BTC USD 58,693.5 Gold USD 2,584.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua orang tau apa itu PAS ……kecuali mereka mereka di kalangan mereka! Siapa itu mereka?

Sponsored Post

majlis raja raja tolak statut of rom

Terima pandangan raja-raja Melayu tolak Statut Rom [METROTV]​





KEPUTUSAN kerajaan menarik diri untuk meratifikasi Statut Rom wajar diterima secara positif selepas penelitian dibuat daripada pelbagai aspek, termasuk pandangan raja-raja Melayu, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai langkah bijak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak sebarang masalah timbul sekiranya kerajaan menyertai Statut Rom yang digunakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Katanya, rakyat tidak seharusnya bimbang kerana kerajaan kini mengamalkan prinsip keterbukaan yang mengambil kira pandangan semua pihak.

“Dalam isu Statut Rom ini, kita mengambil pandangan baru yang disuarakan sebelum keputusan menarik diri dilakukan kerajaan.

“Pendirian Pakatan Harapan (PH) jelas selepas ambil beberapa pandangan baharu, terutama raja-raja (Melayu).


ANWAR bersama calon Pakatan Harapan PRK DUN Rantau, Dr S Streram pada Sembang Santai Veteran ATM. FOTO Saifullizan Tamadi
ANWAR bersama calon Pakatan Harapan PRK DUN Rantau, Dr S Streram pada Sembang Santai Veteran ATM. FOTO Saifullizan Tamadi


“Kebijaksanaan dibuat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan kerajaan akhirnya tidak menimbulkan masalah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Santau Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Rembau, hari ini.

Ketika pertemuan bersama Dr Mahathir semalam, Anwar menjelaskan turut membincangkan isu penarikan diri Malaysia dari meratifikasi Statut Rom.

Katanya, beliau menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa prinsip dalam Statut Rom itu adalah ke arah perubahan dan ketelusan undang-undang, namun kerajaan perlu terima kenyataan beberapa masalah dan kebimbangan yang perlu dileraikan berhubung isu itu.

ICC yang ditubuhkan pada 2002 ditadbir mengikut Statut Rom. ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membabitkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Dalam perkembangan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Anwar berkata, sokongan yang diterima dari semua parti komponen PH sangat baik.

Mengenai Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang dilihat kurang turun padang berkempen, beliau berkata, Timbalan Presiden PKR itu dijadual turun dalam tempoh terdekat.

“Pemimpin dan ahli parti komponen PH turun berkempen, termasuk Azmin yang akan datang tidak lama lagi,” katanya.
Disiarkan pada: April 6, 2019 @ 9:42pm
 

Sultan Johor hargai langkah batal iktiraf Statut Rom​

April 7, 2019 @ 8:16pm


Kenyataan Sultan Ibrahim dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor.
Kenyataan Sultan Ibrahim dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor.

JOHOR BAHRU: Sultn Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Dalam entri terbaru di laman rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara rakyat untuk membatalkan perjanjian Statut Rom yang sudah ditandatangani pada Mac lalu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja. Saya berharap kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.




“Saya akan memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat akan sentiasa dipelihara. Raja dan rakyat berpisah tiada,” titah baginda.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Kabinet memutuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom ICC kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu untuk mengheret institusi Raja menentang kerajaan.

Dr Mahathir berkata ada pihak menjadikan keputusan Malaysia menerima statut itu sebagai isu politik untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan, khususnya beliau selaku Perdana Menteri.

Katanya, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada Jun depan selepas ia ditandatangani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.
 
FADAEDFA-DB51-4-CFA-8034-9524-F94-C881-C.jpg


Untuk rekod, pada 2018, kerajaan PH bercadang untuk meratifikasi Statut Rom. Namun, cadangan PH telah ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat salah yang dikeluarkan oleh 4 orang ahli akademik Melayu yang pro-Nazi Melayu, Fasis Melayu & Islamofasis. Mereka ialah:

- Prof. Rahmat Mohamad (UiTM, macai UMNO)
- Dr. Fareed Mohd. Hassan (USIM, asal Kelantan, macai PAS)
- Prof. Shamrahayu Abdul Aziz (UIAM, macai UMNO)
- Hisham Hanapi (UNITAR, alumni USIM, anak ikan Dr. Fareed, macai PAS)

Bangsa Melayu yang fasis sememangnya hipokrit dan mudah lupa. Sibuk nak bawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, tapi pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa mereka dah tolak Statut Rom.

Aku masih lagi simpan dokumen "Rumusan Eksekutif" yang dibawa oleh 4 orang profesor jadong lagi lahanat dan musibat ni. Aku tidak akan memaafkan dan melupakan perbuatan mereka sehingga ke hari ini, lebih-lebih lagi si Fareed dan Hisham tu.
 
