Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Dec 17, 08 | 2:23:49 pm MYT

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18343&Itemid=1

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.
"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya
Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini._


p/s : "All UMNO leaders are USELESS"....kata Tun Dr Mahathir...
 
Sponsored Post

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
nak buat harga lantai la pulok....
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
klu ikut matematik.. mmg ler patot turon 48 sen ..sama rege kn.. tp.. gaji pon naik kn tiap2 thn.. so minyak pon naik juga la .. 16 sen setahun:)):eek:
p/s: just terfikir.. pengendali lebuh raya.. patutnya.. makin lama.. toll makin kurang.. tp dgn kos makin tinggi(bayar tinggi gaji pekerja) so.. jadi tinggi juga..
x pon 16 sen setahun tu ..SIMPANAN TEPI :)):eek:
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
hahhaha..
entahla..
xtau nk ckp pape... aku bukan pandai ekonomi ni...
kang jadi pandir lak..:)):))
 

lamborghini06

Active Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
2,043
Reaction score
11
Points
25
ohhh rakyat sentiasa tertipu ...dan mudah lupa. Rupa2nya tahun 2005 minyak hanya RM1.42 je. Setuju sangat dgn Lim Guan Eng tu...apsal TNB tak turun, asyik nak naik je!
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
time naik sumer bagi alasan minyk naik....time mnyk turun...xder plak..

paklah :(scam aram..
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
aku benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

qaz123

Super Active Member
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
jom kite sama2 doakan mereka2 yg bertanggungjwb dalam hal ni supaya diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah utk melakukan ape yg sepatutnya...mrh2 pon xguna...wat sakit hati....huhuhuhu...apepe pon diorng ttp scam rakyat sekarang ni...adeh...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register