Sepak Takraw - Sepak Takraw League 2020

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,076
Reaction score
11,191
Points
2,376

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang

Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan

Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan
LAMAN RASMI











Dapatkan jadual penuh bagi STl 2016. Sokong pasukan kegemaran anda!
 
Last edited:
Sponsored Post

akuinsan

Active+ Member
Joined
May 26, 2008
Messages
4,839
Reaction score
4
Points
25
adeh..dah lama la plak aku tak main takraw ni..
last main 3tahn lepas..:))
kat skolah dulu main tekong je..:D
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
adeh..dah lama la plak aku tak main takraw ni..
last main 3tahn lepas..:))
kat skolah dulu main tekong je..:D
Aku mana2 bole main,
janji bukan baling bola,
kang melilau plk

aku pon da lama tak main ni:eek:
 

akuinsan

Active+ Member
Joined
May 26, 2008
Messages
4,839
Reaction score
4
Points
25
Aku mana2 bole main,
janji bukan baling bola,
kang melilau plk

aku pon da lama tak main ni:eek:

haaa ape lagi..jom r plan main sport planet kajang..:eek::eek:
ajak oren skali..boleh tgk die lipat gulung..:eek:
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
haaa ape lagi..jom r plan main sport planet kajang..:eek::eek:
ajak oren skali..boleh tgk die lipat gulung..:eek:
aku nak suh dia tekong,
mahu koyak peha dia nnt:eek:
 

akuinsan

Active+ Member
Joined
May 26, 2008
Messages
4,839
Reaction score
4
Points
25
aku nak suh dia tekong,
mahu koyak peha dia nnt:eek:
takpe..kalo cedera kita cepat2 bagi pernafasan mulut ke mulut..
tak kesah r walaupun kaki die yg injured..:eek::eek:
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
adeh..dah lama la plak aku tak main takraw ni..
last main 3tahn lepas..:))
kat skolah dulu main tekong je..:D
kuda ker?:-?:-?:-?
ker kuda bunting jer?:D:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register