BTC USD 62,490.4 Gold USD 2,636.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua orang tau apa itu PAS ……kecuali mereka mereka di kalangan mereka! Siapa itu mereka?

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,220
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,220
Reaction score
987
Points
121

Oops PAS tersalah langkah ke?

Pada 2019, PAS membantah langkah kerajaan ketika itu ratifikasi Statut Rom sehingga ia ditarik balik.
Mohsin Abdullah - 30 Oct 2023, 9:00am


fcacad18-mohsin-abdullah-columnist-latest.jpg


‘Himpunan 10K Solidariti Palestin’, Sabtu lalu wajar dianggap berjaya. Tidak pasti sama ada 10,000 orang hadir sesuai nama himpunan tetapi yang pasti ribuan peserta turun ke jalan raya dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menyatakan bantahan terhadap keganasan Israel di Gaza.

Negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, oleh itu mereka tentulah tidak ada kedutaan disini. Lantas amat tepat bantahan dihalakan ke arah Kedutaan AS. Lagi pun Washington bukan sahaja menyokong bahkan mempertahankan keganasan Tel Aviv. Saya guna istilah “Tel Aviv” walaupun Israel mahu Jerusalem diiktiraf sebagai ibu negaranya.


Dikatakan ada beberapa pihak terbabit dalam penganjuran himpunan berkenaan. Saya tidak tahu tetapi berdasarkan laporan media ia dikatakan dianjur PAS. Atau parti itu penganjur utama. Maka tahniah buat PAS yang presidennya Hadi Awang turut turun protes .

Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dari PAS bercakap pada sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat dengan garang mahu kerajaan ambil tindakan ke atas kekejaman Israel termasuk mendesak agar Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menteri Luar Zambry Abdul Kadir menegaskan Netanyahu memang boleh dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau International Criminal Court (ICC). Tetapi Malaysia tidak boleh membawa kes itu kerana bukan sebahagian Statut Rom, setelah menarik keanggotaan pada 2019.

Kata Zambry mengikut peruntukan Statut Rom, kes jenayah antarabangsa hanya boleh di bawa atau dirujuk kepada ICC oleh tiga negara yang menganggotai Statut Rom.

Menulis artikel yang disiar The Edge 27 Okt lalu, peguam dan bekas Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Amanah mengimbas kembali kenyataan PAS pada April 2019 yang mengalu-alukan penarikan diri Malaysia daripada “Rome Statute of the International Criminal Court Court.”

Beliau mengingatkan kita ketika itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata langah itu (tarik diri) adalah baik yang akan memanfaatkan Islam dan PAS memang berpegang kepada prinsip menyokong langkah baik untuk Islam.

Pada pandangan saya, berasaskan kenyataan itu PAS melihat Statut Rom tidak baik untuk Islam dan langkah Malaysia tidak menjadi sebahagian Statut Rom adalah sesuatu yang baik untuk islam dan PAS menyokong “apa sahaja yang baik untuk Islam.”

Berbalik kepada penulisan Hanipa. Sekarang kata Hanifa yakni Oktober 2023, PAS menerusi Fadhli bertanya mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan lebih tegas berhubung konflik Palestin seperti mendesak Netanyahu dihadapkan ke ICC.

Ringkasnya menurut Hanipa, PAS yang sebelum ini menentang Statut Rom “tiba tiba sekarang mahu Malaysia membawa Netanyahu ke ICC”. Satu “inference” yang munasabah kata beliau ialah PAS sekarang mahu kerajaan menandatangani dan menerima atau “accede” Statut Rom kerana ICC dan Statut Rom adalah berkait rapat.

Tanya Hanipa: “Is PAS blowing hot and cold or is PAS really ignorant of what it opposes and support?”.

Interpretasi saya mengenai pertanyaan Hanipa ialah adakah PAS sekadar sembang kari atau benar benar tidak tahu apa yang ia tentang dan sokong? Izikan saya menambah – Adakah bagi PAS Statut Rom dulu tak bagus sekarang bagus? Atau menyesali tindakan masa lalu?

Kronologi penyertaan Malaysia ke Statut Rom sememangnya Panjang iaitu bermula 1998.

