Seorang terbunuh, seorang parah ditetak dengan parang

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Seorang terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh sekumpulan tiga lelaki di sebuah rumah di Taman Mas, Falim, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata mangsa yang terbunuh B Shangar, 36, bekerja sebagai ejen pencari kerja warga asing dan berasal dari Taman Mas, Menglembu manakala yang parah N Chandran Mohan, 33, bekerja di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan berasal dari Taman Desa Aman, di sini.

"Shangar yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat manakala Chandran yang juga parah di kepala dirawat di hospital berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata kejadian berlaku 9.15 malam apabila kedua-dua mangsa bersama isteri masing-masing dan dua lagi saudara mereka yang berada di rumah tersebut didatangi oleh tiga lelaki yang memakai topeng serta bersenjatakan parang.

Difahamkan Chandran dan isterinya baru berpindah ke rumah sewa berkenaan dan dibantu oleh Shangar dan isteri serta dua lagi saudara mereka.

"Sebelum kejadian kedua-dua mangsa telah bertengkar dengan penyerang terbabit sebelum mereka ditetak dengan parang," katanya.

Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan dengan menunggang dua motosikal.

Azisman berkata punca kejadian dipercayai dendam kerana tiada unsur samun berikutan tiada barang berharga dirompak.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.
 
Top
Log in Register