Serik kahwin lagi

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GUA MUSANG: “Saya serik untuk berkahwin lagi,” kata ibu remaja berusia 16 tahun yang melecur teruk di muka akibat disimbah cuka getah oleh bapa tirinya dalam kejadian 9 Ogos tahun lalu.

Ibu berusia 34 tahun itu yang enggan dikenali berkata, keputusan itu diambil kerana dia tidak mahu anaknya terus menderita selepas berlaku tragedi itu yang benar-benar menghantui dirinya sekeluarga.

“Kejadian itu menyebabkan anak saya menderita. Cukuplah penderitaan yang ditanggung anak selama ini dan saya tidak mahu ia berlaku pula kepada anak yang lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Mutiara, Aring Satu, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, anaknya dirogol dan disimbah dengan cuka getah sehingga cedera pada keseluruhan muka.

Dia yang sebelum ini menagih simpati insan prihatin untuk menghulurkan bantuan ikhlas bersyukur kerana masalahnya mendapat reaksi positif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Gua Musang.

“Syukur alhamdulillah, rintihan saya melalui akhbar ini bulan lalu mendorong JKM memberi bantuan RM900 untuk mengurangkan bebanan ditanggung.

“Sebelum ini, saya memang buntu memikirkan nasib diri kerana tidak mempunyai sumber kewangan selepas tabungan yang disimpan habis bagi menampung rawatan anak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.

Menurutnya, wang terbabit akan digunakan sebaik mungkin, terutama untuk digunakan anaknya yang perlu mendapatkan rawatan susulan selepas kehilangan sebelah mata, telinga dan hidung akibat kejadian itu.

“Dengan keadaan kami yang kurang berkemampuan sukar untuk membawa anak berulang-alik ke HUSM, apatah lagi kosnya yang tinggi,” katanya sambil memberitahu pembedahan plastik bagi hidung dan mata anaknya akan dilakukan pada 2 Februari depan.

Harapan mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Ciku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, musnah dan kini terpikul di bahunya untuk memulihkan kesihatannya.

Remaja terbabit sebelum ini menjadi mangsa rakus bapa tiri yang menyimbah cuka getah selepas merogolnya dalam kejadian ngeri Ogos lalu di sebuah kebun di Rancangan Tanah Felda Aring Enam, dekat sini.

Dalam kejadian itu, bapa mangsa mati selepas meminum cuka getah.

Akibat kejadian itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga menerima rawatan lebih empat bulan di HUSM Kubang Kerian.

Mangsa anak sulung daripada empat beradik bukan saja cacat pada kedua tangan dan badan tetapi turut buta kedua mata selain hilang hidung serta telinga kanan.
 
Sponsored Post

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Kesian kat anak ni....:(
Gelap masa depan....:(...Angkara Bapa tiri...:mad::mad:
 

gastacopz

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2008
Messages
11,331
Reaction score
19
Points
120
hummm...pnjg bebeno...ade sinopsis x?
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
sib baik bapak tiri tu mati..
 

Lady_Moonlite

Active+ Member
Joined
Sep 22, 2007
Messages
3,566
Reaction score
2
Points
25
kesiannya budak tu sudahla dirogol pastu disimbah cuka lagi... semoga dia tabar dan sabar dalam menghadapi dugaan...
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
lepas wat jahat bunuh diri plak...
 

nina76

Fun Poster
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
kes2 mkn anak haruan ni mcm dh kerap sgt berlaku kt luar bandar, nape ye?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register