Untuk pendekkan cerita yang panjang saya “fast forward” kepada 12 Disember 2018 apabila Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Dr Mahathir Mohamad bersetuju Malaysia meraktifikasi Statut Rom.

Pada 26 Disember 2018 Mahathir selaku perdana menteri mengutus warkah kepada pemangku Yang di Pertuan Agong untuk sembah maklum keputusan Kabinet.

Pada 15 Februari tahun berikutnya menteri luar mengadap Yang di Pertuan Agong dan menyembah maklum keputusan berkenaan.

Dan pada 4 Mac 2019 Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

Namun pelbagai tuduhan timbul. Pembangkang termasuk PAS mendakwa langkah itu bertentangan perlembagaan dan melanggar hak Raja-Raja dan juga mencemar Islam. Demonstrasi besar besaran diadakan .

Kerajaan tunduk satu bulan selepas meraktifikasi Statut Rom. Pada 5 April 2019 Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri.


Kata beliau ini berikutan kekeliruan yang ditimbulkan selain pihak tertentu mempolitikkan isu itu serta melancarkan kempen memburukkan kerajaan.

Seperti disebut tadi kronologi atau sejarah penyertaan Malaysia ke Statut Rom memang lama.


Sejak negara diperintah Barisan Nasional (BN) sudah ada ura ura menyertai Statut Rom.

Antara sebab lanjutan serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 Mei 2010 diikuti penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 (17 Jul 2014).

Namun tidak ada tindakan susulan diambil sehingga PH mengambil alih pentadbiran negara pada 2018.

Antara apa yang dikata manfaat Malaysia menjadi negara pihak ICC ialah meningkatkan martabat di kalangan masyarakat antarabangsa sebagai negara yang komited menegakkan keadilan dan mempertahankan undang undang antarabangsa.

Juga meningkat perpaduan bersama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.

Dan antara elemen yang menarik perhatian Malaysia ialah bidang kuasa ICC untuk mendengar “jenayah paling membimbangkan” seperti genosid atau penghapusan etnik , jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Berpandukan bidang kuasanya jelas Netanyahu boleh dihadapkan ke ICC. Kata Hanipa, PAS mungkin ‘terlepas pandang’ bahawa Palestin memeterai Statut Rom pada 1 Apr 2015.

Ya mungkin terlepas pandang jika tidak masakan PAS membantah apabila Malaysia menyertai statut berkenaan dan dihebahkan Statut Rom tidak baik untuk Islam? Betul tak?

 
Sponsored Post

TMJ tolak statute of Rom

Majlis Raja raja tak bagi kebenaran dan persetujuan pada statute of rom


walau saya menyokong statut of rom,
namun kalau majlis raja raja taknak kerajaan sain statut of rom, maka kita bukan parti pada statut of rom
 
Last edited:
meskipun kita bukan parti pada statut of rom, kita sebagai rakyat boleh mainkan peranan yg melibatkan negara yg tertindas dan terancam ICC dan statut of rom
ni adalah kerana kita bukan parti of rom, tak bermakna kita takboleh terlibat
kita mainkan peranan setakat mana yg kita boleh

ok contoh peranan yg dimainkan oleh MyAqsa
keratan akhbar berikut pada tahun 2019


MyAqsa teruskan inisiatif di ICC​

Oleh%20Azril%20Mohd%20Amin.jpg


Mei 17, 2019 @ 11:00am

1698805933428.png


GAMBAR fail, sidang media oleh Imam Besar Masjid Al - Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saeed Sabri di Yayasan MyAqsa Putrajaya, tahun lalu. Turut kelihatan Duta Besar Palestin Ke Malaysia Walid Abu Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Dr Noorazman Mohd Samsuddin (kanan). - Foto Abd Rahim Rahmat

Pada 2 Mei lalu berlangsung sesi pertemuan penting antara delegasi Yayasan MyAqsa (MyAqsa) dengan wakil pelbagai bahagian di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda. Ini termasuk masing-masing wakil daripada Bahagian Sokongan Guaman, Kerjasama Antarabangsa dan Analisis Situasi, Pejabat Ketua Pendakwa Raya (OTP) ICC.




Sesi pertemuan itu diadakan sebagai susulan penghantaran nota komunikasi MyAqsa kepada OTP pada 17 Oktober 2018 mengenai desakan untuk mendakwa rejim Israel atas pelanggaran Resolusi 2334, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang diluluskan Disember 2016.

