senarai produk barangan YAHUDI and US

CG Sponsors




hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
NI AKU COPY PASTE DR SATU COLUMN YG AKU JUMPAK DLM SITE LEN...

Makanan

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.

Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.

Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.

Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.

Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.

Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.

Syarikat Hadaiq California

Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.

Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya

Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.

Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.

Minyak Sayuran Rawabi, Fern

Makaroni Columbus, Hayo

Chipsy

Delta


--------------------------------------------------------------------------------

Super Market

Sainsburry

Heiz

Edge

Tesco


--------------------------------------------------------------------------------

Kedai Makan/Restoran

McDonalds

Tikka

Kentucky Fried Chicken (KFC)

Kantis

Arby's

Pizza Hut

Chicken Tikka

Paradise

McBurger


--------------------------------------------------------------------------------

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.

Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.

Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri

Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga
Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya.

Syarikat Revlon Make-up

Syarikat East In Sambel

Syarikat Beverly Hills

Syarikat Sitreen


--------------------------------------------------------------------------------

Bahan Tenaga

Bateri Kenderaan Milestone

Bateri Kenderaan Powder

Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.


--------------------------------------------------------------------------------

Alatan Sukan

Nike

Universal

Power

Paramount

Youngers


--------------------------------------------------------------------------------

Pakaian

Jean's Basic

Kelvin Klein

Levi's

Basic

Ralph Lauren


--------------------------------------------------------------------------------

Alatan Pejabat

Syarikat Delta Egypt

Parker Schiffer

Pen Schiffer

Higher


--------------------------------------------------------------------------------

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Mac

IBM

Intel

Uracel

Nokia

Motorola

Digital
 
Sponsored Post

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
X dilupakan.... Software microsof or komputer yg anda guna skarang mungkin juga keluaran mereka ni...
 

egold2u

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Nov 18, 2006
Messages
2,547
Reaction score
77
Points
30
ni ade lg nk tambah...:)

 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
BAGAIMANAPUN, PANDANGAN SEORANG HAMBA ALLAH INI MEMBUAT AKU BERFIKIR BALIK SEJENAK....

NI AKU COPY PASTE KAN SEMULA... APA PENDAPAT KORANG??



Ada kebenarannya mendengar Ustaz yang memberikan ceramah mengenai konflik Israel dan Palestin yang sedang berlaku ketika ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Yahudi ini memang tidak berhati perut dan mempunyai hati yang sangat keras seumpama batu. Sedangkan para Nabi yang mulia pun dibunuh dan diburu oleh mereka (contoh seperti Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Isa. Nabi Muhammad S.A.W. pun hampir dibunuh dengan diracun oleh perempuan Yahudi), jadi tidak hairanlah mereka membunuh penduduk Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, pemuda-pemudi, warga emas dan para wanita. Jadi janganlah kita berasa hairan mengapa mereka (bangsa Yahudi) sanggup melakukan pembunuhan sebegitu besar.

Boikot produk Amerika dan Israel. Seruan tersebut telah dibuat oleh kerajaan dan banyak pihak sebagai protes terhadap tindakan Israel dan Amerika yang menghalalkan darah Palestin. Kita boleh memboikot namun setakat mana yang mampu dibuat? Adakah semua rakyat kita akan menyahut seruan ini? Sekiranya KFC diboikot, bagaimanakah nasib pekerja-pekerjanya yang majoritinya terdiri daripada orang Islam? Bahkan pengurus besarnya juga merupakan orang Islam. Bagaimana pula pemilik-pemilik francaisnya juga yang terdiri daripada orang Islam? Cuba perhatikan pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Carrefour? Siapakah bangsa majoriti yang bekerja disitu jika tidak bangsa Melayu yang beragama Islam. Cuba anda bayangkan adik-beradik anda atau isteri/suami/keluarga anda yang berkerja di pasaraya/restoran berkenaan? Adakah mereka akan berhenti kerja semata-mata hendak memboikot produk Amerika? Adakah mereka ini berkelulusan tinggi yang berkerja di tempat berkenaan? Sedangkan yang berkelulusan tinggi zaman sekarang pun sukar untuk mendapat kerja. Saya tidak pula membantah kempen boikot ini. Cuma memboikot dengan membuta dan melulu akhirnya yang kena batang hidung adalah kita juga.

