notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,664
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,664
- Reaction score
- 2,141
- Points
- 266
- Awards
- 1
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kaitkan dengan agama - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media di IPK Johor. - Foto NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri menegaskan supaya insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram tidak dikaitkan dengan mana-mana agama.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meminta semua pihak termasuk masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar berkaitan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram.
"Kita gesa supaya masyarakat elak dan tidak buat spekulasi (insiden serangan balai polis). Media juga begitu (tidak buat spekulasi).
"Kita juga mohon supaya fokus kepada melaporkan fakta kes seperti yang disebut oleh polis.
"Tidak perlu kita nak kaitkan insiden ini dengan agama misalnya. Itu penting. Kita akan berikan butiran maklumat setakat yang kita temui tanpa kita nak berlebih-lebihan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, polis sudah menjalankan pemeriksaan di rumah keluarga suspek dan menemui beberapa bahan yang memerlukan siasatan lanjut.
"Yang kita terus tahan adalah ibu bapa dan adik beradik suspek (lima orang).
"Siasatan perlu diteruskan berdasarkan penemuan bukti.
"Contohnya jika ada buku catatan pun akan jadi sebahagian siasatan polis," katanya.