Seorang maut, tiga cedera ditetak

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


SUBANG JAYA - Seorang pemilik kedai runcit maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam satu kejadian di Batu 14, Puchong, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai R Thangavellu, 25, maut di tempat kejadian selepas cedera parah ditetak.

Dalam kejadian sama juga seorang penjual burger dan dua lelaki dipercayai pelanggan yang berada berhampiran kedai runcit turut cedera parah ditetak oleh kumpulan yang sama.

Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, penyerang terdiri daripada lapan lelaki bertopeng ski menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja.

Menurutnya setakat ini siasatan kejadian menjurus ke arah perselisihan faham dan dendam.

“Terdapat tetakan pada bahagian sebelah kanan kepala yang menjadi punca kematian mangsa,” katanya.

Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di Batu 18 Puchong dan menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu.

Menurut Yahya tiga yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Serdang.

“Ke semua suspek menggunakan parang untuk menyerang dan mereka sedang dikenal pasti polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, anaknya itu pernah memberitahu ada pergaduhan berlaku di kedainya minggu lalu dan laporan polis juga telah dibuat.

Jelas Paniselvam, dia percaya kejadian pembunuhan anaknya itu didalangi oleh suspek yang sama yang terlibat dalam pergaduhan sebelum ini.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/seorang-maut-tiga-cedera-ditetak-1.149079
 
Sponsored Post

wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
Biasa dendam.. perselisihan paham.. akan terjadi benda diluar kawalan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,612
Reaction score
21,073
Points
1,671
xbole kena tegur..xpuas hati main tetak je
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
innalillah...

MATI itu PASTI..


** byk sgt berita psl kematian hari ini...
 

babyblacky

CG Top Poster Club
Joined
Feb 24, 2011
Messages
20,134
Reaction score
211
Points
123
perghhh macam x bersalah main tetak jer :eek::eek:
 

scid

Active+ Member
Joined
May 21, 2010
Messages
4,670
Reaction score
12
Points
25
dpt nih kasi pancung ajer mangkuk2 nih
 
Sponsored Post
Top
Log in Register