Berapa ramai di dalam forum atau di dalam masyarakat kita yang merokok? Sanggupkah anda meninggalkan tabiat merokok anda semata-mata hendak boikot produk Yahudi? Umum mengetahui rokok hanya membazir dah sebahagian adalah produk dari kaum Yahudi. Pengharamannya hanya dipersendakan oleh orang ramai. Kerajaan melarang merokok dikebanyakan tempat awam, tapi perokok selamba sahaja. Kite tengok pengharaman merokok di masjid, selepas sembahyang Jumaat pasti yang ramai berasap selepas 2-3 langkah dari pintu masjid. Kesedaran dan peradaban sahaja yang boleh mencegah gejala ini. Islam telah mengatakan rokok itu haram disisi agama. Mungkin ramai yang perasan tapi ramai yang buat² tak perasan. Orang boikot Coke, tapi orang tak pernah boikot Dunhill atau Salem. Secara terang terangan dia memusnahkan umat Islam, tetapi kerana ramai orang Islam yang sedut Dunhill maka produk ini macam halal je.

Satu lagi demonstasi jalanan yang diadakan di seluruh negara ketika ini mengutuk Israel dan Amerika Syarikat supaya menghentikan serangan dan sokongan terhadap Palestin. Negara-negara Islam juga tidak terkecuali dalam hal ini dengan mengadakan tunjuk perasaan ini terutamanya di kedutaan Amerika dan Israel. Saya tertarik dengan kenyataan ustaz yang memberi ceramah mengatakan bahawa Amerika dan Israel sekarang ini umpama pekak dan tuli. Banyak desakan dan kutukan dibuat namun serangan dan pembunuhan masih dilakukan. Makna kata kita masih berdemonstrasi seperti membakar bendera Israel dan Amerika dan mengutuk dan mencaci mereka tapi apakah reaksi mereka? Betul kata ustaz umpama Amerika ini pekak dan Israel ini tuli. Mereka tidak mengendahkan kutukan dan desakan negara-negara lain. Kenapa? Sebab mereka tahu desakan, cacian dan kutukan tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka.

Jawapan ustaz tersebut amat menarik perhatian saya. Katanya kita sebenarnya berdemonstrasi dan menunjuk perasaan di tempat yang salah. Sepatutnya kita tunjuk perasaan di kedutaan Mesir, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, dan negara-negara Arab lain yang berjiran dengan mereka. Kita sepatutnya mendesak dan bertanya kepada mereka apakah peranan mereka lakukan sebagai saudara dan negara Islam yang terhampir sekali dengan Palestin dalam membantu mereka? Apakah Mesir selaku negara Islam memberi ruang kepada Israel untuk menyerang Palestin dan menutup pintu sempadannya kepada pelarian Palestin?

Dengan menjawab persoalan di atas, boikot sebenarnya tidak akan memberikan kesan yang begitu besar terhadap Amerika dan Israel dalam masa terdekat ini. Peranan yang sebenarnya yang boleh dimainkan oleh OIC dan negara-negara Arab Islam yang lain adalah menghentikan penjualan minyak dan arang batu kepada Amerika Syarikat dan Israel. Inilah sumber kekayaan tanah arab yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan Israel bagi menggerakkan peralatan peperangannya menyerang Iraq, Afghanistan dan Palestin. Sekiranya sumber ini disekat, maka sudah pasti Amerika dan Israel akan menghadapi masalah yang amat besar. Pesawat pejuang yang canggih tidak akan dapat bergerak sekiranya kehabisan minyak. Begitu juga kereta kebal, kapal perang dan lain-lain. Itulah sebenarnya kekuatan yang dimiliki oleh orang Islam terutamanya di tanah arab yang mana perkara ini tidak disedari oleh mereka semua. Kenapa? Senang sahaja jawapan ustaz tersebut. Kerana dunia Islam tidak bersatu dan saling bermusuh antara satu sama lain. Itulah sebabnya Yahudi dengan penduduk seramai 14 Juta sahaja di seluruh dunia dapat menindas umat Islam yang berjumlah 1.3 billion sekarang. Fikir-fikirkanlah.

:-?:-?:-?:-?:-?
 
