Seorang maut rumah terbakar

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33

GEORGETOWN: Seorang maut dalam kebakaran membabitkan dua unit rumah kedai dua tingkat di Lebuh Melaka, di sini pagi ini.

Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih dijalankan. Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6 pagi.

Pegawai operasi, Saladin Abdul Rahim, berkata sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, kebakaran itu sudah memusnahkan kira-kira 80 peratus rumah berkenaan.

"Kami difahamkan terdapat lima orang dalam rumah berkenaan. Kami berjaya mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita dan kesemua mereka adalah warga Indonesia.

"Seorang mangsa sudah meninggal dunia dan kami masih mencari seorang lagi mangsa," katanya.

Saladin berkata, pihaknya dibantu anggota dari Balai Bomba Lebuh Pantai.

kedai_terbakar_1603942857.jpg



== bharian
 
Top
Log in Register