ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120

Chee Hong (kiri) bersama wakil daripada LBSS ketika bertukar-tukar dokumen MoA di Kuala Lumpur.
SWIFTLET Eco Park Berhad (SEPB) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan syarikat terkemuka tanah air, Langkawi Boat Sales dan Services Sdn Bhd (LBSS) dan CHY Auto world Sdn Bhd melalui Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walit (ESRIS).
Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chee Hong berkata, kerjasama dengan Langkawi Boat Sales and Services Sdn Bhd (LBSS) itu memperuntukkan 1,000 unit pelaburan bernilai RM 11 juta bagi pembelian kapal layar.
"Manakala kerjasama dengan CHY Auto world Sdn Bhd pula memperuntukkan 20,000 unit pelaburan bernilai RM220 bilion," katanya.
Menurutnya, kedua-dua memorandum perjanjian itu merupakan antara medium yang terbaik bagi merealisasikan kerjasama strategik untuk memperluaskan pasaran pelaburan di peringkat antarabangsa.
Melalui memorandum ini,LBSS telah dilantik sebagai Syarikat Eksklusif Broker Marin bagi peringkat antarabangsa dan CHY Auto world Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengimport kereta mewah dalam industri automotif dilantik sebagai syarikat automotif eksklusif di kawasan Lembah Klang.
Skim ESRIS adalah skim pelaburan yang pertama di Malaysia yang seumpamanya itu telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).