Last edited:

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
17,868
Reaction score
89
Points
125
mmg boleh nak boikot...lg best kalo disenaraikan sekali produk gantian atau cadangan utk produk2 yg diboikot diatas...

contoh

coke - mawi cola
intel - amd
meggi - indo mie
 

kancil2020

Active Member
Joined
Oct 20, 2008
Messages
2,472
Reaction score
1
Points
25
ari nie dalam sejarah..
aku tengok kat kfc ngan pizza hut kosong
kat tesco shah alam..
 

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
Satu lagi demonstasi jalanan yang diadakan di seluruh negara ketika ini mengutuk Israel dan Amerika Syarikat supaya menghentikan serangan dan sokongan terhadap Palestin. Negara-negara Islam juga tidak terkecuali dalam hal ini dengan mengadakan tunjuk perasaan ini terutamanya di kedutaan Amerika dan Israel. Saya tertarik dengan kenyataan ustaz yang memberi ceramah mengatakan bahawa Amerika dan Israel sekarang ini umpama pekak dan tuli. Banyak desakan dan kutukan dibuat namun serangan dan pembunuhan masih dilakukan. Makna kata kita masih berdemonstrasi seperti membakar bendera Israel dan Amerika dan mengutuk dan mencaci mereka tapi apakah reaksi mereka? Betul kata ustaz umpama Amerika ini pekak dan Israel ini tuli. Mereka tidak mengendahkan kutukan dan desakan negara-negara lain. Kenapa? Sebab mereka tahu desakan, cacian dan kutukan tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka.

Jawapan ustaz tersebut amat menarik perhatian saya. Katanya kita sebenarnya berdemonstrasi dan menunjuk perasaan di tempat yang salah. Sepatutnya kita tunjuk perasaan di kedutaan Mesir, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, dan negara-negara Arab lain yang berjiran dengan mereka. Kita sepatutnya mendesak dan bertanya kepada mereka apakah peranan mereka lakukan sebagai saudara dan negara Islam yang terhampir sekali dengan Palestin dalam membantu mereka? Apakah Mesir selaku negara Islam memberi ruang kepada Israel untuk menyerang Palestin dan menutup pintu sempadannya kepada pelarian Palestin?


:-?:-?:-?:-?:-?
aku tertarik dgn pendapat ni..
 

xzoss

Active Member
Joined
Aug 28, 2008
Messages
1,218
Reaction score
35
Points
30
BAGAIMANAPUN, PANDANGAN SEORANG HAMBA ALLAH INI MEMBUAT AKU BERFIKIR BALIK SEJENAK....

NI AKU COPY PASTE KAN SEMULA... APA PENDAPAT KORANG??

Jawapan ustaz tersebut amat menarik perhatian saya. Katanya kita sebenarnya berdemonstrasi dan menunjuk perasaan di tempat yang salah. Sepatutnya kita tunjuk perasaan di kedutaan Mesir, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, dan negara-negara Arab lain yang berjiran dengan mereka. Kita sepatutnya mendesak dan bertanya kepada mereka apakah peranan mereka lakukan sebagai saudara dan negara Islam yang terhampir sekali dengan Palestin dalam membantu mereka? Apakah Mesir selaku negara Islam memberi ruang kepada Israel untuk menyerang Palestin dan menutup pintu sempadannya kepada pelarian Palestin?:-?:-?:-?:-?:-?
Hoq nih yg aku dah pk banyak kali nih... Negara2 Arab bengong sumer tu pun nak kena di boikot sekali tu..
 

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
punca disini adalah kegagalan negara2 ISLAM dlm OIC memberi bantuan.

susah sgt ke nak tubuh satu badan pengaman OIC dan hantar ke palestin utk lincungi rakyat palestin?

susah sgt ke utk tak menjual petrol ke US dan israel. semua tau Israel gn US mana ada minyak sgt. mostly depa amik kat negara arab gak. kalo tak jual kat US gn Israel, kompom la jet2 depa tak leh gerak.

salah saper sebenarnya? Israel dan US yg mmg dah kompom c.e.l.a.k.a atau negara2 ISLAM yg b.o.d.o.h krn masih menolong US dan Israel menyembelih rakyat palestin?

1st komen aku pasal isu palestin. malas sebenarnya nak layan perasaan marah ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register