BTC USD 81,886.7 Gold USD 3,035.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serangan seksual di pusat tahfiz: Hukuman bekas guru agama kekal

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,763
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,763
Reaction score
6,833
Points
881
Awards
1
Serangan seksual di pusat tahfiz: Hukuman bekas guru agama kekal

A view of the sea
ISTANA Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Rayuan. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut mengekalkan hukuman tiga sebatan yang dikenakan ke atas Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi oleh Mahkamah Sesyen.

Lelaki berumur 38 tahun itu, yang kini bekerja sebagai pembantu pam di sebuah stesen minyak, sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuannya terhadap sabitan dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan perintah pembebasan Mohd Faiza.

Panel itu turut memerintahkan agar tempoh Mohd Faiza berada di penjara selepas gagal memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dimasukkan dalam jumlah hukumannya.

Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, yang turut bersidang, juga mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen agar Mohd Faiza menjalani kaunseling semasa dipenjarakan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjaranya berakhir.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Azmi berkata pendakwaan berjaya membuktikan semua unsur pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata panel itu tidak bersetuju dengan penemuan Pesuruhjaya Kehakiman sebelum ini bahawa pertuduhan terhadap Mohd Faiza sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 14(d) akta sama.

Hakim itu berkata mahkamah mendapati tiada percanggahan dalam keterangan mangsa dan laporan polisnya.

Azmi berkata satu laporan polis yang dibuat oleh Mohd Faiza dua tahun selepas didakwa yang menyatakan bahawa dia dituduh secara palsu oleh mangsa adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan rekaan semata-mata.

Mohd Faiza telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur 17 tahun di bilik warden sebuah asrama tahfiz dan sebuah asrama anak yatim di Temerloh, Pahang pada 2 pagi, Jun 2019.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan pada 26 Nov 2021 oleh mahkamah sama.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan membebaskan Mohd Faiza daripada pertuduhan itu.

Pendakwaan kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Shashi Devan dan Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah mewakili Mohd Faiza.

Disiarkan pada: November 8, 2024 @ 6:23pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register