunan lestari, senario ekonomi dan cabaran serta taklimat berkaitan komunikasi media.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali turut menyampaikan taklimat pelaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) anggota jemaah menteri pada sesi permukiman itu.- Bernama

Sponsored Post

Top
Log in Register