TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 401,607
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 401,607
- Reaction score
- 27,584
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Untuk kesekian kalinya roket China buat hal lagi .
AWAS !!!
Baru - baru ini iaitu pada 31 Oktober 2022, China telah melancarkan roket Long March 5B ( CZ - 5B ) ke angkasa yang bertujuan untuk meletakkan modul ketiga Stesen Angkasa Tiangong iaitu Mengtian ke orbit rendah Bumi.
Seperti peristiwa yang lalu , penggalak roket seberat lebih 20 tan yang digunakan semasa melancarkan roket ke angkasa akan memasuki atmosfera Bumi secara tidak terkawal.
Setakat ini, adalah sukar untuk meramal secara tepat bila dan di mana ia akan jatuh. Serpihan roket berpotensi jatuh di mana - mana sahaja kawasan di dalam lingkungan latitud sekitar 41 darjah utara sehinga latitud 41 darjah selatan.
Semasa memasuki atmosfera Bumi, sebahagian besar serpihan roket akan terbakar dan musnah tetapi risiko serpihan yang tidak terbakar habis di atmosfera untuk jatuh di permukaan Bumi masih ada. Keadaan ini yang amat membimbangkan banyak pihak.
Berpandukan data - data yang dikumpul oleh agensi yang memantau serpihan roket tersebut, ia dijangka akan memasuki atmosfera Bumi pada :-
Aerospace Corp;
05 November 2022, jam 07:17 AM ± 10 jam
EU SST;
06 November 2022, jam 12:40:33 AM ± 739 minit.
* Jangkaan awal tersebut masih tertakluk kepada sebarang perubahan.
AstroMet Malaysia