Serius: Minta bantuan menghalau SAKA! Urgent!

CG Sponsors




Nizam Safuan

Account Locked as requested
Joined
Aug 29, 2008
Messages
919
Reaction score
50
Points
20
Mohon bantuan... Maaf jika tersalah bilik huhuhu...

Guys, aku ada satu masalah ni. Adik angkat aku, pompan… Namanya Liza (bukan nama sebenar). Baru 4 bulan saje kami berkenalan, secara x sengaja. Budaknya skolah lagi, tingkatan 5. Kami dah beberapa keluar makan-makan, shopping. Orgnya sederhana, agak pendiam, kawan pun xramai. Senang cita dia ni jenis org yg x bercampur sgtlah. Aku tgok dia ni ada masalah kesihatan, belajar pun x seberapa. Keluarganya baik2, cuma mungkin kerana ibu dan bapanya gila kerja, mereka jarang luangkan masa dgn anaknya, Liza ni… Sampaikan mereka suh Liza ni pi duk dgn nenek dia sbab mcm nk lepaskan tanggungjwb jaga si Liza. Umah nenek Liza dekat dgn umah parentsnya. Umah parents kat Sg Buloh, umah nenek dekat Kuang. Perjalanan mgambil masa dalam 15min gitu…

Aku x kenal sgt dgn keluarga Liza ni, just tau sikit2 saja. Blom pernah jumpa dgn keluarga dia sebab x berkesempatan kerana kekangan masa. Atoknya dah meninggal, xtau dah berapa lama tp dlm tahun lepaslah. Mmg dia rapat dgn atoknya ni. So bila atoknya dah xde, maka Liza ni disuruhlah (kena paksa) mak bapak dia tinggal kat umah nenek dia ni, dgn alasan spy nenek dia ada kawan kat rumah boleh tlg tengok2kan dia. Liza pernah komplen kat aku ttg perangai parentsnya yg x memahami dia. Hubungan dgn nenek dia pun x brapa baik sbab Liza kata nenek dia suka marah2kan dia. Jadi aku faham, sbg remaja Liza sgt perlukan perhatian mak bapak dia. Jadi utk itu, dia salu keluar malam jumpa n lepak ngn kawan2 lelaki yg dia kenal. So Liza ni salu x pi skolah, ponteng. Yg aku heran mak bapak dia pun x amik kesah.

Masalah timbul baru-baru ni saja bila Liza selalu mengadu kakinya sakit. Bila aku tengok, kakinya lebam mcm kena gigit. Aku terus suspect ni ada benda halus ni, so aku nasihatkan dia supaya jgn duk umah neneknya lagi dan pindah ke rumah maklongnya di paya jaras. Bila dia mintak izin mak bapaknya xkasi pulak. So aku diamkan dlu, tgok cmana…

Kali kedua (beberapa hari selepas kejadian pertama), Liza mengadu terdengar ada baby menangis kat umah nenek dia. Puas dia cuba cari baby tu keliling rumah tapi x jumpa. Ada juga dia nampak kelibat org diluar rumah, bukan malam saja tp di waktu siang juga. Liza ada bgtau dia suka lepak bilik arwah atoknya. Katanya kat bilik atoknya ada bnyak barang antik. Dengar benda ni je aku xboleh tahan. Aku nasihatkan keluar dari rumah itu sekarang juga. Tp Liza kata dia ok. So aku biarkan dlu, tgok cmana…

Kali ketiga (beberapa hari selepas kejadian kedua), satu malam tu Liza sms aku. Dia kata dia nampak ‘benda’ tu. Aku Tanya dia benda apa? Dia kata benda tu macam mayat hidup, dok pi rapat kat dia. Rupa2nya Liza kena kaco mlm td (klo x silap waktu magrib) waktu dia sdg tidur. Mula2 dia kata benda tu jilat2 kaki dia, kemudian jilat lengan n telinga dia. Dia rasakan benda tu. Kemudian smpai ke leher, Liza kata dia rasa digigit. Sakit. Tapi bila dia sedar spenuhnya, dia bukak lampu tgok xde kesan darah. Cuma lebam dan sakit. Aku dgar cerita ni terus meremang bulu roma aku der… Tapi Liza kata dia boleh handle. So aku biarkan dlu, tgok cmana…

Kali keempat (sehari selepas kejadian ketiga), Liza di sekolah. Aku Tanya khabar dia, Tanya dia dah makan ke blom. Liza kata dia ok, Cuma dia ceritakan dia marahkan kawan dia dlm kelas td sbab baca yasin. Dia juga komplen tangan n bahagian belakang badan dia sakit esp kat pinggang n lengan. Kat lengan ada kesan lebam, aku suspect kena gigit. Dia kata x larat sgt, nak jalan pun x boleh. Aku suh dia panggil ustazah, sbab aku tau ustaz/ustazah tentu tau bab2 benda halus ni. Dia kata okay, then aku biarkan dia utk beberapa ketika supaya beri laluan pada ustazah utk jalankan tugasnya. Lepas 1 jam aku sms dia balik, Liza kata ustazah tu bagitau Liza ni lemah semangat, so dia bacakan al-quran dan sapukan air zam2 kat tempat dia sakit tu. Dan Liza masih tetap merasa sakit. Dia komplen kat aku kata ustazah tu nak pi tgok umah nenek dia. Dan dia bagitau aku arwah atoknya x serahkan ‘benda’ tu pada warisnya. So aku nasihatkan Liza bukak Rukyah Syariah kt dalam rumah tapi dia xnk. Aku dah rasa something wrong is going on somewhere…

