BTC USD 97,493.7 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Maut, 7 Cedera Trak Cybertruck Tesla Meletup Di Luar Hotel Trump Di Las Vegas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
02.01.2025 - Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tujuh lagi cedera apabila sebuah Cybertruck Tesla meletup di luar hotel milik Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Las Vegas, kata pihak polis semalam. Kenderaan elektrik itu dilaporkan berhenti di hadapan pintu kaca Trump International Hotel sebelum berlaku letupan besar, kata Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill kepada wartawan. Rakaman video menunjukkan trak keluli tahan karat itu diletakkan di pintu masuk hotel sebelum meletup dan terbakar, diikuti oleh letupan kecil yang kelihatan seperti bunga api.

McMahill berkata terdapat seorang mangsa yang meninggal dunia di dalam Cybertruck manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan. Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk menurut satu hantaran di X berkata, letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar atau bom yang dibawa di ruang belakang kenderaan itu. Katanya kejadian itu tidak ada kaitan dengan kenderaan itu sendiri. Sebelum itu, Musk menyatakan bahawa seluruh pasukan kanan Tesla sedang menyiasat kejadian itu, sambil berkata belum pernah ada kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini.

Pihak polis memaklumkan mereka masih berusaha untuk mengenal pasti punca letupan terbabit. Musk turut memberitahu, beliau akan mengeluarkan keterangan lanjut sebaik sahaja pihaknya mendapat maklumat. Presiden AS, Joe Biden sudah diberi taklimat mengenai letupan berkenaan dan mengarahkan pasukannya untuk menawarkan bantuan Persekutuan jika diperlukan, kata Rumah Putih. Beliau juga sudah diberi taklimat mengenai serangan langgar lari di New Orleans yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang semalam. McMahill merujuk kepada serangan itu tetapi tidak mengaitkan kedua-dua kejadian berkenaan secara langsung, dengan menyatakan pihak berkuasa di Las Vegas sedang mengambil segala langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan komuniti.
1735785803105.png
 
Sponsored Post

Cybertruck Tesla Meletup Dekat Hotel Donald Trump Di Las Vegas

02.01.2025 - Kenderaan Cybertruck Tesla meletup di luar Trump Hotel di Las Vegas pada Rabu (1 Jan). Seorang maut manakala tujuh lagi cedera, menurut para pegawai, sedang Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menjalankan siasatan. Video-video yang dirakam oleh para saksi di dalam dan luar hotel menunjukkan kenderaan itu meletup di luar hotel tersebut. Insiden itu berlaku beberapa jam selepas seorang lelaki merempuh trak yang dipandunya ke arah orang ramai yang sedang menyambut Tahun Baharu di New Orleans, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.
1735786684429.png
 
Trump, Elon Musk Dalam Bahaya Susulan Insiden Letupan Tesla Cybertruck Depan Trump Hotel

02.01.2025 - Pihak berkuasa percaya letupan kereta Tesla Cybertruck yang meletup di luar Trump Hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pagi Rabu dipasang dengan sistem kawalan letupan dikawal pemandu kenderaan terbabit. Menurut seorang pegawai penguat kuasa undang-undang yang telah diberi taklimat mengenai siasatan itu, insiden terbabit sedang disiasat sebagai kemungkinan tindakan daripada pengganas. Ini kerana, pihak berkuasa percayai bunga api, tangki gas dan bahan api perkhemahan disambungkan kepada sistem letupan dikawal pemandu terbabit. Pada sidang media, Syerif Las Vegas, Kevin McMahill berkata, kebakaran kenderaan dilaporkan di hotel itu sejurus selepas 8:40 pagi.

"Terdapat seorang individu yang maut di dalam Tesla Cybertruck dan kita tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan pada masa ini," kata Kevin.

Tujuh mangsa lain mengalami kecederaan ringan akibat letupan itu. Video yang dikongsi di media sosial memaparkan kereta terbabit terbakar dan diselubungi asap ketika proses pemadaman api cuba dilakukan. Pemangku ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang bertanggungjawab di Las Vegas, Jeremy Schwartz mengesahkan pasukannya terlibat dalam siasatan. Tesla Cybertruck itu disewa daripada syarikat penyewaan kereta, Turo, menurut pegawai penguat kuasa undang-undang yang diberi taklimat mengenai siasatan. Dalam pada itu, video keselamatan menunjukkan seorang individu memandu melalui Trump Hotel di Las Vegas kira-kira sejam sebelum kereta itu meletup, dan kemudian berpusing kembali berhampiran dan berhenti di hadapan hotel yang mana kereta itu meletup beberapa saat kemudian, pegawai itu yang memberitahu CNN. Pihak berkuasa turut sedang melihat sama ada terdapat sebarang kaitan antara letupan dan serangan di New Orleans yang mana seorang suspek merempuh orang ramai dengan trak disewa daripada Turo. Dalam hantaran di X, Elon Musk menyatakan Tesla sedang menyiasat perkara itu.

"Kami kini mengesahkan bahawa letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar dan/atau bom dibawa di atas Tesla Cybertruck yang disewa dan tidak berkaitan dengan kenderaan itu sendiri," tulis Elon.

Naib presiden eksekutif organisasi Trump, Eric Trump, menerusi hantaran di X berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta kakitangan firma tersebut.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba Las Vegas dan penguat kuasa undang-undang tempatan atas tindak balas pantas dan profesionalisme mereka," tulis Eric.

Sementara itu, Kevin memberitahu pemberita bahawa siasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan dan pasukannya juga 'sedar' mengenai serangan di New Orleans yang membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

"Setakat ini, tidak ada lagi ancaman kepada komuniti kami di sini sekarang. Tetapi jelas sekali, Tesla Cybertruck, Hotel Trump - terdapat banyak soalan yang perlu kami jawab sepanjang siasatan ini," kata Kevin.

Dalam pada itu, membincangkan mengenai motif letupan berkenaan, terdapat hantaran di media sosial menyatakan kaitan kenderaan dan lokasi dengan Presiden AS Terpilih, Donald Trump dan Elon yang merupakan penyokong kuat Donald berkemungkinan merupakan satu mesej atau amaran cuba disampaikan penyerang terhadap kedua-dua individu terbabit.
1735787670130.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register