BTC USD 60,563.9 Gold USD 1,792.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sengatan maut tebuan tanah

voda

Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
ne_05.1.jpg

DI teratak inilah Halimah dikatakan telah keluar untuk ke rumah iparnya sebelum dilaporkan hilang Ahad lalu.

KEMAMAN – Misteri kehilangan seorang warga emas selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini Ahad lalu terungkai apabila dia ditemui mati disyaki akibat disengat tebuan tanah.

Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan mayatnya telah berbau dan mereput selain lengkap berpakaian di kawasan belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya pada pukul 11 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya.

Pasukan penyelamat menemui sarang tebuan kira-kira satu meter dari mayat mangsa dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan wanita yang menghidap penyakit nyanyuk itu meninggal dunia kerana disengat serangga berbahaya berkenaan.

Sarang tebuan itu kemudiannya dibakar.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, siasatan awal mendapati, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Kami sebelum ini sudah beberapa kali melalui kawasan itu tetapi gagal mengesan mangsa.

“Bagaimanapun pagi tadi, (semalam) kami berjaya mengesan mangsa selepas terhidu bau busuk dari arah semak,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
Bookmark and Share
 
Sponsored Post

pentium5

Active+ Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
4,891
Reaction score
87
Points
30
jgn main ngan tebuan tanah
main ngan api boleh dipertimbangkan
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
tebuan tanah ngan tebuan atas pokok tu tak same ya ? :">
 

mydesk

Active+ Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
4,997
Reaction score
15
Points
25
Masa kanak2 dulu aku kena 2 das kat kening kiri dan kanan... Terus jadi mata sepet dan bertukar jadi rakyat Ghuan Zhauo, China.... :D
 

bboy_im

Active Member
Joined
Jan 9, 2010
Messages
1,977
Reaction score
2
Points
35
Masa kanak2 dulu aku kena 2 das kat kening kiri dan kanan... Terus jadi mata sepet dan bertukar jadi rakyat Ghuan Zhauo, China.... :D

hahaha, kesan kekal sampai skrg ke bro :eek::eek:
 

alonso

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
Masa kanak2 dulu aku kena 2 das kat kening kiri dan kanan... Terus jadi mata sepet dan bertukar jadi rakyat Ghuan Zhauo, China.... :D

tahniah:)paid
 

meon_exora

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2010
Messages
134
Reaction score
0
Points
10
tahun lepas anak sepupu kene sengat tebuan tanah, pengsan dan dikejarkan ke hospital berhampiran.
bukanya sekumpulan, tetapi hanya 2 ekor sahaja.
betapa kuatnya sengatan tebuan tanah tersebut.
budak tu dah berusia 13 tahun.
dasyat2.
 

mydesk

Active+ Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
4,997
Reaction score
15
Points
25
hahaha, kesan kekal sampai skrg ke bro :eek::eek:

Tak lah kekal... 3 minggu juga nak hilang... Rasa panas seluruh muka.... :D

Member masa tu cakap tampal taik lembu... Aku pun tampal lah... rasalah sejuk sikit... :eek: Masa tu budak2 nak buat macam mana... :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register