BTC USD 22,972.4 Gold USD 1,924.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seremban - 12 penghuni, 45 penuntut terkandas

Emy_Ezra

Super Active Member
gem
Messages
6,902
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,902
Reaction score
657
Points
126
SEREMBAN: Seramai 12 orang daripada satu keluarga termasuk dua orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap akibat banjir kilat di Kampung Mayor, dekat Pantai, di sini, berjaya dipindahkan.

Hujan lebat kira-kira jam 3.30 petang turut menyebabkan 45 penuntut di sebuah kolej kemahiran di Kilometer 9, Jalan Pantai turut terperangkap sebelum diselamatkan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Mohammad Idris, berkata air naik sehingga 0.6 meter dan masuk ke dalam beberapa rumah di Kampung Baru dan Kampung Mayor.

"Kami menerima maklumat mengenai kejadian banjir ini jam 3.49 sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan serta Seremban bergegas untuk memantau keadaan.

"Terdapat beberapa rumah yang dinaiki air. Namun, hanya satu keluarga yang terdiri daripada 12 individu termasuk dua OKU mahu dipindahkan memandangkan hujan sudah berhenti dan keadaan air ketika itu dilihat mulai surut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semua yang dipindahkan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Jalan Pantai.

Dalam kejadian sama, Mohammad berkata, seramai 45 penuntut lelaki di sebuah kolej kemahiran terkandas selepas air naik mencecah 0.6 meter di premis berkenaan.

"Kami turut mendapat bantuan daripada BBP Senawang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai. Penuntut ini dipindahkan menggunakan lori ke tempat selamat.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan semua berjaya dipindahkan. Beberapa agensi lain turut berada di lokasi terbabit bagi memantau keadaan," katanya.

sorombannn_1670504179.jpg



09banj2_1670504181.jpg



09banj1_1670504183.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register