Resolusi 2334 adalah keputusan masyarakat dunia yang signifikan di dalam perjuangan membela nasib rakyat Palestin. Bagi Malaysia, resolusi itu melakar sejarah tersendiri apabila negara kita menjadi satu dari empat negara yang menaja, seterusnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara melalui undi 14-0 di UNSC.

Malah, buat pertama kalinya resolusi itu menyaksikan Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap berkecuali, yang pada hakikatnya melakar sejarah unik dan tersendiri kerana belum pernah terjadi berhubung isu Israel. Resolusi itu secara ringkasnya mengisytiharkan tindakan Israel mewujudkan penempatan di wilayah Palestin, sebagai tindakan haram dan mencabul hak asasi manusia.





Delegasi MyAqsa mengutarakan dua hujah utama sebagai desakan terhadap wakil ICC itu. Pertama, MyAqsa berhujah bahawa ICC perlu menerokai langkah pemetaan lebih jelas bagi pastikan usaha pendakwaan terhadap Israel dapat dilakukan dengan cermat tetapi tidak memakan masa lama.

Fakta sejarah membuktikan bahawa negara Palestin membuat perisytiharan melalui Artikel 12(3) Statut Rom untuk menerima bidang kuasa ICC ke atas jenayah yang dilakukan di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur sejak Jun 2014. Pada Januari 2015, Palestin menyertai Statut Rom dengan menyerahkan instrumen kesertaan kepada Setiausaha Agung PBB.

Statut Rom berkuatkuasa buat negara itu bermula 1 April 2015. Selepas menerima rujukan atau pengisytiharan sah yang dibuat menurut Artikel 12(3) itu, pendakwa ICC mengikut peraturan 25(1) (c) peraturan OTP dan sebagai perkara dasar dan amalan, membuka penyiasatan awal mengenai situasi diadu Palestin.

Pada 16 Januari 2015, pendakwa mengumumkan pembukaan awal ke atas situasi di Palestin untuk menentukan sama ada kriteria Statut Rom untuk membuka penyiasatan dipenuhi, khususnya, di bawah Artikel 53(1) Statut Rom, pendakwa akan menimbangkan isu bidang kuasa, kebolehterimaan dan kepentingan keadilan dalam membuat penentuan itu.


ICC masih lembap, tak berani
Namun, selepas lebih empat tahun proses demikian berjalan, tidak banyak tindakan berkesan dilakukan ICC bagi memastikan penyiasatan dan pendakwaan dapat dizahirkan secara segera terhadap entiti pariah Israel.

Walaupun desakan demi desakan dilakukan, ICC masih kelihatan lembap dan tidak berani mengemukakan langkah drastik yang konsisten dengan bukti jelas daripada terlalu banyak sumber bahawa kekejaman dan pelanggaran hak asasi manusia berlaku tanpa henti-henti terhadap masyarakat awam Palestin.

Hal ini adalah hujahan kedua yang dinyatakan dengan jelas delegasi MyAqsa kepada ICC ketika memperincikan kandungan memorandum berkenaan Resolusi 2334 yang menjadi asas pada tindakan MyAqsa mendesak dakwaan terhadap Israel.

Malah, ternyata keprihatinan dan desakan MyAqsa bukan persepsi semata-mata, tetapi pendirian tegas yang turut dikongsi bersama pelbagai pertubuhan hak asasi manusia yang memperjuang nasib umat Islam Palestin.

Dalam keadaan tanah air Palestin yang semakin hari semakin mengecil kerana diceroboh serta dirampas Israel demi perluasan projek penempatan haramnya, ruang untuk rakyat negara itu mendapatkan keadilan nampaknya semakin sempit.

Atas keinsafan ini, maka inisiatif dilakukan MyAqsa adalah sebahagian usaha strategik tetapi diiltizamkan mempunyai impak besar terhadap usaha pembebasan Palestin melalui salah satu saluran kontemporari untuk mencapai maksud kemenangan itu.

