Sentral: Kongsi surau di stesen komuter

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,630
Reaction score
258
Points
91
Orang ramai menunggu giliran untuk solat di surau Stesen Komuter Serdang.

Pengguna kurang selesa kemudahan disediakan KTM Berhad sempit

KUALA LUMPUR: Orang ramai merungut sukar untuk menunaikan solat di kebanyakan stesen komuter KTM Berhad kerana pengguna perlu bergilir-gilir menggunakan sebuah bilik kecil yang disediakan. Tinjauan Berita Harian di beberapa stesen komuter mendapati pengguna kurang selesa dengan keadaan itu disebabkan mereka perlu menunggu lama untuk bersolat kerana surau yang sama digunakan oleh jemaah lelaki dan wanita.

Wan Noriza Wan Abdullah, 41, berkata kebanyakan stesen hanya menyediakan sebuah bilik solat saja, malah ada stesen yang tidak menyediakan kemudahan terbabit untuk pengguna Islam.

"Pengguna semakin ramai, jadi pengurusan KTM perlu faham dengan keperluan orang ramai kerana ia turut membabitkan masa dan keselesaan mereka.

"Kebanyakan orang singgah sekejap kerana tidak sempat sampai ke destinasi jika waktu solat hampir berakhir, jika mereka perlu menunggu lama, masa akan terbuang begitu saja.

"Tambahan pula Maghrib agak singkat waktunya menyebabkan kita perlu segera beredar supaya dapat memberi peluang kepada orang lain," katanya.

Pelajar, Hamid Zakaria, 23, berkata walaupun lelaki dan wanita tidak bercampur secara langsung tapi keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan syak wasangka kerana pengguna terlebih dulu perlu menjenguk sama ada terdapat jemaah lain di dalam surau.

"Kurang manis jika bilik dicampur seperti ini terutama kepada kaum wanita, tentulah mereka berasa tidak selesa jika ada orang asyik melihat dari luar.

"Keadaan ini bukan saja tidak praktikal, malah menyusahkan pengguna yang kesuntukan masa dengan situasi tidak dijangka," katanya.

Kakitangan KTM, Farid (bukan nama sebenar), berkata stesen terbabit perlu dinaik taraf dengan menyediakan surau berasingan kerana jumlah pengguna komuter semakin meningkat terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.

"Jika ramai pengguna yang membuat aduan, perkara ini akan diteliti oleh pihak pentadbiran kerana ia juga membabitkan sebahagian daripada perkhidmatan syarikat.

"Oleh itu, orang ramai diminta mengajukan aduan kepada pengurus stesen atau pihak pengurusan besar di Stesen Sentral Kuala Lumpur kerana mereka lebih berkuasa untuk membuat keputusan.

"Lebih baik lagi jika pengguna menghantar surat rasmi supaya mereka tahu apa kekurangan yang perlu diperbetulkan malah cara ini membolehkan aduan atau cadangan mereka dipertimbangkan," katanya.

Antara stesen yang hanya menyediakan satu bilik untuk kemudahan solat ialah Serdang, UKM, Bangi, Seremban, Mid Valley dan Kuang.

Sumber dari Berita harian yang aku baca tadi....:"> Nama negara Islam konon, tapi buat2 tak nampak tentang yang ini?
 
Sponsored Post

random1

Active+ Member
Joined
Dec 26, 2008
Messages
3,071
Reaction score
49
Points
30
memang sedih negara islam hadhari kita nie,tempat solat mcm stor saje,bukan kat stesen komuter bahkan byk shoping kompleks yg besar2 tempat solat ala kadar saje,x sampai 20 org dah penuh#:-S#:-S#:-S apalah nak jd dgn malaysia hadhari nie:(:(:(
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
memang sedih negara islam hadhari kita nie,tempat solat mcm stor saje,bukan kat stesen komuter bahkan byk shoping kompleks yg besar2 tempat solat ala kadar saje,x sampai 20 org dah penuh#:-S#:-S#:-S apalah nak jd dgn malaysia hadhari nie:(:(:(
kat ikea pun cmtu..xpadan ngan saiz supermarket dia...#:-S
 

RMteam

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Nov 20, 2006
Messages
19,578
Reaction score
88
Points
125
ni kan negara Islam Had_Hari_ Semua menda pasal demi Islam di_HAD_kan
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,630
Reaction score
258
Points
91
mereka ini tak mengambil berat tentang keperluan tempat beribadah ni. Majoriti berugama Islam dan pemimpin pun ramai yang Islam. mengapa masih terlepas pandang perkara2 yang macam ni? Memang kita boleh bersembahyang dimana2 saja namun kalau bagi lelaki mungkin tak ada masalah. Bagaimana kalau pompuan lak?:">:">:">
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
mereka ini tak mengambil berat tentang keperluan tempat beribadah ni. Majoriti berugama Islam dan pemimpin pun ramai yang Islam. mengapa masih terlepas pandang perkara2 yang macam ni? Memang kita boleh bersembahyang dimana2 saja namun kalau bagi lelaki mungkin tak ada masalah. Bagaimana kalau pompuan lak?:">:">:">
Benar bang, kemana2 kita pergi di tempat2 awam kemudahan surau di bina2 mcm melapas batuk di tangga sahaja....kita tak minta di bina mewah2 tapi sekadar selesa menunaikan kewajiban...:)
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
94
Points
120
bangunan juta2 bley buat, surau bilik kecik ?
x lama lagi jadi cam lubnan laa...
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
train pon x nk tmbh.

service 0. [-([-(
 

hgt422007

Active Member
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
bagi mereka kedai besar boleh buat duit surau mana boleh buat duit rugi adalah pakai free....:D
 

alep

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
nama je negara islam.........
 
Sponsored Post
Top
Log in Register