BTC USD 22,758.9 Gold USD 1,922.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya PLUS

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,488
Reaction score
560
Points
121
Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya PLUS
FB_IMG_1670217736261.jpg
FB_IMG_1670217738495.jpg
FB_IMG_1670217742909.jpg


IPOH: Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

"Operasi pemadaman dan penyelamatan sedang giat dijalankan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

#beritaharian
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register