PC News Serangan DDoS Terbesar Ke Atas Google Berlaku Pada Tahun 2017

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Jika anda masih ingat, pada tahun 2017 dahulu telah dilaporkan berlakunya serangan distributed denial-of-service (DDoS) ke atas Google. Serangan itu juga merupakan serangan DDoS yang terbesar pernah direkodkan setakat ini. Pasukan keselamatan Google memaklumkan, serangan DDoS tersebut yang berlaku pada bulan September 2017 itu mencecah sehingga 2.5Tbps ke atas trafik rangkaian Google.

Our infrastructure absorbed a 2.5 Tbps DDoS in September 2017, the culmination of a six-month campaign that utilized multiple methods of attack.” Google.

Google menjelaskan, penyerang menggunakan pelbagai bentuk serangan DDoS bagi memberikan isyarat palsu kepada Google. Serangan itu juga didakwa 4 kali ganda lebih besar saiznya berbanding serangan botnet Mirai yang berlaku pada awal tahun 2017. Walaubagaimanapun, Google menyatakan bahawa serangan tersebut tidak memberikan impak yang teruk pada mereka.

Bagi mendepani cabaran serangan seperti ini pada masa hadapan, Google memaklumkan mereka kini bekerjasama dengan komuniti internet bagi mengenal pasti dan melupuskan infastruktur yang pernah digunakan dalam serangan yang pernah dilakukan sebelum ini. DDoS adalah serangan yang mensasarkan pelayan bagi tujuan memporak-perandakan trafik dalam rangkaian pelayan dengan melambakkan aliran trafik internet ke rangkaian pelayan yang disasarkan.

DDoS_attacks.max-1400x1400.jpg.png
 
Top
Log in Register