- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
PUTRAJAYA: Satu sindiket menjual bayi warga tempatan dan Indonesia berjaya dibongkar sepasukan pegawai Jabatan Imigresen yang menyerbu dua rumah di Taman Masai dan Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor, kelmarin.
Dalam operasi Ops Pintu/Serkap pada jam 9 malam itu, sepasukan 11 pegawai imigresen menyerbu rumah terbabit selepas mendapat aduan orang ramai mengenai kemasukan warga asing secara haram dan sindiket penjualan bayi.
Pengarah Penguat kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed, berkata ketika serbuan dijalankan, ada dua bayi yang tidak mempunyai ibu bapa, seorang wanita warga tempatan yang hamil sembilan bulan dan seorang wanita warga Indonesia di rumah berkenaan.
“Kami menemui beberapa salinan MyKad milik orang lain, surat kelahiran di klinik swasta, borang daftar anak angkat dan beberapa dokumen lain dalam serbuan itu.
“Selain itu, kami menahan sembilan pendatang tanpa izin warga Indonesia terdiri tujuh wanita dan dua lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Ishak berkata, pihaknya percaya kedua-dua rumah berkenaan dijadikan transit penjualan bayi terutama bayi yang lahir tanpa perkahwinan sah bagi pendatang tanpa izin yang kemudiannya diserahkan kepada sindiket itu.
“Selepas bayi ini diserahkan, ibunya akan pulang ke negara asal melalui laluan yang tidak sah.
“Ketika ini, kami melakukan siasatan lanjutan mengenai akvtiviti haram ini dan bilangan bayi yang sudah dijual,” katanya.
Beliau berkata, itu kes pertama sindiket menjual bayi membabitkan warga negara jiran yang dikesan berlaku di negara ini.
“Berikutan itu, kami meminta orang ramai yang ingin mengambil anak angkat supaya berhati-hati bagi mengelakkan mereka ditipu pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
Dah tak ada benda nak jual dah ker
Orang yang tak ada anak sanggup amik jalan ringkas beli bayi...yang bersusah ngandung sebab buat kerja haram pula sibuk cari tong sampah nak buang...
~X(~X(~X(