BTC USD 103,681 Gold USD 3,251.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua Tanah Aina Di Pahang Akan Di Jual

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,578
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,578
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
16.03.2025 - Pengasas dan pemilik Tanah Aina mengalu-alukan pencinta alam semula jadi yang ingin mengambil peluang menikmati keindahan alam di kawasan itu sebelum dijual sepenuhnya. Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, orang ramai boleh mengunjungi Tanah Aina Farrah Soraya; Tanah Aina Fahad, kedua-dua di Raub dan Tanah Aina Idris (Lipis) sebelum mendapat pembeli. Menurutnya, biarpun sedih, beliau nekad mengambil keputusan tersebut selepas mengusahakan perniagaan tersebut di Pahang sejak 2010.

"Sayang memang sayang selepas banyak kudrat dan modal telah dilaburkan sehingga lokasi-lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar alam semula jadi. Jadi saya alu-alukan mana-mana pihak untuk datang menikmati keindahan alam, bersantai bersama keluarga, rakan-rakan di sini sebelum dijual dan dapat membayar gaji pekerja," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau yang juga bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) berkata, kira-kira 40 pekerja bakal terjejas dengan langkah tersebut.

"Bukan pekerja saja terjejas tapi resort yang sangat cantik, pusat ekopelancongan yang telah menang banyak anugerah akan hilang. Setakat ini, belum ada pembeli yang berpotensi menyatakan minat mereka," tambahnya yang tidak menolak kemungkinan membuka di lokasi lain selepas ini.
1742125746601.png
 
Sponsored Post

Apa lg kerajaan suntik modal la
Bro faham dulu masalah ni owner Tanah Aina ni. Dia tutup bukan sebab masalah duit. Aku dah lama ikuti dia ni.

Apa2 pun nak habaq kata, berkata benar tu memang menyakitkan telinga orang lain. Pada aku, dia tak masuk dalam pun dah syukur sangat dah. Cer korek cari video2 lama dia
 
Cer cite...
Cer cite...
 
Tak boleh. Sensitip. Korek cari sendiri
hari tu ada baca sikit je kes ni sebab ada org share kat fb tapi sebab tak follow malas nak amik port... sekarang kes ainon pulak... tak tau la nak amik port ke tak... aduhhh letih jadi org awam ni sebenarnya.
 
Bro faham dulu masalah ni owner Tanah Aina ni. Dia tutup bukan sebab masalah duit. Aku dah lama ikuti dia ni.

Apa2 pun nak habaq kata, berkata benar tu memang menyakitkan telinga orang lain. Pada aku, dia tak masuk dalam pun dah syukur sangat dah. Cer korek cari video2 lama dia
Oh mcm tu aku xikut perkembangan pm2 nak tau jugak hahaha
 
20250301 - Tanah Aina Fareena ditutup operasi angkara tekanan kerajaan negeri??.​

20250301 - Tanah Aina Fareena ditutup operasi angkara tekanan kerajaan negeri??
Gara-gara tindakan pemilik menuntut penjelasan kerajaan negeri mengenai kegiatan pembalakan haram.

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register