BTC USD 67,169.5 Gold USD 2,413.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senjata pengawal jatuh lagi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Tragedi dua kanak-kanak terkena tembakan liar senapang patah milik pengawal keselamatan hampir berulang sekali lagi semalam apabila seorang lagi pengawal keselamatan turut melakukan perbuatan sama.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila seorang pengawal keselamatan berusia 40-an di sebuah bank di Wangsa maju di sini secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan, kira-kira jam 10 pagi.

Bagaimanapun, kejadian kecuaian kedua dalam tempoh kurang seminggu itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan berikutan bank berkenaan tidak mempunyai ramai pelanggan ketika kejadian.

“Tembakan itu hanya mengenai dinding premis tanpa menyebabkan sebarang kecederaan kepada kakitangan bank bertugas.

“Susulan kejadian itu, pihak bank segera menghubungi polis sebelum pengawal keselamatan terbabit ditahan dan senjata api miliknya dirampas,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis sudah mengambil keterangan pengawal itu dan merampas senapang patah miliknya sebagai bukti,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api kerana cuai.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 1 Disember lalu, dua saudara sepupu berusia 12 tahun cedera di kaki selepas senapang patah milik seorang pengawal keselamatan terlepas lalu meletup.

Kejadian berlaku di Kedai Tenaga di Jalan Klang Lama di sini mengakibatkan mangsa, Ahmad Faiz Roslan cedera ibu jari kaki kanannya manakala sepupunya, Muhammad Faris Abdullah cedera di tapak kaki kanannya.

Dalam satu lagi berasingan November lalu, seorang pengawal keselamatan turut melepaskan satu das tembakan di sebuah bank di Sri Kembangan di sini selepas mendakwa diserang tiga lelaki halimunan yang gagal dikesan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam bank berkenaan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register