BTC USD 65,107.2 Gold USD 2,358.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang maut, seorang hilang ditimbus tanah runtuh kuari

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,019
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,019
Reaction score
922
Points
171
KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan kuari di Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra di sini, petang tadi.

Selain mangsa tempatan berusia 30-an itu, seorang lagi turut dilaporkan masih hilang dalam kejadian tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.32 petang.

Pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh sedalam lebih satu meter di kuari tersebut. Kejadian itu mengakibatkan dua mangsa tertimbus dengan seorang daripadanya maut selepas dikeluarkan orang awam,” katanya hari ini.

Tambah Wan Md. Razali, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Putrajaya bagi tindakan lanjut

“Seorang lagi mangsa berusia 30-an belum ditemui setakat ini dan usaha mencari masih sedang giat dijalankan bomba di lokasi runtuhan itu,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE



5342.jpeg
5345.jpeg
5348.jpeg
 
Back
Top
Log in Register