BTC USD 97,493.7 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Maut, 7 Cedera Trak Cybertruck Tesla Meletup Di Luar Hotel Trump Di Las Vegas

Sponsored Post



kebabommm
Ini ok....driving atas periuk api...tahniah pembeli EV. Kurang la sikit org yg x brp bijak atas mukabumi ini...terima kasih atas pengorbanan anda...harap jgn babit org yg x pkai ev sekali lain kali
 
6316441740772501638_121.jpg


 
Polis Kenal Pasti Pemandu Cybertruck Tesla Di Luar Hotel Trump Sebagai Askar Amerika

03.01.2025 - Para pegawai penguat kuasa undang-undang menamakan seorang askar Tentera Amerika dari Colorado sebagai individu yang berkemungkinan berada di dalam Cybertruck Tesla yang meletup di luar Trump International Hotel di Las Vegas pada Rabu (2 Jan), menyebabkan pemandu itu maut dan tujuh orang mengalami cedera ringan. FBI pada Khamis (2 Jan) menyatakan bahawa ia setakat ini belum menemui kaitan antara rempuhan trak di New Orleans semasa sambutan Tahun Baharu yang membunuh 15 orang dan letupan Cybertruck di Las Vegas. Pihak berkuasa percaya Matthew Livelsberger, seorang askar berusia 37 tahun dari Colorado Springs, berada di dalam kenderaan ketika ia meletup dan dia dipercayai bertindak sendirian.

Mayat itu rentung dan para penyiasat sedang menunggu pengesahan daripada bukti DNA dan rekod perubatan. Individu di dalam Cybertruck itu mengalami luka tembakan di kepala sebelum bahan letupan dalam kenderaan itu diletupkan, kata Syerif Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas Kevin McMahill semasa sidang media pada Khamis. Selaras senapang ditemui di kakinya. Senapang itu adalah antara dua senapang separa automatik yang ditemui dalam Cybertruck tersebut, yang kedua-duanya dibeli secara sah oleh Livelsberger pada 30 Dis. Para penguat kuasa undang-undang turut menemui kad pengenalan diri tentera, pasport, iPhone dan kad kredit dalam trak itu. Livelsberger telah ditugaskan ke Markas Operasi Khas Tentera Darat dan sedang bercuti pada masa kematiannya, kata seorang pegawai Tentera Darat.

Markas Operasi Khas Tentera Darat tidak akan mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan, kata seorang jurucakap. Seorang pegawai Amerika memberitahu Reuters bahawa Livelsberger telah dianugerahi Bintang Gangsa atas keberaniannya dan pujian dari pihak tentera bersama dengan Lencana Infantri Tempur. Dia sudah menyelesaikan lima kerahan ke Afghanistan, kata pegawai itu.

Livelsberger tidak mempunyai rekod jenayah, kata Encik McMahill. Dia telah dikaitkan dengan beberapa alamat di Colorado Springs sejak 2013, dan saluran berita FOX21 melaporkan bahawa para pegawai penguat kuasa undang-undang berada di kompleks rumah bandar di sana pada Rabu malam. Pejabat FBI di Denver pada Khamis (2 Jan) menyatakan bahawa pencarian alamat kediaman di Colorado Springs oleh pihak berkuasa persekutuan dan tempatan adalah berkaitan dengan letupan di Las Vegas. Video yang dirakam oleh parasaksi di dalam dan luar hotel Las Vegas itu menunjukkan Cybertruck tersebut meletup ketika ia diletakkan di hadapan hotel itu pada kira-kira pukul 8.40 pagi waktu tempatan pada Rabu. Jurucakap Encik Trump tidak menjawab permintaan untuk mengulas mengenai insiden tersebut. Anak lelaki Encik Trump, iaitu Eric Trump, memuji para pegawai bomba dan penguat kuasa undang-undang di Las Vegas pada Rabu atas tindakan pantas mereka berikutan letupan itu.
1735877972742.png
 
Askar Amerika Dalam Letupan Cyberstruck Tesla Alami PTSD; Tiada Kaitan Dengan Serangan 'Pengganas'- FBI

04.01.2025 - Askar Tentera Amerika yang mengambil nyawanya sendiri dalam insiden letupan melibatkan sebuah kereta Cyberstruck Tesla, di luar Trump International Hotel di Las Vegas, didapati menghidapi gangguan tekanan pasca trauma. Demikian didedahkan para penyiasat pada Jumaat (3 Dis). Penyiasat tersebut berkata pihaknya tidak menemui sebarang kaitan insiden itu dengan mana-mana kumpulan "pengganas".​

1735966963693.png
 
ChatGPT Di Gunakan Untuk Merancang Serangan Cybertruck Yang Meletup Di Las Vegas

Minggu lalu hotel milik Donald Trump di Las Vegas telah diserang dengan sebuah Cybertruck yang diletupkan di bahagian lobi. Motif serangan masih belum diketahui tetapi pihak berkuasa bersama dengan FBI dan ATF mengesahkan ChatGPT telah digunakan untuk merancang serangan tersebut.

Serangan-bom-ChatGPT-950x535.jpg.webp


Antara soalan yang ditanya oleh Matthew Livelsberger yang melakukan serangan ialah mencari sumber bahan letupan, dimana boleh membeli senjata di Denver dan apakah senjata yang perlu digunakan untuk menyebabkan Tennerite (sejenis bahan letupan) meletup. Pihak berkuasa tidak tahu bagaimana soalan-soalan ini boleh ditanya kerana ia melanggar terma dan syarat ChatGPT.

Insiden serangan letupan ini berlaku beberapa jam selepas sebuah lagi serangan menggunakan trak dilakukan di New Orleans. Kedua-dua insiden dipercayai tidak berkait antara satu sama lain. Yang pasti chatbot yang dibangunkan untuk membantu mencari maklumat kini telah digunakan bagi tujuan melakukan serangan pengganas di Amerika Syarikat.

Sumber asal https://www.tomshardware.com/tech-i...ils-on-prompts-used-to-decide-crucial-details
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register