BTC USD 63,455.8 Gold USD 1,798.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Perempuan bermimpi tentang AKHIR ZAMAN yang sangat dekat

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,246
Reaction score
2,882
Points
201
Polis kumpul maklumat ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir

Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah (kanan) menerima tongkat kuasa daripada mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, hari ini. - Foto NSTP/ MOHD ADAM ARININ
Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah (kanan) menerima tongkat kuasa daripada mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, hari ini. - Foto NSTP/ MOHD ADAM ARININ
KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul maklumat mengenai wanita bergelar Sittah Annur dan ajarannya, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), yang didakwa bertentangan dengan Islam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan perlu diteliti dan pihaknya akan mengumpul segala maklumat dengan lengkap mengenai ajaran ajaran itu.

Beliau berkata, ajaran serta gerakan seumpama itu bukan perkara baharu dan siasatan turut membabitkan jabatan lain.

"Saya lihat benda (ajaran PMYT) ini masih lagi dalam kawalan dan kita tidak boleh tergesa-gesa atau terburu-buru untuk bertindak.

"Kita harus mengumpul segala maklumat selengkap-lengkapnya kerana ia membabitkan jabatan lain iaitu Jabatan Agama Islam. Kita harus mendapatkan juga nasihat dan pandangan mereka," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah, di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Metro Ahad berhubung seorang wanita menggunakan gelaran Sittah Annur, yang mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah.

Beliau juga mendakwa memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan.

Mengulas lanjut Acryl Sani berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk memanggil individu terbabit.

"Sabar sedikit dan kita ada cara kita untuk menghadapi perkara ini. Dahulu pun kita berhadapan dengan perkara sama dan kita berjaya mengatasinya.

"Jadi kita ada teknik, ada cara, ada kaedah yang kita laksanakan dalam hal ini. Percayalah, kita tidak leka dan kita sentiasa memastikan bahawa ia tidak sampai menimbulkan kerisauan dan keresahan dalam kalangan masyarakat umum," katanya.

Ditanya sama ada anggota beruniform turut menjadi pengikut ajaran PMYT, Acryl Sani berkata, pihaknya akan teliti dan semak perkara berkenaan.

"Jika betul, kita akan kenal pasti mereka yang terbabit dan tindakan akan diambil segera," katanya.

Terdahulu, Acryl Sani menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah daripada Datuk Hazani Ghazali, yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,412
Reaction score
801
Points
126

Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis​

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | | 10 September 2021
1199629.jpg

Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman terhadapnya tamat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang digelar Sittah Annur oleh pengikutnya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman terhadapnya tamat pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, wanita berusia 39 tahun itu dibebaskan sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan.

"Tempoh reman tidak disambung, jadi kita bagi jamin dahulu sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sementara itu, Basri berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu lain yang mempunyai kaitan dengan ajaran tersebut.

"Buat masa ini kita masih cuba mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan ajaran tersebut. Jika ada, mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan berkenaan seorang wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau lebih dikenali sebagai Sittah Annur ditahan berhubung penglibatannya dalam ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Suspek ditangkap sekitar jam 1.10 pagi pada Sabtu dan direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.

Disyorkan artikel ini:
 

cariemas100

Active Member
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,087
Reaction score
355
Points
41
Assalamualaikum tuan puan...
Mari kita mendengar mimpi saudara kita ini...Mimpinya berkisar akhir zaman Imam Mahdi dan kematiannya dan melawat Neraka dan Syurga......semoga bermanfaat...Subhanallah


HINT BERMULA DI MINIT KE - 33.00 Panglima Akhir Zaman untuk keseluruhan umat Nabi Muhammad SAW. 1. Putera Mahkota Selangor Malaysia 2. Putera Mahkota Brunei 3. Sultan Mizan Terengganu Malaysia 4. Presiden Chechnya (Russia) 5. Sultan Ibrahim Johor Malaysia 6. Ustaz Dr Zakir Naik 7. Sultan Muhammad Kelantan Malaysia 8. Abdul Jamaludin bin Ab Jalar



pengikut ajaran sesat rupanya ko nie,

ok dah boleh bukak ID baru. mulakan kehidupan baru kat CG ya.
 

cariemas100

Active Member
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,087
Reaction score
355
Points
41
Jangan tinggal solat wajib...Berbanyaklah Sodaqah...berzikir ...solat sunat...harinya makain dekat
ayat2 ini biasa sebagai pemanis ajaran sesat.

boleh belajar dengan najid assadok cara nak pasarkan ajaran sesat dengan lebih berkesan.
 

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,906
Reaction score
1,551
Points
141
pengikut ajaran sesat rupanya ko nie,

ok dah boleh bukak ID baru. mulakan kehidupan baru kat CG ya.
Boss sy bukan pengikut mereka..sy hanya tengok video tu sahaja dan syer dengn tuan puan...Demi Allah sy tak join mereka pon...dan sya telah baca juga kes dalam akhbar dan dah tahu mereka itu orag sesat..Astaqfirullah
 
Last edited:

cariemas100

Active Member
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,087
Reaction score
355
Points
41
ba
Boss sy bukan pengikut mereka..sy hanya tengok video tu sahaja dan syer dengn tuan puan...Demi Allah sy tak join mereka pon...dan sya telah baca juga kes dalam akhbar dan dah tahu mereka itu orag sesat..Astaqfirullah
maaf bos jika tersalah sangka.

takpe, forum je pon
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register