Sertai MCA: Peguam DAP desak ADUN Malim Nawar buat keputusan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,128
Reaction score
12,102
Points
1,906
Semua wakil rakyat DAP Perak telah menandatangani surat persetujuan letak jawatan dan membayar wang pampasan kepada DAP sebanyak RM10 juta sekiranya mereka menyertai parti politik lain.

Sertai MCA: Peguam DAP desak ADUN Malim Nawar buat keputusan

10 Januari 2021


1610332180284.png

Yee Chern (duduk, tengah) menunjukkan akuan berkanun yang ditandatangani Cheok Keng sebelum menjadi calon PRU14 ketika sidang akhbar di Pejabat DAP Perak pada Ahad.


IPOH - Enam peguam Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng supaya segera membuat keputusan sama ada untuk kekal bersama DAP atau menyertai MCA.

Setiausaha DAPSY Perak, Teoh Yee Chern berkata, tindakan Cheok Keng yang menyatakan hasrat menyertai MCA dalam satu sidang akhbar pada 7 Januari lalu merupakan satu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan oleh DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurutnya, sebelum menerima watikah pelantikan sebagai calon PRU14, semua wakil rakyat DAP Perak telah menandatangani surat persetujuan untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan membayar wang pampasan kepada DAP sebanyak RM10 juta sekiranya mereka menyertai parti politik lain.

"Pada masa sama, kesemua calon DAP Perak juga telah menandatangani Surat Akuan Berkanun bahawa mereka tidak akan keluar dari DAP sepanjang tempoh penjawatan mereka selaku seorang ahli Parlimen atau ADUN dan akan kekal sebagai seorang wakil rakyat untuk DAP.
"Persoalan yang kami hendak bangkitkan adalah sama ada Leong Cheok Keng, selaku seorang wakil rakyat dan peguam bertauliah akan berpegang kepada janji dan komitmen beliau untuk meletak jawatan sebagai ADUN Malim Nawar sedangkan beliau telah memohon untuk menyertai Parti MCA?" katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat DAP Perak, di sini pada Ahad.


Lima peguam muda yang bersama mengemukakan desakan itu ialah Wong Kar Keat, Woo Kah Leong, Chong Kar Yang, Jason Ng Thien Yeong dan Siew Chin.

Sementara itu, Yee Chern yang juga ADUN Astaka turut mempersoalkan sama ada Cheok Keng bersedia berdepan implikasi surat Akuan Berkanun dan mendukung semangat undang-undang serta surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh beliau sendiri.
Menurutnya, ADUN Malim Nawar itu tidak perlu menunggu parti memecat beliau sebaliknya bertindak berani dengan mengumumkan secara rasmi keluar parti dan menyertai MCA.

"Ini adalah satu isu kredibiliti dan kejujuran yang penting untuk seorang wakil rakyat yang juga peguam. Beliau perlu berpegang kepada janji undang-undang yang telah beliau berikan

"Maka, kami mendesak supaya beliau menunjukkan kredibiliti dan kejujuran beliau dan meletak jawatan sebagai ADUN Malim Nawar dengan serta merta tanpa mengungkit apa-apa alasan remeh lagi.," katanya.
Cheok Keng ketika dihubungi Sinar Harian sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hasratnya enyertai MCA.

Malah Jawatankuasa Disiplin DAP turut mengemukakan surat tunjuk sebab kepadanya meminta penjelasan mengenai laporan akhbar mengenai perkara tersebut.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,128
Reaction score
12,102
Points
1,906
Suara Orang Ramai

7 Januari jam 12:27 PTG ·


20 wakil rakyat DAP nak sertai MCA?

Kenapa ya? Adakah mereka ini dah mula sedar dan nampak wajah sebenar DAP yang jauh terpesong daripada agenda menjaga kebajikan rakyat?

Media melaporkan terdapat spekulasi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng akan keluar parti dan menyertai MCA.

Tindakan wakil rakyat Perak itu dikatakan mungkin diikuti sejumlah Ahli Parlimen dan ADUN lain yang jumlahnya mencecah 20 orang.
https://malaysiagazette.com/.../20-wakil-rakyat-dap.../

Tetapi perkara tersebut enggan diulas oleh Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming.

Yelah..takkan nak buka aib parti sendiri kan?

DAP pun dah keluarkan tunjuk sebab kepada Cheok Keng sebelum tindakan selanjutnya diambil.
https://www.utusan.com.my/.../dakwaan-sertai-mca-dap.../

Nak dekat-dekat pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ni, macam-macam drama pula yang keluar yer.

Itu belum cerita lagi bab Dinasti Lim - bukan perkara baru dalam DAP. Dinasti ini begitu 'kuat' sehingga tak ramai yang berani menentang. Jika ada pun, bersiap sedialah menerima arahan atau tindakan oleh barisan diktator.

