BTC USD 38,362.4 Gold USD 1,796.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua parti politik menyokong kod etika budi bahasa Parlimen

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan oleh ahli Parlimen rata-rata disambut baik oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan juga kalangan parti pembangkang.

Kebanyakan mereka bersetuju jika kempen tersebut dilaksanakan namun masing-masing mempunyai pandangan fahaman yang berbeza.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin berkata, beliau amat menyokong cadangan dikemukakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin.

"Saya amat bersutuju dan sokong penuh cadangan kempen ini, namun ia perlu diperluaskan meliputi semua peringkat," katanya yang ditemui di Parlimen.

Katanya, melalui kempen ini ahli Parlimen akan sentiasa berwaspada dalam penggunaan perkataan-perkataan yang bersesuaian ketika berhujah dalam Dewan Rakyat.

"Namun biasalah, kadang-kadang bila kita leka berhujah... ada juga tersasar dari etika bahasa," katanya.

Tambah beliau, kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang sepatutnya behati-hati sebelum bercakap agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

"Lepas ini kalau mana-mana ahli Parlimen nak buat teguran atau celahan, perlulah pandai memilih perkataan yang sesuai agar pihak yang kita mahu tegur tidak tersinggung," katanya.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) turut bersetuju dengan memperkenalkan kempen tersebut di kalangan ahli Parlimen.

"Kempen ini bagus, semua pihak harus amalkan budi bahasa yang baik terutamanya apabila berhujah dalam Dewan.

"Sepatutnya kita tak boleh gunakan perkataan sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu, dengan kempen tersebut diharap semua pihak akan lebih berhemah ketika bercakap," katanya.

Namun katanya, kadang-kadang ada pihak yang cuba untuk membangkitkan kemarahan ketika seseorang ahli Parlimen berhujah sehingga mengundang kontroversi.

"Memanglah kita nak amalkan budi bahasa yang baik, tapi kalau mereka mencelah dan bangkitkan perkara yang boleh cetuskan kemarahan, kadang-kadang kita juga boleh hilang sabar," katanya.

Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut menyokong kempen tersebut.

Namun katanya isu etika Ahli Parlimen ini bukanlah sesuatu yang besar dan perlu diberi perhatian yang khusus.

"Ada banyak lagi isu lain yang perlu diberi perhatian, namun sebenarnya baik juga kempen ini dilaksanakan," katanya.

"Tapi bila kita gaduh-gaduh itu adakalanya tersasul juga dengan beberapa perkataan yang tak sepatutnya," katanya.

Bgaimanapun katanya, perkara tersebut tidak perlu dipandang serius kerana adakalanya Ahli Parlimen mempunyai tafsiran berbeza tentang sesuatu perkataan yang digunakan.

"Kadang-kadang kita maksudkan lain, tapi orang faham lain... itu perkara biasa," katanya.

Dalam pada itu, Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau) juga bersetuju dengan pelaksanaan kempen tersebut, namun tidak perlu terlalu bergantung kepadanya.

Kata beliau, seharusnya tiada pendekatan tadbir dan arah diperkenalkan kerana sepatutnya ahli Parlimen diberi kebebasan untuk berhujah dan menyampaikan pandangan.

"Apa yang lebih penting ialah melalui pendidikan kerana melaluinya kita akan bertindak dan berkelakuan dengan baik dan berhemah," katanya.

Bagaimanapun beliau menyokong usaha yang dibuat untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai sebuah Parlimen bertaraf dunia.

Semalam Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mengalu-alukan penggubalan kod etika seumpama itu bagi memandu dan membimbing wakil rakyat.

:-?:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
betul tuh.......kena sokong.....
 

ikscentre

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2008
Messages
7,905
Reaction score
1
Points
65
ckp psl bhse nih..
kdg2 ade ahli parlimen akn ckp 'dgn izin' bile nk sebut bhse english..
dan ade plak yg terus jer sebut bhse english..
ade sesape tau knp 'dgn izin' tu diperlukan bile dlm parlimen?
 

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
yea sedara..
actually, dlm dewan parlimen ade kedaulatan, law, polisi2 yg kene ikut...
rasenyr, tiade masalah jike mggunkn bahase english untuk tujuan tertentu setelah mendapat kebenaran daripada tuan speaker... tuan speaker kat situ adalah king dlm mmbuat sebarang decision.. cam2 la mngikut pendapat saye..
mungkin ade sedare2 yg lain, maybe boleh beri sedikit comment..
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
Bagaimanapun beliau menyokong usaha yang dibuat untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai sebuah Parlimen bertaraf dunia.

baru aku tahu parlimen malaysia ni belum bertaraf dunia, habis tu bertaraf apa? reban ayam? :-?:-?:-? #:-S#:-S#:-S
 

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
erm,..mmg menyedihkanlah.. meeting cam samseng je semua.. silap2 nanti ade jugak kerusi terbang, cam kes kat korea..
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
betul tu kena sokong.. bila sowg ckp yang lain kena dengar .kalu sowg cakpa yang lain tak nak dgr.. baik tak payah buat sidang palimen
 

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
Betul2..tapi aku suke tgk dato pandikar amin jadi speaker..dah jadi idola aku la plak..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register