BTC USD 28,428.7 Gold USD 1,962.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serangan seksual pelajar: Ustaz bebas 3 tuduhan

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,652
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,652
Reaction score
22,068
Points
2,866
Awards
1

Serangan seksual pelajar: Ustaz bebas 3 tuduhan​


February 7, 2023 10:49 PM

rsn-rayer-emel-pic-070223.jpg


Anuar Che Ani (dua dari kiri) bersama peguamnya RSN Rayer (kiri) di luar Mahkamah Sesyen.

KULIM: Seorang mudir sebuah madrasah dibebaskan daripada tiga tuduhan serangan seksual selain dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi tuduhan, selepas seorang mangsa mengakui membuat laporan palsu terhadapnya.

Anuar Che Ani, 36, mengaku tidak bersalah pada 18 November 2021 kerana serangan seksual terhadap lima pelajar berusia 11 hingga 14 tahun di sebuah madrasah di sini, antara April 2018 hingga Oktober 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Anuar dibenarkan jaminan RM50,000.

Peguamnya RSN Rayer berkata, Anuar dilepas dan dibebaskan bagi tiga tuduhan pertama selepas seorang saksi mengakui dalam soal balas ketika perbicaraan bahawa laporan polis terhadap tertuduh adalah palsu.



Anuar turut dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi kes terhadapnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad atas permintaan pendakwaan, selepas dua saksi yang sepatutnya memberi keterangan hari ini gagal hadir.




Katanya, ketika perbicaraan, saksi pertama memberitahu mahkamah sewaktu soal balas bahawa beliau dan empat rakannya membuat tuduhan itu terhadap Anuar selepas ditangkap dengan bahan pornografi di madrasah itu.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register