Semua usaha itu perlu diiktiraf seadilnya menurut peranan dan kesan masing-masing terhadap usaha pembebasan Baitulmaqdis dan Palestin. Dalam konteks usaha MyAqsa, sikap bijaksana dan berprinsip umat Islam dalam menggunakan mekanisme hak asasi manusia, serta peranan kita dalam usaha menekan institusi ‘keadilan’ antarabangsa seperti Majlis Hak Asasi Manusia, PBB (UNHRC) dan ICC dapat dizahir.

Untuk mengatakan bahawa institusi terbabit 100 peratus perlu ditolak adalah suatu pendirian yang sukar diterima, melainkan semua 57 anggota negara OIC benar-benar kukuh bersatu, berkongsi pandangan alam Islam yang sama dan bermuafakat di dalam idea dan tindakan.
Tetapi dewasa ini hal itu tidak mungkin dicapai secara total, walaupun pada hakikatnya kita berkongsi panduan dan agenda akidah, syariat dan akhlak sama. Maka, menggunakan saluran kontemporari sedia ada adalah antara cara umat Islam mendapatkan keadilan.

Ini khususnya dalam konteks Palestin, apabila hak mereka dinafi dari segenap aspek, maka ICC adalah hanya satu saluran untuk menzahirkan kebenaran mengenai kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia yang sedang dihadapi mereka.

Maka sewajarnya usaha MyAqsa dan beberapa NGO lain yang sedang mendesak pendakwaan Israel di ICC terus diberi perhatian dan disokong. Hal ini demi menyerlahkan kebenaran kepada dunia mengenai penindasan dilakukan Israel yang masih belum mendapat pembalasan setimpal.
Penulis adalah Peguam dan Ketua Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)
 
Percaya sangat la kat ICC tu.
Nak bawak Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah???
Bakal jadi sama macam kes Zahid hamidi.
"Work in progress, we are in power"
:ROFLMAO:
ye betul, israel zionis dilindungi oleh kuasa besar seperti US dan UK
mananya menjadi kalau israel zionis ni nak dibawa ke mahkamah dunia
UK US akan halang terlebih dahulu segala langkah
 
Percaya sangat la kat ICC tu.
Nak bawak Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah???
Bakal jadi sama macam kes Zahid hamidi.
"Work in progress, we are in power"
:ROFLMAO:
tn Mad_Hatter, berikut ni yg menunjukkan bhw israel zionis dilindungi oleh kuasa besar
bensoudah pendakwaraya yg berani membuka kes diICC against israel kena tukar dan ditekan
sebelum tu US dakwa Bensoudah ni

boleh baca selanjutnya dari tn Lukman Sheriff yg terlibat secara langsung dlm MyAqsa perihal israel zionis ni


Lukman Sheriff

ocotber 18 ·

ICC
1f642.png
. Ada kawan yang share. Kami bergambar di rumah imam besar masjid Al Aqsa, sheikh Ekrima, di P@l beberapa tahun dahulu. Pada masa itu saya dan rakan2 tengah mengumpul bukti2 pencabulan hak asasi manusia oleh Isr untuk di bawa ke ICC (international criminal court). Ini trip luar negara yang paling bahaya yang pernah saya buat. Ada kemungkinan tak pulang di tahan Isr. Famili saya risau. Siap saya buat “wasiat” kalau apa2 terjadi.

Di P@l pelbagai rumah rakyat P@l saya pergi. Pelbagai interview dan keterangan lisan dan gambar kami ambil. Ramai tak tahu antara permasalahan pokok rakyat P@l adalah undang2. Undang2 yang terpakai kepada rakyat P@l lain dari yang terpakai untuk rakyat Isr. Sebab itu mereka sering kalah di mahkamah. Undang2 pun apartheid.

Sekembali di tanah air, kami susun bukti dan beri kepada ICC. Pada masa itu pendakwaraya adalah fatou bensoudah. Beliau berani. Cuba buka kes P@l di ICC. Amerika dan Isr berang. Trump terus ambil tindakan di US ke atas Bensouda. Kurang ajar betul US. Dia tak hormat langsung rule of law. Mana boleh ambil tindakan ke atas pendakwaraya. So dalam kes untuk menentukan hak ambil tindakan atas P@l, kami, MyAqsa, menjadi amicus curaie. Alhamdulillah menang.

