Sepupu putus tangan, kaki

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KOTA KINABALU: Dua sepupu, masing-masing putus salah satu pergelangan tangan dan sebelah kaki diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Sembulan Baru di sini, malam Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, penyerang berkenaan cedera ditembak polis yang terpaksa melepaskan dua das tembakan selepas lelaki itu cuba menyerang polis menggunakan sebilah parang panjang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marong, berkata ketika kejadian, suspek berusia 28 tahun yang berasal dari Semporna datang ke rumah mangsa dan memanggil mangsa keluar.

Selepas mangsa keluar, suspek dipercayai melibas parang ke arah mangsa berusia 32 tahun, menyebabkan mangsa putus pergelangan tangan kanannya ketika cuba menahan senjata itu.

Rowell berkata, jeritan mangsa akibat menahan kesakitan didengar sepupunya berusia 33 tahun dari dalam rumah, lalu keluar untuk membantu. Bagaimanapun, dia turut diserang suspek.

"Dalam keadaan kelam kabut itu, pergelangan kaki lelaki berusia 33 tahun terbabit pula ditetak hingga putus. Dua anggota polis yang kebetulan meronda di kawasan itu mengarahkan suspek meletakkan senjata dan menyerah.

"Bagaimanapun, suspek mencuba menyerang anggota polis, menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki kanan suspek," katanya kepada Berita Minggu, di sini semalam.

Rowell berkata, suspek tidak berhenti setakat itu, sebaliknya terus cuba menyerang anggota polis dengan parang.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan satu lagi tembakan mengenai sisi dada kiri suspek.

Ketiga-tiga lelaki yang parah itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
 
Sponsored Post

zaralove

Super Active Member
Joined
Aug 27, 2009
Messages
7,558
Reaction score
330
Points
81
nasib polis ada ronda kat situ...thanks abg polis...
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Ni mesti ada ambil barang
Kena tembak pun still nak serang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register