Hakikatnya, amalan diktator dalam DAP ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan ahli mereka sendiri.

Adakah isu dalaman DAP ini boleh dikatakan bagai retak menanti belah?

1610332404599.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,128
Reaction score
12,102
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

7 Januari jam 6:45 PG ·

Biasanya berita politik Cina yang dilaporkan secara eksklusif dalam akhbar Cina tidak pernah menipu kerana akhbar Cina memang benar-benar berobjektif.

Baru-baru ini, akhbar China Press melaporkan tentang khabar angin bahawa akan ada 'perpindahan' beramai-ramai wakil rakyat DAP ke MCA. Dilaporkan juga ini disambut baik oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Jika benar khabar tentang 'rancangan' mereka ini, maka saya tidak terkejut kerana kita tahu yang parti politik Cina hanyalah wadah bagi menjayakan agenda-agenda masyarakat mereka. Ini merupakan rahsia yang diketahui umum atau 'open secret' kerana lihatlah bagaimana agenda-agenda mereka dapat dijayakan walau siapa pun yang memerintah.

Lihatlah bagaimana mereka bersolidariti dan bersepakat dalam isu-isu kepentingan bangsa mereka walaupun berlawanan dengan undang-undang dan malah salah di segi perlembagaan sekalipun. Mereka akan cuba pelbagai jalan dan strategi, sama ada dalam atau luar kerajaan tanpa menggunakan alasan-alasan karut seperti 'tidak cukup kerusi'.

Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi percaturan politik yang strategik demi bangsa mereka walaupun perlu menukar parti. Mungkin menukar-nukar parti ini pun adalah aturan di belakang tabir di antara mereka. Mereka ini terlalu 'isolated' dalam masyarakat mereka dengan isolasi bahasa mereka tersendiri, akhbar mereka tersendiri, persatuan-persatuan mereka tersendiri dan sebagainya yang membuatkan kita terlepas pandang pelbagai perkara dan perspektif terutamanya tentang politik.

Pastinya mereka sudah merancangkan pelan A, B, C dan seterusnya untuk menghadapi kemungkinan politik yang sangat tidak menentu pada hari ini. Boleh jadi pelan A adalah DAP bekerjasama dengan UMNO. Boleh jadi pelan B adalah untuk memperkasakan MCA kerana MCA pasti akan menang di banyak kerusi dengan menumpang ihsan orang Melayu yang setia mengundi lambang 'dacing', dan seterusnya. Jangan pandang rendah akan kelicikan dan ketelitian perancangan-perancangan mereka.

Persoalannya, apakah UMNO akan teruskan kerjasama dengan MCA jika mereka hanya salin kulit dari DAP sahaja nanti (jika jadi)? Jika UMNO membiarkan sahaja dan terus memanjakan MCA, maka ini adalah penipuan moral yang akan mengotorkan lagi lanskap politik negara. Akhirnya tiba pada persoalan, apakah orang Melayu perlu menolak BN? Takkanlah kita mahu pilih PH pula? Politikus akan mengambil kesempatan atas dilema ini dengan pelbagai cara memanipulasi dan kata-kata dusta.

Perpecahan politik Melayu pada hari ini semakin menjadi-jadi sedangkan mereka bijak mengatur strategi sesama mereka dan bersama 'musuh dalam selimut' yang dianggap kawan kita sekalipun. Saya tidak tahulah kebodohan apa yang ada pada pemimpin kita sehingga boleh ditipu siang-siang. Atau mereka sendiri menipu rakyat dengan membiarkan penipuan berlaku.

Bak kata pepatah yang sering diungkapkan sendiri oleh pemimpin Melayu kita, "Antan dengan antan berlaga, Ayam tepi lesung yang kenyang". Tetapi malangnya mereka tidak pernah ambil iktibar pun atas apa yang diratibkan itu. Fikir-fikirkanlah.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
7 Januari 2021

1610332602032.png
Baca lanjut dalam Bahasa Melayu: https://malaysiagazette.com/.../20-wakil-rakyat-dap.../
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,211
Reaction score
2,046
Points
206
maybe penyebab LGE n LKS
DAP ni umpama PKR gak,
parti anak-beranak-kroni
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,394
Reaction score
101
Points
83
serupa tengok movie kongsi gelap china jer...sudah masuk kongsi tak boleh keluar lagi.
kalau keluar nak jadi baik satu keluarga kena kacau sampai kesudahnya. 😁
 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
686
Reaction score
201
Points
23
serupa tengok movie kongsi gelap china jer...sudah masuk kongsi tak boleh keluar lagi.
kalau keluar nak jadi baik satu keluarga kena kacau sampai kesudahnya. 😁
Young and Dangerous kan?
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,659
Reaction score
651
Points
81
mca tu dah mcm wujud tak wujud je.. ada jugak yg berebut nk masuk mca.. lawak apekah ini..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register