Senarai syarikat insuran Takaful Milik Islam dan Bukan Islam

CG Sponsors




a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Menyesal ambil produk insuran + medikal + pelaburan AIA 13 tahun dahulu.

Bayar punya mahal sampai RM500 sebulan, kononnya kad platinum.

Kawan saya sama belajar dulu jadi ejen merayu siang malam ambil dengan dia.

Nak tolong kawan punya pasal ambil juga akhirnya.

Sampai hari ni sekali pun tak dapat guna.

Memang menyesal sungguh rasanya dan memang tak halalkan duit komisen yang dia makan tu. Semua kawan lain pun kena nasib sama. Kali terakhir telefon saya kata saya tak halalkan duit komisen yang dia makan dan saya akan tuntut kat akhirat segala janji manis dia. Dia pun menghilang begitu sahaja.

Dulu dia ada janji bila masuk hospital mana pun dapat elaun harian - cuba tuntut masa masuk Hospital Putrajaya pun tak dapat satu sen.

Tak dapat sekali pun guna kat hospital swasta masa nak admit. Selalu akhirnya bayar dengan duit sendiri. Macam biasalah kena ribu raban harga, macam kena tipu juga.

Kes yang terbaru tadi. Dah siap telefon tanya hotline AIA polisi saya boleh tak guna untuk hospitalization dan jumpa pakar di KPMC. Yang bercakap pun orang melayu siap beri salam, cik Yaya namanya.

Saya dah bilang, saya pernah cuba guna 2 kali di KPMC sebelum ini tetapi tak dapat atas macam2 alasan. Dekat 2-3 kali juga saya minta dia semak betul2 polisi saya boleh guna ke tak.

Lepas masuk wad kecemasan, pihak KPMC kata dah call dan AIA kata KPMC bukan penal. Jadi cik Yaya di telefon tadi tipu saya hidup2. Bila saya telefon sendiri AIA dan bercakap dengan cik Nadia, dia pusing sana, pusing sini minta tunggu berkali2 sampai saya yang tengah sakit ni kena tunggu 30 minit atas talian. Akhirnya dia cakap masih tak boleh. Yang boleh admit cuma untuk korporat dan bukan personal.

Dah tu yang saya bayar bulan2 RM500 untuk kad platinum selama 13 tahun tu buat apa?

Semua orang yang makan duit hasil titik peluh saya bayar tiap2 bulan tu saya tidak halalkan dunia akhirat. Tunggu nanti saya tuntut diakhirat.

Nasihat saya kepada pembaca:

1. Carilah pekerjaan yang ada medical benefit untuk seisi keluarga

2. Pergi ke hospital kerajaan untuk rawatan pakar

Mungkin kerana ini muda-mudi sekarang berebut nak masuk kerja dengan kerajaan.

Kalau kerja swasta dan tiada insuran, atau ambil insuran tak boleh pakai macam AIA ni, kita cuma mampu berdoa agar kita terus sihat walafiat sampai ke nafas terakhir.

Produk AIA? Nasihat saya jangan ambil dan jangan terjerebak, menyesal seumur hidup.

Walaupun kononnya takaful, ia tetap produk milik orang kafir yang meniaga cara yahudi.

Ini bukan cara orang Islam meniaga, sudah terang2 menipu.
Insurans hayat/kad perubatan, standard bayaran bulanan sekitar RM100 sahaja. Lebih daripada itu dikira bunga atau komisyen untuk ejen.
 
Sponsored Post

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Dulu MCIS Zurich ditubuhkan sejak merdeka di Tanah Melayu, syarikat milikan tempatan.
Kemudian, beberapa tahun kebelakangan ini, dibeli oleh sebuah syarikat insurans yang berpangkalan di Afrika Selatan. Kemudian menjadi MCIS sahaja.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register