Sepak Takraw - Sepak Takraw League 2020

CG Sponsors




jp59

Fun Poster
Joined
Jul 29, 2018
Messages
723
Reaction score
83
Points
30
Dengan sokongan padu kapasiti penuh stadium Indera Mulia Ipoh :p :p
tuan rumah PERAK BISON muncul Juara Liga Primer SepakTakraw 2019
selepas mengalahkan juara edisi lalu Penang 2-0
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,500
Reaction score
11,707
Points
2,376

Piala Juara-Juara: Guardians percaya kudrat pemain tempatan


Naib juara Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, ATM Guardians tetap menyandarkan harapan kepada pemain tempatan mengharungi saingan Piala Juara-Juara STL, Disember depan.

Ketua jurulatih ATM Guardians, Aswadi Abdullah, menyifatkan kejayaan muncul naib juara di belakang Perak Bison cukup membanggakan biarpun tanpa menggunakan khidmat awang import.

"Kami tetap percaya kepada kemampuan regu utama yang diketuai tekong kebangsaan, Hairul Hazizi Haidzir sambil dibantu Norfaizzul Abdul Razak, Afifuddin Razali, Tengku Azwari Tengku Ishak dan pelibas, Muhaimin Che Bongsu.

"Kejayaan muncul sebagai naib juara STL musim ini cukup memberi semangat tambahan kepada pemain untuk menampilkan aksi terbaik dalam saingan itu nanti," ujarnya.

Aswadi yang dipilih sebagai jurulatih terbaik STL untuk tahun kedua berturut-turut, sedar saingan lebih sengit dalam saingan Piala Juara-Juara nanti memandangkan kehadiran regu terbaik dari Thailand, Indonesia, China, Indonesia dan Singapura.

"Agak sukar untuk mengulangi pencapaian musim lepas (mara ke final) kerana pasukan lain berlumba mencari pemain import terbaik untuk memantapkan regu.

"Namun, kami mengharapkan pengalaman yang diraih dua pemain utama (Afifuddin dan Hairul Hazizi) dalam Sukan SEA Filipina nanti menjadi taruhan terbaik Guardians mencipta kejutan," katanya.

Untuk rekod, Guardians muncul naib juara Piala Juara-Juara STL selepas tumpas kepada Penang Black Panthers dalam aksi final.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,500
Reaction score
11,707
Points
2,376
#kuantan Pengurus pasukannya Ahmad Fitri Ali berkata, pihaknya kini masih lagi yakin dengan kemampuan barisan pemain tempatan untuk membawa cabaran pasukan yang akan beraksi dalam Divisyen Premier

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,500
Reaction score
11,707
Points
2,376

GALERI SUKAN | Malek Shamsuddin Berbangga Dengan 3 Pingat Emas
4 tahun berselang di Sukan Asia 1994 Hiroshima, sekali lagi skuad takraw berada di kemuncak apabila menjulang pinggat emas acara antara regu pula

Saat istimewa itu dikongsi pemain apit kanan Abdul Malek Shamsuddin
 
Sponsored Post
Top
Log in Register