BTC USD 17,245.0 Gold USD 1,789.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serah Diri Dalam 24 Jam Atau Di Buru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
01.10.2022 - Shah Alam, Serah diri dalam 24 jam atau diburu, rider curi cermin sisi motosikal di flat Hulu Langat diberi kata dua; Tindakan seorang penunggang p-hailing mematahkan dan mencuri cermin sisi sebuah motosikal di Pangsapuri Seri Kundang, Hulu Langat, Selangor, undang kemarahan pemilik kenderaan terbabit. Kejadian itu yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di pangsapuri berkenaan, menjadi salah satu bukti utama bagi pemilik motosikal terbabit untuk menjejak si pencuri.

Suspek dilaporkan sering membuat penghantaran makanan di lokasi berkenaan dan usaha untuk menjejaki individu terbabit akan dilakukan segera dalam tempoh 24 jam. Menurut Bahtiar Essendy, 39, motosikal berkenaan digunakan oleh adiknya yang masih bersekolah dan atas faktor kewangan dia tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baharu selepas dicuri.

“Motosikal itu kepunyaan adik saya yang masih bersekolah di tingkatan lima, kasihan dia mana mampu nak beli yang baharu. Saya memang nak pencuri itu pulangkan semula barang yang dia ambil sebab adik saya mana ada modal nak gantikan cermin sebab masih belum bekerja. Kejadian itu berlaku dalam kawasan di Hulu Langat, bukannya besar mana pun daerah ini jadi saya boleh je cari pencuri itu,” katanya kepada Majoriti.

Merupakan seorang guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor, Bahtiar berkata, pencuri itu sangat mudah untuk dijejaki kerana kebanyakan penunggang p-hailing di situ merupakan pelajar di sekolahnya.

“Bukannya susah sangat nak cari pencuri itu, kebanyakan mereka merupakan pelajar di sekolah saya. Bukti rakaman video semua ada jadi kalau saya tanya kepada pelajar di sekolah mesti mereka akan kenal pencuri berkenaan,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang penunggang motosikal turut meluahkan perasaannya apabila turut mengalami nasib yang sama.

“Aku ada banyak pengalaman pasal cermin sisi motosikal, hilang beli lain sampai dah kali kelima hilang pun masih beli yang lain. Bagi yang memandang perkara ini satu masalah kecil, kau tak kena bolehlah cakap, aku kalau dapat si pencuri itu memang teruk dikerjakan,” jelas Cty Firuz.

Menurut Bahtiar, setakat ini dia masih belum membuat sebarang laporan polis ataupun tindakan lanjut berhubung kes kecurian itu.​


 
Sponsored Post

estacoco

Super Active Member
Messages
7,727
Joined
May 5, 2008
Messages
7,727
Reaction score
65
Points
80
Curi syed mirol nak buat apa? Jual baru berapa sen. Ke dia punya pun kena sebat?
 

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41
Side view mirrors pun nak curi ke!
 

fredo

Super Active Member
Messages
5,864
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,864
Reaction score
195
Points
83
buat letak dlm bilik satu, tandas satu nak picit jerawat
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Mcm budak melayu ni
 

Emy_Ezra

Super Active Member
gem
Messages
6,884
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,884
Reaction score
652
Points
126
SYED.jpg


a message with more than 10 ch
 
Sponsored Post

Top
Log in Register