Selepas kes itu dan sebelum dakwaan bermula, bensoudah ditukar. Barat letak seorang muslim menjadi pendakwaraya. Nama aje muslim tetapi nampak sangat boneka US dan barat. Bila perang Ukraine berlaku, cepat sahaja dakwa Putin untuk war crime. Untuk situasi kini di P@l, satu suara pun tak kedengaran. Semua yang bensoudah buat dia buat diam dan tak teruskan. Jelas sangat barat pergunakan pendakwaraya dan ICC untuk kepentingan mereka. Upset betul saya apa yang berlaku di ICC.

Cuma saya tetap kena pursue ICC kerana kita tiada pilihan. Kita kena pursue ICC, UN dan UNHRC kerana penting kita dokumentasikan semua pencabulan ini. Walaupun tidak efektif, kebanyakan naratif ini saya nampak ramai gunakan di soc media. Kita boleh tunjuk bukti resolusi/keputusan/lapuran UNGA, UN Security Council, ICJ, UNHRC sebagai bukti Isr penindas dan lakukan pembersihan ethnik. Duta palestin dalam interview di bbc gunakan alasan2 ini untuk kuatkan kes. Memang kena buat walaupun mengecewakan.

1698806616511.png

1698806632163.png


1698806815402.png
 
ni peranan MyAqsa pd 2020
MyAqsa diterima jadi amicus curiae

berikut ni pasal bensoudah pendakwaraya yg masa nibelum lagi kena tekan dengan kuasa besar dan juga belum lagi kena dakwa oleh kuasa besar di mahkamah

MyAQSA lakar sejarah​


22 Februari 2020 08:05pmMasa membaca: 1 minit


630981.jpg



SHAH ALAM - Yayasan MyAQSA (MyAQSA) melakar sejarah apabila diterima oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai Amicus Curiae (Sahabat Mahkamah) bagi membantu untuk mengemukakan hujah terhadap jenayah perang Israel terhadap Palestin.

Ketua Pasukan Peguam MyAQSA, Lukman Sheriff Alias berkata, pihak ICC telah meminta MyAQSA untuk menyediakan hujah yang berkaitan dan perlu dihantar sebelum 16 Mac nanti.


"Ini adalah satu cabaran yang besar buat MyAQSA kerana tujuh negara dan berpuluh organisasi yang lain juga telah membuat permohonan yang sama tetapi berhujah untuk menyokong Israel.

"Antara negara yang bakal berhujah untuk menyokong Israel adalah Jerman, Austria, Australia, Hungary, Republik Czech, Uganda dan Brazil.

"Agak menyedihkan apabila tiada negara termasuk negara Islam yang memohon secara bersendirian untuk mencelah bagi menyokong Palestin melainkan melalui pertubuhan OIC dan Liga Arab sahaja," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 20 Disember 2019, Pendakwa Raya ICC, Fatou Bensouda telah mengumumkan secara rasmi pada 20 Disember 2019 untuk memulakan siasatan rasmi, seterusnya mendakwa Israel atas kesalahan jenayah perang yang telah dan sedang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza.

Namun, sebelum siasatan dan pendakwaan rasmi dapat dilakukan ke atas Israel, pihak pendakwa raya telah memohon kepada Kamar Pra Perbicaraan ICC untuk menentukan dengan jelas sama ada ICC mempunyai bidang kuasa terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin berdasarkan peruntukan Artikel 19(3) Statut Rom.
Ini kerana Israel tidak menjadi ahli kepada Statut Rom, manakala Palestin pula dipertikaikan status dan kedaulatan negaranya.





Kamar Pra Perbicaraan itu akan diketuai Hakim Péter Kovács bersama dua orang lagi, Hakim Marc Perrin de Brichambaut dan Hakim Reine Alapini-Gansou
Justeru, MyAQSA telah mengambil satu lagi langkah proaktif bagi membantu perjuangan rakyat Palestin dengan memohon kebenaran untuk bertindak sebagai amicus curiae.





Permohonan itu akan membolehkan MyAQSA membantu ICC dengan mengemukakan hujah bahawa Palestin adalah sebuah negara yang berdaulat dan dengan itu ICC mempunyai bidang kuasa mutlak untuk menyiasat, seterusnya mendakwa Israel atas perbuatan jenayah mereka selama ini.

