BTC USD 66,664.6 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Senarai Rancangan Kartun Yang Ada Unsur Negatif, Elak Anak Tengok!

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,247
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,247
Reaction score
6,485
Points
916
Awards
1
Majoriti kanak-kanak ada telefon bimbit sendiri untuk melihat rancangan kartun yang diminati. Tanpa kita sedar sebenarnya rancangan tersebut boleh mempengaruhi minda mereka kerana ada unsur negatif. Jadi, ibu ayah di luar sana cuba elakkan untuk memberi anak menonton 7 senarai rancangan kartun di bawah ini. Bahaya kalau dibiarkan !​

kids.jpeg


1. Family Guy
Nampak macam kartun family gitu, tapi ianya penuh dengan jenaka yang bersifat rasis, seksis, kasar dan menghina.

2. Cow and Chicken
Entah kenapa mereka cemarkan haiwan ini dengan kartun sebegini, dengan konotasi seksual yang dimasukkan ke dalam kartun terlalu open dan sangat merbahayakan anak kecil.

3. Spongebob
Span kuning ceria bersama rakan baiknya, mungkin menjadi pilihan ramai tetapi ahli psikologi kanak-kanak memberi amaran bahawa menonton kartun kanak-kanak dengan pace yang laju seperti SpongeBob SquarePants, walaupun hanya untuk beberapa minit, akan menghalang pemikiran abstrak, mempengaruhi ingatan jangka pendek, dan kawalan nafsu dalam kanak-kanak. Penyelidik menjalankan satu eksperimen dan mendapati bahawa kanak-kanak yang menonton kartun dengan pace yang cepat ini akan memberikan signifikan lebih buruk dalam tugas yang diberikan kepada mereka. Pace yang laju dalam kartun popular ini yang menukar adegan purata setiap 11 saat, berbanding dengan kartun kanak-kanak lain yang menukar hanya dua kali dalam satu minit, membuatkan kanak-kanak berasa terganggu dan boleh mengganggu jangkaan perhatian mereka.

4. Caillou
Menonton Caillou akan membuatkan anak-anak anda mengambil langkah ke belakang dalam perkembangan mereka dan menggalakkan mereka untuk menunjukkan tingkah laku yang manja dan nakal.

5. Winx Club
Skirt dan gaun yang dipakai sangat pendek, beberapa daripada mereka menampakkan bahagian besar pinggang tengah mereka. Cukup bahaya ditonton, lebih-lebih lagi buat anak lelaki.

6. Hello Cocobi
Kartun ni memang cute, ramai juga yang menontonnya. Masalah ya, kartun ni terlalu banyak adegen yang tak elok seperti buang angin merata-rata!

7. Doraemon
Ada part yang bagus dalam cerita Doraemon ni, terutamanya persahabatan. Tapi yang buruknya, Nobita sangat terlalu bergantung harap pada Doraemon, membuatkan Nobita sendiri menjadi malas. Yang lebih takut, anak kita pun terpengaruh dengan kemalasan dan sikap suka mengharap yang ada pada Doraemon.

*Tak salah nak bagi anak tengok tetapi pastikan ada pengawasan ibu bapa

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register