Serangan bom: 4 maut di Pakistan, 2 maut di Afghanistan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,364
Reaction score
4,272
Points
201
PAKISTAN-UNREST-BLAST_1603779417.jpg

Anggota pasukan keselamatan memeriksa lokasi letupan di dalam sebuah madrasah di Peshawar, Pakistan. - Foto AFP

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam satu letupan bom ketika kelas bermula di sebuah sekolah agama di utara Pakistan hari ini.

Menurut pegawai kanan polis, Waqar Azim, lebih 60 orang sedang belajar apabila letupan berlaku di sebuah madrasah di barat Islamabad.

"Letupan berlaku ketika kelas pengajian al-Quran, ada yang membawa masuk beg itu ke dalam kelas, mengakibatkan sekurang-kurang empat pelajar maut dan 34 cedera.

"Individu yang membawa beg itu meninggalkannya di dewan pengajian sebelum letupan berlaku," kata Azim kepada AFP.

Seorang lagi pegawai kanan polis, Mohammad Ali Gandapur, berkata antara yang cedera adalah dua orang guru.

Setakat ini, tiada kumpulan pengganas yang menyatakan tanggungjawab terhadap serangan itu.

Sementara itu, di Afgahanistan, dua anggota polis terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas serangan bom kereta di sebuah kem polis.

Serangan di bandar Khost pada awal pagi tadi itu dan turut mencederakan 14 pegawai keselamatan serta enam orang awam.

Wartawan AFP melaporkan, serangan bersenjata turut berlaku sejurus selepas letupan bom itu.

Menteri Dalam Negeri Afghanistan, Tariq Arian, berkata selepas letupan itu, penyerang cuba memasuki kem dan serangan berbalas tembakan berlaku.

Katanya, empat penyerang berjaya dibunuh manakala dua lagi cedera parah. - AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,364
Reaction score
4,272
Points
201
Blast at Pakistani religious school kills seven, injures over 100


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,364
Reaction score
4,272
Points
201
Several dead in blast at religious school in Pakistan’s Peshawar


 
Sponsored Post
Top
Log in Register