BTC USD 26,775.8 Gold USD 1,961.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Lemas, Seorang Masih Hilang Di Pantai Batu Layar

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,846
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,846
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Seorang lemas, seorang masih hilang di Pantai Batu Layar​

22 Januari 2023 06:22pm

2066060.jpg

Seorang remaja lelaki ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Ahad.

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja lelaki ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar, di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba, Khairul Sufian Dahari berkata, Mohamad Imran Mohd Nazir, 17, dilaporkan meninggal dunia, manakala Hani Suefyan Hanizam, 16, masih belum ditemui.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Sebana Cove dibantu lapan anggota BBP Penawar dan enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Skudai ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.26 petang.

"Seorang mangsa ditemukan pengunjung pantai dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Operasi pencarian diteruskan menggunakan kaedah pencarian di permukaan (surface searching) dalam jarak 500 meter dari lokasi seorang lagi mangsa dipercayai lemas," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

2066059.jpg

Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

Beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian lemas itu dan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi dijalankan di lokasi kejadian.

Cuba selamatkan rakan sebelum turut lemas​

23 Januari 2023 08:52pm

2067124.jpg

Anggota bomba mengusung mayat Hani Suefyan selepas ditemukan di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, pada jam 5.20 petang Isnin

KOTA TINGGI - Remaja kedua yang ditemukan mayatnya pada Isnin selepas mandi di Pantai Batu Layar di sini pada Ahad, dipercayai lemas semasa cuba menyelamatkan rakannya daripada tenggelam.

Bapa mangsa, Hanizam Hashim, 47, berkata, anaknya, Hani Suefyan, 16, gagal menyelamatkan rakannya sebelum kedua-duanya lemas.

"Saya mendapat maklumat berkenaan kejadian ini kira-kira jam 4 petang semalam (Ahad). Ketika itu saya sedang bekerja di Muadzam Shah, Pahang.

"Sejurus sahaja mendapat tahu saya terus bergegas pulang dan sampai ke pantai ini kira-kira jam 8 malam tadi (Ahad). Saya memang tunggu di sini mana tahu anak saya 'balik' sementara yang lain menumpang di rumah saudara di Felda Air Tawar 1 dekat sini.

"Saya dimaklumkan oleh pengunjung di sini yang melihat kejadian itu, katanya anak saya mandi bersama lima rakan lain. Salah seorang telah naik ke darat kerana alami kekejangan.

"Tidak lama kemudian mereka melihat anak saya cuba menyelamatkan rakannya, Mohamad Imran Mohamad Nazir, 17, yang lemas sebelum dia turut ditarik ombak laut lalu hilang," katanya ketika ditemui di Pantai Batu Layar, pada Isnin.

Pada jam 1.26 petang Ahad, kedua-dua mangsa yang datang dari Kluang berkonvoi menaiki motosikal untuk meluangkan masa sempena cuti Tahun Baharu Cina bersama empat rakan mereka di pantai tersebut.

2067123.jpg

Hanizam (tengah) mendengar maklumat daripada Hussin (kiri) semasa operasi mencari anaknya di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, pada Isnin.

Kedua-duanya lemas sebelum mayat Mohamad Imran ditemukan pada Ahad manakala Hani Suefyan hilang dan ditemukan mayatnya pada 5.20 petang Isnin.

Hanizam berkata, Hani Suefyan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu tahu berenang namun tidak terlalu mahir.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada minggu lalu sebelum pergi bekerja di Muadzam Shah.

"Saya merupakan pengurus ladang hanya balik hujung minggu. Jadi memang jarang jumpa, kali terakhir jumpa dia pada minggu lepas masa itu dia seperti biasa sahaja tak ada tunjuk apa-apa perubahan.

"Saya juga dimaklumkan ibunya, dia meminta izin untuk ke Mawai namun tak tahu pula boleh sampai ke pantai ini. Dia pergi dengan membonceng motosikal rakannya," katanya lagi.

Mangsa lemas kedua di Pantai Batu Layar ditemukan​

23 Januari 2023 07:51pm

2067024.jpg

Laporan Sinar Harian pada Ahad.

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja yang dilaporkan hilang di Pantai Batu Layar, Bayu Damai di sini pada Ahad ditemukan lemas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa ditemui terapung di dalam air menghala ke pantai sekitar jam 5.20 petang pada Isnin oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia disyaki akibat lemas.

"Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dan tiada sebarang tanda kecederaan pada fizikal biarpun jarak penemuan dianggarkan sejauh 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa telah dicamkan oleh ibu bapanya sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat," katanya pada Isnin.
Ahad lalu seorang remaja, Mohammad Imran Mohd Nazir, 17, ditemui lemas manakala rakannya, Hani Suefyan Hanizam, 16, hilang di pantai berkenaan.

Susulan insiden berkenaan gerakan SAR kedua-dua mangsa turut melibatkan pihak polis, bomba, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Bagaimanapun, SAR dihentikan buat sementara pada 7.30 malam Ahad berikutan cuaca gelap selain ombak yang dijangka bergelora akibat angin kencang pada sebelah malam dan pagi.

SAR diteruskan pada mulai 8 pagi Isnin pagi menggunakan kaedah surface searching dan Fan Searching.

Sementara itu, Hussin berkata, SAR telah ditutup secara rasmi pada jam 6 petang setelah mangsa ditemui semula.

"Polis Kota Tinggi menasihati orang awam yang hadir ke lokasi-lokasi pantai riadah khususnya di daerah Kota Tinggi pada musim Monsun Timur Laut agar lebih peka dan berhati-hati.

"Selain itu, orang awam juga perlu sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

SAR remaja hilang di Pantai Batu Layar disambung esok​

22 Januari 2023 11:09pm

2066165.jpg

Pasukan penyelamat sedang melakukan usaha mencari mangsa pada Ahad.

KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pada Ahad dihentikan buat sementara dan akan disambung semula mulai jam 8 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, operasi SAR itu dihentikan pada jam 7.30 malam berikutan cuaca gelap serta dijangka ombak bergelora akibat angin kencang pada sebelah malam dan pagi.

"Operasi turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Bandar Penawar, Punggai dan Sebana Cove, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya.

Pada Ahad, seorang remaja lelaki 17 tahun lemas manakala seorang rakannya berusia 16 tahun masih hilang selepas mandi-manda di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

Berdasarkan makluman awal, kedua-dua mangsa datang ke Pantai Batu Layar, Kota Tinggi bersama empat rakan lain menaiki tiga motosikal dari daerah Kluang dan kehadiran mereka di Pantai Batu Layar diketahui oleh semua ibu bapa masing- masing.

Sponsored Post

Pantai Batu Layar ditutup sementara susulan kes lemas​

23 Januari 2023 11:22am

2066336.jpg

Laporan Sinar Harian pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Majlis Perbandaran Pengerang mengeluarkan notis penutupan sementara Pantai Batu Layar, di Kota Tinggi susulan kejadian seorang remaja lemas manakala seorang lagi masih hilang di pantai berkenaan semalam.

Ketua Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, notis tersebut berkuat kuasa serta-merta dan pantai itu ditutup hingga esok.

Sementara itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang diteruskan pagi ini dengan kekuatan 72 pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

"Kaedah pencarian dilakukan secara visual dan dipecahkan kepada tiga pasukan.

"Radius pencarian adalah di kawasan pantai sepanjang dua kilometer dan antara 0.5 hingga dua batu nautika di kawasan laut sekitar mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hussin berkata JBPM menjangkakan air surut pada 5.21 petang ini ke paras 0.3 meter, justeru sektor pencarian mangsa juga akan dilakukan di kawasan sekitar pantai yang surut.

Semalam, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang selepas mandi-manda di pantai tersebut pada 1.25 tengah hari.

Kedua-dua mangsa datang ke pantai itu bersama empat rakan lain dengan menaiki motosikal dari Kluang dan kehadiran mereka di situ diketahui ibu bapa masing-masing. - Bernama

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,846
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,846
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Mangsa lemas kedua di Pantai Batu Layar ditemukan​

23 Januari 2023 07:51pm

2067024.jpg

Laporan Sinar Harian pada Ahad.

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja yang dilaporkan hilang di Pantai Batu Layar, Bayu Damai di sini pada Ahad ditemukan lemas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa ditemui terapung di dalam air menghala ke pantai sekitar jam 5.20 petang pada Isnin oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia disyaki akibat lemas.

"Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dan tiada sebarang tanda kecederaan pada fizikal biarpun jarak penemuan dianggarkan sejauh 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa telah dicamkan oleh ibu bapanya sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat," katanya pada Isnin.
Ahad lalu seorang remaja, Mohammad Imran Mohd Nazir, 17, ditemui lemas manakala rakannya, Hani Suefyan Hanizam, 16, hilang di pantai berkenaan.

Susulan insiden berkenaan gerakan SAR kedua-dua mangsa turut melibatkan pihak polis, bomba, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Bagaimanapun, SAR dihentikan buat sementara pada 7.30 malam Ahad berikutan cuaca gelap selain ombak yang dijangka bergelora akibat angin kencang pada sebelah malam dan pagi.

SAR diteruskan pada mulai 8 pagi Isnin pagi menggunakan kaedah surface searching dan Fan Searching.

Sementara itu, Hussin berkata, SAR telah ditutup secara rasmi pada jam 6 petang setelah mangsa ditemui semula.

"Polis Kota Tinggi menasihati orang awam yang hadir ke lokasi-lokasi pantai riadah khususnya di daerah Kota Tinggi pada musim Monsun Timur Laut agar lebih peka dan berhati-hati.

"Selain itu, orang awam juga perlu sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,846
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,846
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Cuba selamatkan rakan sebelum turut lemas​

23 Januari 2023 08:52pm

2067124.jpg

Anggota bomba mengusung mayat Hani Suefyan selepas ditemukan di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, pada jam 5.20 petang Isnin

KOTA TINGGI - Remaja kedua yang ditemukan mayatnya pada Isnin selepas mandi di Pantai Batu Layar di sini pada Ahad, dipercayai lemas semasa cuba menyelamatkan rakannya daripada tenggelam.

Bapa mangsa, Hanizam Hashim, 47, berkata, anaknya, Hani Suefyan, 16, gagal menyelamatkan rakannya sebelum kedua-duanya lemas.

"Saya mendapat maklumat berkenaan kejadian ini kira-kira jam 4 petang semalam (Ahad). Ketika itu saya sedang bekerja di Muadzam Shah, Pahang.

"Sejurus sahaja mendapat tahu saya terus bergegas pulang dan sampai ke pantai ini kira-kira jam 8 malam tadi (Ahad). Saya memang tunggu di sini mana tahu anak saya 'balik' sementara yang lain menumpang di rumah saudara di Felda Air Tawar 1 dekat sini.

"Saya dimaklumkan oleh pengunjung di sini yang melihat kejadian itu, katanya anak saya mandi bersama lima rakan lain. Salah seorang telah naik ke darat kerana alami kekejangan.

"Tidak lama kemudian mereka melihat anak saya cuba menyelamatkan rakannya, Mohamad Imran Mohamad Nazir, 17, yang lemas sebelum dia turut ditarik ombak laut lalu hilang," katanya ketika ditemui di Pantai Batu Layar, pada Isnin.

Pada jam 1.26 petang Ahad, kedua-dua mangsa yang datang dari Kluang berkonvoi menaiki motosikal untuk meluangkan masa sempena cuti Tahun Baharu Cina bersama empat rakan mereka di pantai tersebut.

2067123.jpg

Hanizam (tengah) mendengar maklumat daripada Hussin (kiri) semasa operasi mencari anaknya di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, pada Isnin.

Kedua-duanya lemas sebelum mayat Mohamad Imran ditemukan pada Ahad manakala Hani Suefyan hilang dan ditemukan mayatnya pada 5.20 petang Isnin.

Hanizam berkata, Hani Suefyan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu tahu berenang namun tidak terlalu mahir.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada minggu lalu sebelum pergi bekerja di Muadzam Shah.

"Saya merupakan pengurus ladang hanya balik hujung minggu. Jadi memang jarang jumpa, kali terakhir jumpa dia pada minggu lepas masa itu dia seperti biasa sahaja tak ada tunjuk apa-apa perubahan.

"Saya juga dimaklumkan ibunya, dia meminta izin untuk ke Mawai namun tak tahu pula boleh sampai ke pantai ini. Dia pergi dengan membonceng motosikal rakannya," katanya lagi.

Sponsored Post

Top
Log in Register