Senapang meletup, kerani bank cedera

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PULAU PINANG - Sebuah bank di Jelutong hari ini kecoh apabila senjata api milik seorang pengawal keselamatan secara tidak sengaja 'terlepas' satu das tembakan dan mencederakan seorang kerani wanita.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, kerani wanita terbabit mendapat luka kecil di bahu kanan.

Ekoran kejadian itu, seorang pengawal keselamatan berusia lingkungan 40-an ditahan bagi membantu siasatan.

Pengawal keselamatan itu bagaimanapun dikatakan pengsan dan terpaksa diusung untuk menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, terdapat kesan tembakan di bahagian pintu masuk berdekatan kaunter di bank dan beberapa bahagian di dinding bank.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menjelaskan polis percaya, ia hanya satu insiden tidak disengajakan.

"Rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di bank itu menunjukkan, pengawal tersebut sedang mengosongkan peluru dalam senapang sebelum ia tiba-tiba meletup.

"Peluru itu terkena siling dan bumbung sebelum melantun daripada pejabat pentadbiran di bank itu lalu mengenai kerani wanita terbabit," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati, pengawal itu memiliki lesen yang sah untuk menggunakan senjata api tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob menggesa semua syarikat keselamatan supaya mencari pekerja yang layak dan mempunyai kemahiran.

"Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku disebabkan kecuaian, jadi saya minta semua syarikat keselamatan supaya memastikan pekerja mereka mematuhi prosedur operasi standard," tegasnya.
 
Sponsored Post

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
ntah mcm mana boleh 'tak sengaja'. nsb baik tak mati. huhu
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
mcm2 dok ada. time perompak masuk bank, blh pulak senapang tu jammed lah,pakai peluru kapur lah. hu3
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
senapang jaga lagi .. huh .. tido la ni
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,918
Reaction score
1,029
Points
201
pelik aku kekadng ni ... mesti dah jadi mcm penyakit da .. makin menjadi2
 

pasu

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,163
Reaction score
0
Points
20
kes nanya.. bukan mangsa yang pengsan, tapi pengawal tu.. terkejut sangat kot..
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
seb bek la tak mati..ish ish.. bahye sungguh..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register