Sementara itu, Lukman Sheriff berkata, mereka yakin dapat berhujah untuk membuktikan bahawa Palestin adalah sebuah negara yang berdaulat bersama organisasi lain termasuk individu-individu pakar perundangan mereka.

Sehubungan itu, MyAQSA telah membentuk satu pasukan khas yang terdiri daripada peguam dan pensyarah undang-undang yang terkenal serta berpengalaman luas dalam bidang perundangan antarabangsa, antaranya Lukman Sheriff sendiri yang merupakan peguam dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) merangkap Profesor Perundangan Antarabangsa, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.

Selain itu, Pensyarah Undang-Undang di Kulliyyah Undang-Undang, Ahmad Ibrahim, Profesor Madya Mohd Hisham Mohd Kamal, peguam yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia, Azril Mohd Amin; Pensyarah Kanan Perundangan Jenayah Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Fareed Mohd Hassan.

Turut tersenarai ialah dua orang peguam, Ahmad Edham Abdulwani dan Wan Rohini Wan Daud.




MyAQSA Foundation now 'amicus curiae' to ICC​


February 22, 2020 @ 8:40pm


aqsa21_1582375222.jpg
MyAQSA legal team chief, Lukman Sheriff Alias says the organisation was told of the application two days ago, and that the NGO had been asked to prepare the relevant arguments and send them to ICC before March 16.

PUTRAJAYA: Non-governmental organisation MyAQSA Foundation is now the 'amicus curiae' (friend of the court) to the International Criminal Court (ICC) as part of efforts to help establish the court’s jurisdiction over possible action against Israel’s war crimes in Palestine.
MyAQSA legal team chief, Lukman Sheriff Alias, said that as promised by ICC prosecutors to MyAQSA in their meeting in The Hague on May 2 last year, ICC prosecutor Fatou Bensouda had on Dec 20 last year formally announced that it would launch an investigation against Israel over war crimes committed against Palestinians in Jerusalem, the West Bank and Gaza.

However, Lukman said that before investigations and formal charges could be filed against Israel, ICC prosecutors would file an application with the ICC’s Pre-Trial Chamber to establish whether ICC has any jurisdiction to do so based on Article 19(3) of the Rome Statute.

This, he said, was because Israel isn’t a member of the Rome Statute and that Palestine’s sovereignty as a country had been questioned.



“As such, MyAQSA has taken a proactive step to aid the Palestinian struggle by applying for permission to act as ICC’s friend of the court.

“This will enable MyAQSA to help ICC by submitting the argument that Palestine is a sovereign country. With that, ICC can have absolute jurisdiction to investigate and subsequently prosecute Israel over the crimes it has committed,” he said.

Lukman was speaking at a press conference after a special workshop organised by MyAQSA on the ICC, Palestine and Israel’s war crimes issue at MyAQSA’s office today.

Lukman said MyAQSA was told of the application two days ago, and that the NGO had been asked to prepare the relevant arguments and send them to ICC before March 16.

He said as the sole organisation in Asia accepted by ICC as a friend of the court, it also poses a huge challenge as seven nations - Germany, Austria, Australia, Hungary, Czech Republic, Uganda and Brazil - as well as various organisations were submitting arguments in support of Israel.

“MyAQSA has already formed a special team comprising lawyers and noted legal academicians who are experienced in the area of international law. The team will be led by international law lecturer and Universiti Teknologi MARA Vice-Chancellor, Professor Datuk Dr Rahmat Mohamad.

“We also welcome any contributions of manpower from international legal experts who wish to help the special team in preparing the full arguments to the ICC,” he said.

Meanwhile, Rahmat said the thrust of the argument would be based on research, in particular the Asian–African Legal Consultative Organisation in 2013, which had concluded that Palestine is a sovereign nation under international law.
He said the findings were accepted by all 47 AALCO members such as China, India and Japan and thus, he was confident that ICC has the jurisdiction for the purpose.

He said ICC had already conducted preliminary investigation and possessed various evidence and information to show that Israel had broken international law.

