Sentral: 7 teksi disita

CG Sponsors




rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
Tindakan pemilik bengkel letak kenderaan di bahu jalan undang padah

AMPANG: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib tujuh pemandu teksi apabila kenderaan mereka yang dihantar ke sebuah bengkel di Pandan Cahaya di sini, untuk dibaiki kerana mengalami kerosakan, disita Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Semua berpunca sikap tidak bertanggungjawab pemilik bengkel terbabit yang meletakkan teksi berkenaan di bahu jalan sehingga menghalang lalu lintas.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata bertindak atas aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap pemilik bengkel terbabit, kira-kira 20 anggota penguat kuasa diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa MPAJ, Rosli Jaafar, melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit pada 3 November lalu.

Beliau berkata, selepas siasatan mendapati teksi terbabit diletakkan di bahu jalan sehingga menghalang lalu lintas, penguat kuasa terpaksa mengambil tindakan menyita tujuh teksi berkenaan.

“Kami menerima banyak aduan daripada penduduk yang mendakwa berpuluh-puluh kenderaan yang hendak dibaiki diletakkan di bahu jalan di Pandan Cahaya di sini sehingga menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.

“Kami kemudian melakukan pemeriksaan sebelum bertindak menyita tujuh teksi terbabit. Pemilik bengkel juga dikompaun RM250 bagi setiap teksi terbabit mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya kepada Sentral di sini, kelmarin.
Beliau berkata, MPAJ juga mengeluarkan amaran kepada pemilik bengkel supaya tidak melakukan kesalahan sama.

“Jika pemilik bengkel terbabit mengulangi kesalahan sama tindakan lebih tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen perniagaannya,” katanya.

Katanya, MPAJ akan melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan terbabit bagi memastikan pemilik bengkel mematuhi arahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai masalah sama diminta menghubungi hotline MPAJ 03-42968100 atau talian bebas tol MPAJ 1-800-22-8100 untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, MPAJ akan membuka kaunter kutipan tikus mulai semalam hingga 25 November ini bagi mengurangkan ancaman haiwan perosak itu yang boleh membawa penyakit berbahaya seperti leptospirosis.

Norhayati berkata, MPAJ menawarkan RM3 kepada penduduk di sekitar Pandan Jaya, bagi setiap tikus mati atau hidup yang diserahkan di kaunter itu.

“RM1 daripada wang itu adalah sumbangan MPAJ, manakala bakinya RM2 adalah pemberian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

“MPAJ berharap, program ini mendapat penyertaan penduduk sekitar bagi membolehkan seluruh kawasan Pandan Jaya sentiasa bersih dan selamat daripada wabak penyakit berjangkit,” katanya.

Kaunter berkenaan akan dibuka di hadapan pasar Pandan Jaya dari jam 9.30 hingga 11 pagi, kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPAJ di talian 03-42968142 atau 03-42968007.
 
Sponsored Post

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,679
Reaction score
540
Points
161
Norhayati berkata, MPAJ menawarkan RM3 kepada penduduk di sekitar Pandan Jaya, bagi setiap tikus mati atau hidup yang diserahkan di kaunter itu.


Wow..... Ni boleh bisnes jual tikus ni. Boleh pergi semua negeri dan dearah tangkap tikus kemudian jual kat mpaj!
 

rem.billion

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 26, 2007
Messages
4,107
Reaction score
2
Points
25
lagi berat tikus yang di tangkap lagi besor ganjaran...huhuhuhu
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
peh tikus kt umah aku berlambak..kadang2 sampai terpijak..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register