BTC USD 50,732.8 Gold USD 1,784.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang mangsa letupan gas di Melaka kini kritikal

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
MELAKA: Seorang daripada empat mangsa yang parah dalam kes letupan di kawasan medan selera pusat beli belah Aeon Bandaraya Melaka tengah hari semalam dan sedang diletakkan di unit rawatan rapi Hospital Melaka, kini dalam keadaan kritikal.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, berkata mangsa berusia 33 tahun itu cedera parah di kepala dipercayai akibat terkena objek keras ketika kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Tiga lagi yang turut parah dalam kejadian itu dan sedang menerima rawatan kini dalam keadaan stabil.

"Selain itu tujuh mangsa yang turut cedera diletakkan di wad biasa," katanya selepas mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob melawat mangsa kejadian di Hospital Melaka pagi ini.

Dalam kejadian semalam, seorang terbunuh, manakala 20 lagi cedera, termasuk enam parah selepas kawasan medan selera di pusat beli belah berkenaan, meletup secara tiba-tiba dipercayai akibat kebocoran pada paip gas.

Dalam pada itu, tinjauan di tapak kejadian pagi tadi mendapati anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sibuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan berkenaan.

Mohd Khalil turut meluangkan masa meninjua kawasan berkenaan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register