TXT
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 450,251
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 450,251
- Reaction score
- 36,605
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Seorang maut kemalangan bas dan kereta di Sungai Bakap
18 JUN 2024
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
NIBONG TEBAL – Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, di sini pada Selasa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 4.36 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat dua orang mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Proton Gen-2.
“Pemeriksaan dilakukan mendapati seorang mangsa tersepit di ruang penumpang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi tersepit di ruang pemandu berjaya dikeluarkan sebelum dikejarkan ke hospital.
“Mangsa yang maut berusia 30 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.
Difahamkan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Seorang maut kemalangan bas dan kereta di Sungai Bakap
NIBONG TEBAL - Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan...
www.sinarharian.com.my