FADAEDFA-DB51-4-CFA-8034-9524-F94-C881-C.jpg


Untuk rekod, pada 2018, kerajaan PH bercadang untuk meratifikasi Statut Rom. Namun, cadangan PH telah ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat salah yang dikeluarkan oleh 4 orang ahli akademik Melayu yang pro-Nazi Melayu, Fasis Melayu & Islamofasis. Mereka ialah:

- Prof. Rahmat Mohamad (UiTM, macai UMNO)
- Dr. Fareed Mohd. Hassan (USIM, asal Kelantan, macai PAS)
- Prof. Shamrahayu Abdul Aziz (UIAM, macai UMNO)
- Hisham Hanapi (UNITAR, alumni USIM, anak ikan Dr. Fareed, macai PAS)

Bangsa Melayu yang fasis sememangnya hipokrit dan mudah lupa. Sibuk nak bawa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, tapi pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa mereka dah tolak Statut Rom.

Aku masih lagi simpan dokumen "Rumusan Eksekutif" yang dibawa oleh 4 orang profesor jadong lagi lahanat dan musibat ni. Aku tidak akan memaafkan dan melupakan perbuatan mereka sehingga ke hari ini, lebih-lebih lagi si Fareed dan Hisham tu.

Rahmat Mohamad berkata, tujuan dia menulis kertas bantahan ratifikasi Malaysia pada 2019 disebabkan persiapan yang diperlukan masih belum selesai ketika itu. https://cstu.io/b2529a

1662965371116.png


‘Saya bukan menentang Statut Rom, cuma kita tidak bersedia’

Diterbitkan: Sep 12, 2022 1:31 PM

Dikemaskini: 1:31 PM


Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Rahmat Mohamad menyatakan dia tidak menentang Statut Rom.
Sebaliknya, tujuan dia menulis kertas bantahan ratifikasi Malaysia kepada Statut Rom pada 2019 disebabkan persiapan yang diperlukan masih belum selesai ketika itu.

“Orang salah faham terhadap saya, mereka anggap saya menentang Statut Rom. Bukan begitu. Saya langsung tidak membantah empat jenayah besar itu,” jelas Rahmat ketika ditemubual oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Statut Rom yang telah diratifikasi oleh 123 negara adalah perjanjian untuk mewujudkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memberi fokus terhadap penghapusan etnik, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.


5c280dce432e30cc53feb7911f6b5357.jpg




Peranan ICC ini hanya menyiasat dan mendakwa jenayah sedemikian apabila terdapat negara yang tidak mampu atau mahu melakukannya.

Pakatan Harapan ketika mengambil alih kerajaan pada pilihan raya tahun 2018 mahu meratifikasi beberapa perjanjian antarabangsa termasuk Statut Rom.

Rahmat berkata, keinginan Malaysia untuk dikenali sebagai negara mesra terhadap hak asasi manusia adalah tindakan yang wajar, namun beberapa proses perlu diberi perhatian terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian antarabangsa itu.
Kebimbangannya ketika itu apabila negara tidak menyelesaikan proses itu terlebih dahulu, maka dia beranggapan bahawa negara belum bersedia menandatangani perjanjian berkenaan.




“Sekiranya kamu berpihak kepada Statut Rom, kamu mesti melindungi undang-undang tempatan. Apabila mereka umumkan, bukan terus terpakai.


f9911da563d6636809cc7088b060f627.jpg


“Dalam kes ini, kita perlu membawa ke Parlimen bagi memastikan peruntukan dalam Statut Rom boleh dilaksanakan,” kata Rahmat.

Contoh, katanya adalah Kanun Keseksaan yang tidak ditakrifkan sebagai jenayah hak asasi manusia dan penghapusan etnik, yang adalah dua daripada empat jenayah antarabangsa yang difokuskan dalam Statut Rom.

Badan kehakiman perlu diberi pencerahan tentang cara perjanjian itu diguna pakai, bahkan Majlis Raja-Raja juga hendaklah dirujuk dalam hal ini, kata Rahmat.

“Jadi, adakah kita bersedia.

“Itu yang dibimbangkan dan sebab itu saya bantah. Sebab terlalu banyak perkara asas yang tidak dibentangkan sebelum menyatakan hasrat bahawa kita sudah bersedia”, tambahnya lagi.
 
Gigih TT cari keburukan PAS.
basically content thread berkisar pasal statut rom, tapi tajuk thread general, takde langsung sebut pasal statut rom
cuma ad pasal Pas

walhal penolakan statut rom ni adalah berkaitan dengan majlis raja raja, once majlis raja raja tolak, semua kena terima
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register