Kali yg kelima (ptg tadi), aku sms dia lagi. Tanyakan khabar dia mcm biasa yg aku lakukan. Liza komplen pasal nenek dia lagi, dia kata nenek dia tampar muka dia sebab dia ni suka merayap dan x pi skolah. Aku rasa nenek dia ni pun satu hal ah… Agak2 ler kalo nak nasihatkan cucu ni. Liza kata dia pun ada rasa nak tampar balik, tp dia x jadi tampar. Aku Tanya dia bila ustazah nk dtg mai rumah. Dia kata nanti2lah, lagipun xperlu sbab ‘benda’ tu x buat jahat pun dgn dia. Cuma dia rasa sakit bila terdengar waktu azan asar ptg tadi. Ok fine… Aku tgok Liza cuba nk mengelak bila aku tanyakan soalan pada dia, jadi aku cuba arahkan soalan yg mungkin dia suka. So perbualan kami begini lebih kurang (aku pendekkan)

Aku: Ermmm Liza baik dgn dia ke? Liza kawan dgn siapa ni? Benda tu lelaki ke pompan?

Liza: Benda tu pompan lah bang. Dia salu bual2 ngn Liza. Kulitnya putih, cantik sgt. Dia temankan Liza kt rumah ni. Lgpun mak abah pun takde, abg pun salu busy

Aku: Owh ok… Siapa namanya? Dia tinggal kat mana?

Liza: Dia tinggal kat bilik arwah atok. Liza pun xtau namanya, just panggil dia akak saja

Aku: Ermmm Liza dah solat? Wan (panggilan utk nenek Liza) solat x kt rumah?

Liza: Malaslah nak solat. Lagipun sakit. Wan mmg x pernah tinggal solat. Kdg2 dia bangun malam solat tahajud

Aku: Ermmm baguslah tu. Liza pun kenalah solat ok? Supaya benda tu boleh keluar dari badan Liza. Sekali skala pun okay.

Liza: Xnaklah bang

Aku: Jgnlah mcm tu… Liza penah x berbual dgn ‘benda’ tu pasal abg ke, nenek ke?

Liza: Pasal abg mmg xde bual apa2, Cuma ‘benda’ tu nasihatkan Liza jgn berkawan ngn wan (nenek) sebab wan selalu solat n baca quran. Dia rasa sakit

Aku: Ok. Liza jaga diri. Nanti abg usahakan macamana nk tolong


So itulah sebahagian perbualan aku dgn Liza buat setakat ini (hari ini) dan nampaknya aku nak cuba bantu dia walaupun tanpa sokongan mak bapak dia. Utk pengetahuan semua, Liza pernah ceritakan masalah ini dgn mak dia, tapi mak dia xpercaya. Dia kata Liza ni ada masalah psikologi, so dia pi bawak Liza ni jumpa doktor n doktor kata Liza ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Aku xpercaya sbab aku suspect sangat yg Liza ni kena gangguan makhluk halus atau dalam bahasa kasarnya ‘SAKA’. Dan semalam juga Liza mintak tlg aku hantarkan dia ke kubur arwah atoknya. Dia kata rindu nk jumpa atok. Dalam hati aku dah cakap ‘What da…’

Guys, aku sangat perlukan pendapat kamu. Apakah yg harus aku lakukan sekarang? Aku nak tolong adik angkat aku ni tapi aku x berani sbab takot difitnah menyibuk hal keluarga org lain. Aku dah pernah nasihatkan mcm2 tapi x jalan. Aku plan nk bawak dia jumpa ustaz Zamdurrani kt sungai buloh tp aku takot dipertengahan jalan Liza ni buat hal meracau2, gigit aku ke xpasal2 aje. Alahai… Aku pernah dengar ada org boleh ubatkan dari jauh tp aku xtau ngn siapa aku nk bertanya. Senang cita, aku takot ok? Tengok rumah wan dia dari luar pun aku dah seram semacam, nampak muram walaupun siang.

Apa pendapat kalian? Pendapat kalian aku dahulukan dgn ucapan terima kasih. Aku perlukan solution, bukan soalan yer… Huhuhu
 
Sponsored Post

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
943
Points
171
seram gak...

aku mati akal...

x penah hadapi situasi mcm nie..

tt pergi laa jumpe parents dia..

umur tt berape?
 

wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
Demo try PM id CG akubukandukun.. inshaAllah dia bleh tolong..
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
yg nak pi kubur arwah atok dia tu mgkn "akak" yg dlm bilik arwah tu...skandal arwah ke:)...
bw jer bro gi berubat..kalau nak tolong la...jgn sampai ko plak yg gigit dia:))
 

dare666

Active Member
Joined
May 12, 2010
Messages
2,317
Reaction score
17
Points
25
try dengarkan ayat ruqyah

http://www.ciklaili.com/2012/07/ayat-ayat-ruqyah.html#axzz2QMdRG87g

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan cd/mp3 ini di dalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Sumber http://www.ciklaili.com/2012/07/ayat-ayat-ruqyah.html#ixzz2QMdfl3Pi
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook
 

Prisoner

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2010
Messages
4,005
Reaction score
38
Points
30
nasib baik liza kenal dengan abang nizam safuan., :D
 

qaz123

Super Active Member
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
watpe nak berubat..eloklah tu kan ada penjaga...hehe...

kalau betul nak berubat tuan punya diri la yg kene bersungguh...

nk bg idea tu boleh... tp kalau tuan punya diri xmau ssh juga kan...
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Lokasi di mana?

Utk permulaan boleh cuba jarak jauh dulu
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
perggg seram siot

leh buat film dah pasni huhuh siap leh sembang2 ngan benda tu

huhuhuhu...berani dia huuuuuu

nasihat...adesss susah aku tak pandai huhuhuh....

banyakkan mendekatkan diri dengan allah swt dengan zikir dan solat...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register