“There is no problem with regards to evidence as we have documents and resolutions from the United Nations and Security Council showing that Israel is guilty.
“What’s important to get the hearing started, however, is to establish whether Palestine is a sovereign nation or otherwise,” he said.
 
ni pada 2021

MyAQSA mengalukan keputusan ICC iktiraf Palestin​




LELAKI Palestin mengibarkan bendera di Beit Dajan, timur Nablus pada 25 Disember 2020. FOTO AFP
LELAKI Palestin mengibarkan bendera di Beit Dajan, timur Nablus pada 25 Disember 2020. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Yayasan MyAQSA (MyAQSA) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam yang mengiktiraf Palestin sebagai pihak negara (State Party) kepada Statut Rom seterusnya memutuskan mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan atas perlakuan jenayah Zionis Israel di bumi Palestin khususnya di Tebing Barat dan Gaza.

Pengerusinya, Suwardi Yaacob berkata, MyAQSA terbabit secara langsung dalam kes ini sebagai Amicus Curiae.

"Selepas hampir setahun pasukan perundangan MyAQSA mengemukakan hujah kepada Pre-Trial Chamber ICC akhirnya semalam, tiga hakim di ICC membuat satu keputusan yang amat bersejarah kepada perjuangan panjang rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya.
"MyAQSA amat berbangga apabila mendapati sebahagian dari hujah kami diterima dan dijadikan asas dalam penghakiman ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, MyAQSA berasa bersyukur dan gembira dengan keputusan itu.

"Keputusan bersejarah ini bakal membenarkan segala jenayah perang, 'genocide' dan jenayah kemanusiaan yang diperlakukan ke atas bumi Palestin khususnya Gaza dan Tebing Barat di bawa ke muka pengadilan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Penjenayah dan penindas rakyat Palestin tidak lagi bebas melakukan jenayah sesuka hati mereka di bumi Palestin," katanya.

Katanya, walaupun keputusan itu sungguh bermakna perjalanan kes ini masih jauh lagi.

"Dengan keputusan ini, pendakwa raya di ICC sudah boleh memula, menyiapkan dan melengkapkan siasatan ke atas jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin berdasarkan pelbagai laporan serta bukti yang dikemukakan oleh pelbagai pihak.
"MyAQSA sendiri mengemukakan laporan dan bukti berkaitan kepada pejabat Pendakwaraya ICC sejak 2018 lagi manakala pada September 2019, pasukan perundangan MyAQSA pergi sendiri ke beberapa tempat di sekitar Baitulmaqdis dan berjaya merekodkan keterangan lebih 30 saksi mengenai perlakuan jenayah Israel," katanya.

Katanya, walau apapun kes ini sungguh signifikan kepada status Palestin.

"Dengan keputusan ini ICC mengesahkan tanah yang diduduki secara haram oleh Zionis Israel adalah kepunyaan Palestin.

"Dengan keputusan ini ICC mengiktiraf Palestin sebagai negara yang mempunyai segala hak yang sah di bawah Statut Rom.

"Dengan keputusan ini juga menjadikan ICC satu lagi badan antarabangsa utama yang mengiktiraf hak 'self-determination' rakyat Palestin selain dari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Suwardi berkata, MyAQSA juga menyedari kejayaan ini hanyalah permulaan kepada satu perjuangan yang lebih panjang.
"MyAQSA komited untuk menekuni dan meneruskan inisiatif perundangan ini. Banyak lagi tindakan susulan dan inisiatif penting lain yang sedang dan akan diusahakan.

"MyAQSA akan terus membantu pihak ICC supaya pendakwaan dan penghukuman ke atas Israel benar-benar dapat direalisasikan," katanya.

Katanya, MyAQSA ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu dan turut menyumbang kepada perjuangan kerdil MyAQSA ini.

"MyAQSA menghargai bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, Pihak Berkuasa Palestin dan Kedutaan Palestin di Malaysia.

"Lebih-lebih lagi penghargaan wajar diberikan kepada pasukan pakar perundangan MyAQSA yang dianggotai Prof Dato Dr Rahmat Mohamad, Lukman Sheriff Alias, Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Kamal, Dr Fareed Mohd Hassan, Azril Mohd Amin, Wan Rohimi Wan Daud dan Ahmad Edham Abdulwani," katanya.
Disiarkan pada: Februari 6, 2021 @ 7:35pm
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register