strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Kuala Kangsar: Seorang wanita warga emas mendakwa sesak nafas dan kegatalan kulit apabila memegang rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus yang tumbuh di Kampung Basong.
Mangsa, Mah Ramli, 75, berkata, dia mula mengalami simptom berkenaan minggu lalu selepas membersihkan kawasan semak berhampiran kediamannya.
Menurutnya, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa itu adalah rumpai miang Mexico, namun menyedari perkara itu selepas melihat laporan berita mengenai rumpai itu dalam televisyen.
“Sebelum ini, saya memang tidak mengalami penyakit lelah atau sesak nafas, namun semuanya bermula selepas saya membersihkan kawasan berhampiran rumah pada minggu lalu.
“Pada waktu itu, memang saya nampak ada rumpai miang Mexico di situ, namun saya cabut dan buang pokok itu memandangkan ia sudah besar dan mengganggu tanaman saya yang lain.
“Lepas dua ke tiga hari, saya mula mengalami sesak nafas. Anak saya kemudian membawa saya ke Hospital Kuala Kangsar sebelum ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya, semalam.
Beliau berkata, dia mengalami kesukaran untuk tidur malam kerana badannya mengalami kegatalan meskipun tiada ruam atau bintik-bintik merah yang timbul pada badannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/node/15897