Senarai Laman Sosial Yang Paling Banyak Mengumpul Data Peribadi Penggunanya

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,552
Reaction score
3,689
Points
236
Laman analisis yang berpangkalan di London, Clario telah mendedahkan senarai laman-laman sosial yang paling banyak mengumpul data peribadi penggunanya. Pengumpulan data peribadi itu termasuklah alamat e-mel, nama, umur jantina, kaum, agama, pekerjaan, kesihatan, data perbankan, lokasi langsung dan banyak lagi. Hasil kaji selidik Clario itu adalah terhadap 48 buah laman sosial yang paling popular di dunia ketika ini.

Untuk tangga pertama, Facebook didapati yang paling banyak mengumpul data penggunanya iaitu sebanyak 70.59% data. Untuk kedudukan seterusnya adalah tidak mengejutkan, laman Instagram yang dimiliki Facebook pula berada ditangga kedua dengan mengumpul sebanyak 58.82% data penggunanya. Berikut adalah senarai penuh laman-laman sosial popular di dunia yang paling banyak mengumpul data penggunanya (mengikut turutan) menurut Clario;

6296c2d92c.jpg

Clario memperincikan, sebahagian besar keuntungan yang dijana oleh laman sosial seperti Facebook adalah menerusi paparan iklan. Jadi, lebih banyak Facebook tahu tentang aktiviti dan data peribadi penggunanya, maka lebih banyaklah manipulasi data yang dapat digunakan mereka bagi mengaut untung.

“Ads are how Facebook makes the most of their money – around $16.6 billion to be precise, based on their 2018 reports – so the more they know about you, the more they can sell on.” Clario

Selain itu, Clario turut mendedahkan bahawa 93% syarikat sosial akan menyimpan alamat e-mel penggunanya. Sungguhpun begitu banyak data dikumpul oleh laman-laman sosial tersebut, tetapi penggunaan data-data itu oleh syarikat-syarikat adalah masih tertakluk di bawah undang-undang GDPR (General Data Protection Regulation) yang diguna pakai oleh negara-negara yang berada di dalam Kesatuan Eropah.
 
Top
Log in Register