Serangan siber pada tahap terkawal: Husin

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH – Masalah serangan siber di negara ini perlu diberi perhatian serius kerana akan melibatkan kerugian bernilai berbilion ringgit.

Ketua Pengarah Cyber Security, Husin Jazni berkata, serangan siber itu boleh menyebabkan sistem dan rangkaian sedia ada akan lumpuh.

Katanya, negara bersedia menghadapi serangan siber pihak penggodam dari dalam mahu pun luar negara.

Menurut beliau, empat sasaran penting serangan siber ini tertumpu di Wilayah Koridor Utara melibatkan empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis serta Kedah yang melibatkan enam aset iaitu komunikasi, tenaga, air, minyak, penyiaran dan elektrik.

“Semua aset ini merangkumi 15 peratus atau RM25.3 bilion daripada aset sasaran penting keseluruhan negara yang bernilai hampir RM200 juta bilion.

“Bagaimanapun, sehingga kini serangan siber di negara ini masih di tahap terkawal dan tidak serius seperti yang berlaku di negara lain,” katanya pada sidang media selepas majlis dialog Pengurusan Keselamatan Sasaran Penting Zon Utara 2009 di sini, semalam.

Husin berkata, kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta dijangka dapat membantu pihak-pihak yang memiliki aset penting ini

Kata beliau, kedua pihak berkenaan dapat membantu dari segi memberi khidmat nasihat dan keselamatan bagi menangani masalah serangan siber berkenaan.

“Sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak berkenaan, Cyber Security akan menyediakan pelbagai perkhidmatan rundingan, nasihat serta latihan amali agar masalah serangan serangan siber ini dapat ditangani bersama.

“Bagaimanapun, semua pihak termasuk kerajaan dan swasta dinasihatkan sentiasa peka dan berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan berhubung serangan siber ini pada bila-bila masa,” katanya.
 
Top
Log in Register