BTC USD 37,405.9 Gold USD 1,798.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua sektor bakal terima kenaikan gaji tahun depan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,377
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,377
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Semua sektor bakal terima kenaikan gaji tahun depan​

ringgit-salary_1638852799.jpg

Pembukaan semula ekonomi memangkin pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pekerja di semua sektor boleh menjangkakan kenaikan gaji antara tiga hingga hingga lima peratus daripada syarikat tahun depan, demikian menurut dapatan keseluruhan Tinjauan Gaji Robert Walters 2022 di Malaysia.

Pengarah Robert Walters Malaysia dan Filipina, Kimberlyn Lu, berkata semua organisasi akan melaksanakan semakan gaji tahunan am pada 2022.

"Mereka yang menukar kerja boleh menjangkakan kenaikan bermula daripada 15 peratus dan mungkin boleh memperoleh sehingga 30 peratus jika mempunyai set kemahiran yang betul," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, di wilayah utara, pasaran kerja akan menjadi lebih agresif pada 2022, ditunjangi kehadiran pelaburan.

Katanya, industri pembuatan dijangka berkembangan berikutan infrastruktur yang baik dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelabur asing mengembangkan perniagaan.

"Dengan kehadiran pemain baharu di wilayah itu, pekerjaan dalam semikonduktor merentasi semua bidang daripada ujian pembangunan, ujian fungsi kepada operasi dan kejuruteraan proses akan mendapat permintaan tinggi.

"Mereka yang menukar kerja dalam sektor ini boleh menjangkakan peningkatan gaji setinggi 15 ke 20 peratus berikutan kehadiran pemain baharu yang bersaing untuk bakat yang sama," katanya.

Mengulas lanjut, Lu berkata pembukaan semula ekonomi memangkin pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini merentas semua sektor, daripada perkhidmatan kewangan dan segmen pengguna kepada penjagaan kesihatan serta pembuatan.

Katanya, 45 peratus daripada responden bersetuju dengan sentimen ini, kerana mereka sudah mencari peluang baharu dalam sektor terbabit.

"Pemulihan perniagaan juga menimbulkan suasana pasaran

pekerjaan yang lebih yakin. Tiga daripada setiap empat (75 peratus) responden optimis terhadap peluang pekerjaan dalam sektor masing-masing," katanya.

Beliau menambah, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di

dunia.

Justeru, katanya tinjauan menunjukkan sebanyak 97 peratus responden sanggup mendedahkan status vaksinasi untuk mendapatkan pekerjaan baharu, membuktikan kejayaan program vaksinasi.

"Peratusan itu selari dengan kemajuan vaksinasi Malaysia dengan 95 peratus dewasa sudah lengkap divaksin," katanya.

Tinjauan gaji global oleh Robert Walters, perunding pengambilan profesional terkemuka dunia itu meliputi 31 negara termasuk Malaysia.

Tinjauan Gaji Robert Walters adalah panduan komprehensif kepada majikan dan pekerja untuk mengakses trend dan analisis terkini dalam industri tertentu, alat dan sumber yang berguna, serta kemas kini video

mengenai keadaan pasaran daripada panel pakar industri.

Ia juga mengkaji sikap dan pandangan terhadap amalan kerja sedia ada, memberikan gambaran keseluruhan pasaran pekerjaan semasa, set kemahiran dalam permintaan dan jangkaan gaji untuk lapan industri utama di Malaysia.
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active Member
Messages
2,008
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,008
Reaction score
437
Points
51
Sapa nak bagi? Semua bosses nak recover Covid-19 lost.
 

Fayafa

Active Member
Messages
2,369
Joined
May 21, 2017
Messages
2,369
Reaction score
852
Points
81
ni taraf cerita rakyat ja ni..tah btui tah dongeng
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,243
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,243
Reaction score
3,165
Points
261
Awards
1
Mn data la dia ambik, dia xkenai kot geng dragon mcm mn hahahaa
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,304
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,304
Reaction score
3,007
Points
266
Awards
1
Yeke. Kira naik lagi la harga barang.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,377
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,377
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Yeke. Kira naik lagi la harga barang.
Sbb dgn increase produktivity & harga
Maka gaji pekerja dpt di naikkan
Pak long nak seisi keluarga mesia gaji 10k per keluarga
 

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,888
Joined
May 13, 2009
Messages
42,888
Reaction score
1,620
Points
201
Cuepacs dgr mgg depan akan meeting propose kenaikkan gaji baru....

penjawatan baru byk akan dibekukan.... maybe akan ade beberapa jawatan akan dijumutkan...

skop perkhidmatan awam dijangka mengecil...

Suruhanjaya perubatan akan diwujudkan utk hak kakitangan perubatan...

dan ESOK HARGA TEH O AIS DAN ROTI GARDENIAR AKAN DINAIKKAN SEHINGGA 500%... ni fakta
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,456
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,456
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Mandai2 je tinjauan ni.

Tanya boss takde pun 🤭
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register