Sertai MCA: Peguam DAP desak ADUN Malim Nawar buat keputusan

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,305
Reaction score
1,543
Points
201
mca tu dah mcm wujud tak wujud je.. ada jugak yg berebut nk masuk mca.. lawak apekah ini..
Nak kasi balance.balik.. umno keluar ganti gan geng mca yg baru.. jwtn umno yg kosong kasi kt mca.. paduuuuu
 
Sponsored Post

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,659
Reaction score
651
Points
81
Nak kasi balance.balik.. umno keluar ganti gan geng mca yg baru.. jwtn umno yg kosong kasi kt mca.. paduuuuu
jgn pening2..kalau dia masuk mca tak melibatkn kerusi2 mca pas n umno yg sedia ada pun kan.. dia bertanding je la kat kerusi yg dia lompat tu, selagi dia tak kacau kerusi org lain lantak la dia nk jadi apa pun.. biar pengundi dia yg tentukan.. sama la mcm bersatu, kalau berani bertanding la dikerusi yg sama dia lompat tu.. tak perlu kacau yg lain.. jenis lompat2 ni jgn amik kisah sgt.. sok lusa lompat masuk ph balik..

org cina pun dh tak suka dap, tp org melayu terkinja2 plak sokong dap..
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,081
Reaction score
1,264
Points
111
Nak kasi balance.balik.. umno keluar ganti gan geng mca yg baru.. jwtn umno yg kosong kasi kt mca.. paduuuuu
Dulu masa PR dibubarkan dgn DAP bg sebab Pas berbaik dengan Umno. Pas berpecah kpd Amanah krn pimpinan Pas rapat dgn Umno.

Oktober lepas Anwar berbaik dgn cluster Zahid umno, takde pulak DAP dan Amanah nak tinggalkan PH atau bubar PH macam dulu2.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
Surat tunjuk sebab sudah diberikan kepada Leong Cheok Keng pada 6 Jan lalu selepas beliau dilihat memilih memaklumkan kepada media untuk tidak akan menjawab surat berkenaan.

Didakwa masuk MCA, DAP batal keahlian ADUN Malim Nawar




January 18, 2021 3:15 PM


Leong-Cheok-Keng-DAP-FB.jpg

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin DAP membatalkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng, selepas laporan media mengaitkannya menyertai MCA sebelum ini.


Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, pihaknya sudah memberikan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat berkenaan pada 6 Jan lalu, selepas Leong dilihat memilih memaklumkan kepada media untuk tidak akan menjawab surat itu.

“Atas sebab itu, Leong membuatkan Jawatankuasa Disiplin tiada pilihan lain, menamatkan keahlian partinya berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan.
BERITA LANJUT MENYUSUL

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,131
Reaction score
12,102
Points
1,906
1611053372345.png


Dipecat DAP, Adun Malim Nawar seru ahli parti tolak 'kediktatoran'
Diterbitkan 19 Jan 2021, 3:11 pm

Dikemaskini 3:29 pm



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Leong Cheok Keng menyatakan rasa terkejut dan sedih selepas mendapati bahawa keanggotaan DAPnya telah diberhentikan oleh parti itu, tetapi telah berikrar untuk terus berkhidmat untuk konstituennya.

Meskipun menyeru ahli DAP di kawasannya kekal tenang dan meneruskan perjuangan parti, Leong menggesa mereka menolak "kediktatoran" dan "kepura-puraan".
"Saya telah diberitahu oleh rakan media bahawa keahlian parti DAP saya telah ditamatkan oleh parti.

"Walaupun 'semua perkara baik mesti berakhir', dengan kesedihan dan kekecewaan besar saya menerima berita yang tidak dijangka ini. Saya berharap bahawa ia hanya jenaka, tetapi tidak.

"Lagipun, ini adalah parti di mana saya telah menghabiskan lebih dari satu dekad dalam hidup saya," kata Leong.

Dia mengatakan bahawa dia berharap dapat meninggalkan parti dengan baik.

"Oleh itu, saya menyeru semua anggota DAP di kawasan saya untuk tetap tenang, dan meneruskan perjuangan parti.

"Saya harap mereka mengikuti arahan kepimpinan pusat parti, dan untuk meningkatkan demokrasi dalam parti, sambil menolak kediktatoran dan kepura-puraan, menyokong pemimpin yang baik dengan semangat "Roket" yang sebenar," katanya.

Semalam, jawatankuasa tatatertib DAP menggugurkan keahlian Leong setelah dilaporkan bahawa dia telah memohon untuk menjadi ahli MCA pada 5 Januari.

"Mana-mana orang yang didapati memohon atau memegang keahlian parti politik lain akan dihentikan keanggotaan DAP mereka, kerana mempunyai dua keahlian dianggap sebagai pengkhianatan kepada parti," kata ketua jawatankuasa disiplin DAP Chong Chieng Jen.

Chong berkata DAP telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Leong pada 6 Januari lalu susulan laporan media bahawa dia telah memohon untuk menyertai MCA.
Namun, Leong memberitahu media pada 15 Januari bahawa dia tidak akan membalas surat tunjuk sebab itu.

Dalam kenyataan sama hari ini, Leong berkata perkembangan itu tidak akan menjejaskan perkhidmatannya di kawasannya.

"Saya akan memainkan peranan yang lebih bermakna di DUN, dari segi perumusan dasar pemerintah, yang memihak kepada rakyat pada umumnya, dan masyarakat Cina khususnya, dan di kawasan saya, dalam hal menyelesaikan masalah penduduk tempatan," kata Leong.

Leong yang menjalani penggal kedua sebagai Adun Malim Nawar, baru-baru ini bertelagah dengan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kerana kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno semasa krisis politik Perak bulan lalu.

Pada bulan September 2019, Leong telah mengumumkan pengunduran dirinya dari jawatankuasa DAP Perak kerana tidak senang dengan Nga atas perlakuannya terhadap exco Perak Paul Yong, yang menghadapi tuduhan rogol.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register